Rabu, Ogos 2

Aidiladha dan ibadah korban

Baru nak keluar post ni. Masa hari raya aidiladha baru-baru ni sehari sebelum lembu-lembu dijadualkan untuk korban, kami ada melawat nak tengok lembu kami. Haaa ni dia lembu kami dah tiba. Warnanya krim campur hitam sikit. Takde la berani nak datang dekat-dekat. Hehe.


Lembu kami No. 23. 


Dania datang nak bagi makan rumput. Hehe takut-takut jugak tu. 


Ada 28 ekor lembu bakal dikorbankan nanti. Kolaborasi surau kami dengan masjid kariah kami ni. 


Macam-macam warna lembu dan saiz yang berbeza. Ada yang berisi dan ada juga yang kecik sikit. 


Kawasan untuk sembelih lembu ni kat padang yang luas tapi nak masuk kawasan ni kecik sikit laluannya jadi kalau hari mereka nak sembelih ni memang tak datang la saya ke sini sebab lagi sempit la jalannya dengan kereta, motor dan orang ramai. 


Saya dan Dania masa solat sunat Aidiladha. 


Takde gambar dengan suami sebab suami kena bertugas kat belakang tu melipat tikar. Lepas tu sibuk bertugas untuk lembu No. 23. 


Menjelang tengahari, ini rezeki daging yang kami dapat. Daging sebab dapat kupon area kawasan rumah saya dan bahagian sebab kami buat korban tahun ni jadi in total 4kg daging dan 1kg tulang. Alhamdulilah. Nak beri juga bahagian kami kat adik beradik. 


Memang niat nak buat sup tulang jadi hari yang sama terjadilah sup tulang. Walaupun nama sup tulang tapi banyak juga isi kat tulang tu. Masuk je dalam Noxxa, siaplah sup tulang ni. Makan pula sup dengan nasi panas2. Alhamdulilah rezeki. Masuk sekali kentang, buah tomato dan lobak merah. Rempah sup bunjut tu saya keluarkan dari bunjut tu dan tumiskan sehingga naik bau bersama tambahan kayu manis, buah keras, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih. Bila tumis sekali dengan bawang putih, halia dan bawang besar juga bawang merah terus bau dia naik wangi. Tulis macam ni pun saya pula terasa lapar. Haha....


Lepas tu, kawan saya Kak As pi hantar pulak daging korban bahagiannya dan rendang daging untuk saya. Terima kasih Kak As. Walaupun saya kata saya pun buat korban tahun ni tapi Kak As insist nak bagi juga bahagiannya. 😊. Rezeki alhamdulilah. 


Ni pula bila saya masak daging masak Pah. Resipi turun temurun dari Opah saya. Boleh makan dengan nasi, cicah roti atau lemang dan ketupat. 


Inilah kisah aidiladha saya dan keluarga. Kami tak balik kampung pun. Moga ada lagi rezeki kami untuk buat ibadah korban ni tahun depan Insya Allah....






XOXO,
Ezna










 

15 ulasan:

  1. Alhamdulillah
    Ramainya lembu qurban sampai 28 ekor

    BalasPadam
  2. Semoga korbannya di terima Allah. Pandai lembu tu senyum bila orang nak ambil gambar dia, siap senyum nampak gigi. Scroll balik ke atas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perasan juga lembu tu tunjuk gigi. Nak posing kat kamera la tu. Hehe

      Padam
  3. Daging masak Pah…sebab resepi daripada Opah ya? Sedap nampaknya.

    Cantik warna lembu no.23 tu lah.

    BalasPadam
  4. Samalah, kami pun tak balik kampung raya qurban tahun, dah beberapa tahun dah... Lagi seronok sertai ibadah qurban di sini berbanding di kampung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak balik kampung mama papa, ayah dan ibu mertua kedua belah dah tak ada. Kita qurban kat area rumah je la.

      Padam
  5. alhamdulillah...dpt buat ibadah korban..
    emm..sedap nampak rendang daging tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rendang tu sedap. Nak nak org yg masakkan. Alhamdulilah. Moga ada rezeki untuk buat tahun hadapan pula. Insya Allah.

      Padam
  6. Alhamdulillah dapat buat korban :)

    BalasPadam
  7. moga dipanjangkan usia kita semua utk menyambut eidul adha thn dpn plak..aamiin

    BalasPadam
  8. Idul adha kemarin saya tak bisa rayakan di jakarta, karena pulang kampung ke Solo 😄. Tapi momen idul adha ini selalu lebih saya suka daripada idul Fitri sebenarnya. Walopun tak pernah tega nak melihat langsung hewan kurban saya dipotong 😅

    Semoga THN depan kita semua tetap bisa berkurban seperti tahun ini ya kak ☺️

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...