Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, August 18

Scammer Alert

Scammer alert.....scammer ni ada di mana-mana sahaja. Nak dapat duit dengan senang. Hari ni saya ternampak satu sponsored post di facebook. Ya....sponsored post ya. Lepas tu kalau tengok page fb nampak sama tapi tak serupa. Kalau nak check followers fb ni pun invisible ya. Tak boleh tengok. Kemudian tengok logo kat profile ya nampak simple sangat Malaysia Airports tu. Sekali imbas memang nak sama dengan warna profile Malaysia Airports yang betul .

Bawah ni fake ya. Bukan official page Malaysia Airports. Macam logo budak-budak je ha.....


Bawah ni Ni official page Malaysia Airports. Followers pun kita boleh tengok. 

Credit : Malaysia Airports facebook page 

Page yang scammer tu telah promote pembelian beg Samsonite dan claim yang kononnya Samsonite nak tutup warehouse dekat Malaysia. Harga beg ni RM9 je. Boleh pilih 4 warna. Kalau la kita click atau ter'beli' bag ni pasti mereka akan hacked ke kad kredit / kad debit yang digunakan untuk membeli. Promosi yang too good to be true ni nak kena check betul-betul ya kawan-kawan. 


Jom tengok apa permainan scammer ni?....
1. Pertanyaan pernah pakai ke bag ni?
Sudut kanan tu macam ada yang dah beli tapi mungkin juga boleh dibuat kan?. 


2. Saiz beg mana yang sesuai untuk kita? 


3. Kita pilih warna beg yang mana? Kalau tengok website tu agak musykil sebab https://tukarmenukar.com/amazon (Saya tak bagi nama penuh ya takut ada yang click pula). Ada bahasa melayu kemudian amazon bla bla bla pulak. 


Kadang-kadang pernah nampak iklan macam ni kat blog. Congatulations dapat duit la, dapat phone la. Bukan senang nak senang ya. 


Lepas tu suruh main teka-teka pulak sampai bagi peluang 3 kali yang mana ada beg. 😅


Saje share supaya tak ada yang terkena ya. Sanggup scammer invest untuk iklankan di sponsored post di facebook. Berhati-hati kawan-kawan semua.
Alhamdulilah saya tak terkena perangkap ni. 




XOXO,
Ezna











4 comments:

  1. scammer ni otak panjang... mana taknya...hari2 dok fikir macam mana nak sakau duit org...dia bkn fikir pun halal haram...

    eee...hati-hatilah... jgn cpt sgt terpedaya. semak habis2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menakutkan sebenarnya sebab agaknya facebook pun tak tapis mana betul, mana scammer ke sebab janji bayaran dibuat. Sanggup invest untuk facebook ads tu.

      Delete
  2. betul..sekarang ni mcm2 kan.. takut betul & selalu pesan ngan ibu jugak sbb dia mudah sgt terpengaruh bila tgk yg murah2 ni.. nasib memang x ajar dia bayar sendiri cara online . so kalau nak beli apa2 tu dia akan minta kita yg bayarkan so leh tapis kat situ la

    ReplyDelete
  3. Sekarang nih, tak tau lagi lah, banyaaaak sangat scammer macam ni. Tega mereka mencari uang pakai cara haram. Tak seram kah makan dari hasil uang begitu.. makanya saya tak nak beli barang seperti ini dari IG atau FB kak. Lebih baik dari market place macam Tokopedia, shoppee dan other trusted online shops. Harga terlalu murah juga selalu bikin saya curiga

    ReplyDelete