Dari dewan besar UPM (nak sebut nama kemain panjang). kami ke cafe berdekatan dengan Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.
Cafe He & She. Ni senarai yang kami order.
Saya dan Dania je la. Peneman setia ke mana sahaja.
Dania order ice blended vanilla. Saya order pink guava smoothie dan kaya toast.
Ini pula cinnamon rolls yang Dania teringin pulak nak rasa. Sedap juga cinnamon rolls ni. Wangi....bau kulit kayu manis tu.
Ini pula dalam kaya toast ni. Ada melted butter dengan kaya. Rasanya? Eh sedap....(teringat-ingat la....nak ajak Dania datang sini lagi).
Saya dan Dania tak makan la berat kat sini. Inilah senarai menu pada hari ini.
Dalam cermin ni boleh nampak banyak juga pilihan roti dan kek.
Kat sebelah cafe He & She ni ada kedai buku penerbit UPM. Saje la curious nak masuk sebab nak tengok buku apa yang dijual. Kebanyakkan buku yang diterbitkan oleh UPM.
Buku disusun mengikut pengkelasan judul. Ada perubatan dan teknologi makanan.
Ini khas perubatan sahaja.
Kaunter kedai buku penerbit UPM yang berwarna merah.
Kedai buku ni takde la besar mana.
Bila pergi ke kereta, ramai student asasi lalu tepi kereta kami. Dania kata baru balik dari lab la tu. Tersenyum-senyum Dania. Teringat la dulu-dulu memang lalu jalan tepi cafe ni nak pergi ke tempat tunggu bas.
Walaupun nak masuk program Ijazah bulan Oktober ni tapi Dania nampaknya macam rindu juga zaman belajar dia. Takpe la cuti la puas-puas. Dah masuk Ijazah nanti busy pulak. Rindu pulak masa boleh bersantai macam ni...
XOXO,
Ezna
Menarik juga melted butter & kaya tu.
BalasPadamKalau masuk He & She, kami suka order Salted Egg Croissant dia.
Melted Butter and Kaya tu aduhhh teringat-ingat la pulak. Nanti boleh juga try Croissant Salted Egg pulak.
Padamkaya toast tu menarik nmpk
BalasPadamMenarik Amy...sedap.
PadamUnik nama cafe nya. Tapi bukan berarti pengunjung perempuan dan lelaki terpisah kan 😁?
BalasPadamSaya nih penyuka roti sangat kak. Apalagi papa saya pengusaha bakeries di Medan. Jadi memang roti dah macam makanan hari2. Kalk ke cafe atau bakery shop yg banyak varian roti, saya sukaaa 😍😍. Bisa puas icip2 berbagai rotinya 😁. Ini kliatan sedaap nih aneka roti yg dijual 🤤👍
Eh bukan Fanny...kakak cuma translate nama cafe dari bahasa inggeris ke bahasa melayu. Hehe. Nama cafe ini He & She Coffee. Oh papa Fanny ada bakeri di Medan ya...apa namanya Fanny? Kakak juga penggemar roti. Untung Fanny dapat merasa variasi rotinya.
PadamOh ic... Saya kira semacam kafe syariah lah, yg mana wanita dan pria harus pisah 😅. Pernah ada kafe macam tuh dulu di sini, tapi skr dah tutup. Siapa mau pula makan pisah2 🤣.
PadamBakery shops papa namanya Raihan Bakery. Ada banyak cabang di Medan. Papa memang businessman sangat. Saya disuruh pegang 1 tokonya, tapi tak bisalah, Krn harus ke Medan artinya. Sementara saya punya keluarga kan di jakarta. Jadi skr ini terpaksa tetap papa yg handle dibantu adik saya.
kaya toast tu menarik
BalasPadamSesedap rasanya jugak...
PadamKedai He & She... Tapi yg pegi She & She...
BalasPadamBetul jugak kan...masalahnya yang 'he' tu gi kerja. Idak memang He & She & She la...hehehe
Padamwahhhh dah banyak perubahan laa kedai buku niiiii...nostalgia betul ;-)
BalasPadamYe ke? Anies pun grad sini ya?
Padampernah beli ice-blended vanilla...kaya toast nampak yummy!!
BalasPadamIce Blended Vanilla pun sedap juga.
Padamwah best ni lepak minum secawan dua.. hehe
BalasPadamantara menu yang menyelerakan juga tu...bagus untuk santai dan feel free
BalasPadamcafe ni ada dlm matriks uia gambang jugak (zharfan citer)
BalasPadamMy Dania habis Asasi bulan 12 ni...lepas tu tunggu utk masuk Degree plak..x tau la lama ke tak cuti lepas habis asasi nanti..kalau lama dia nak kerja dulu katanya...croissant tu gebuuu...nampak best giler..
BalasPadamwah..niceee!!!
BalasPadam