Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, August 14

Pintu merah seram dan ice cream lagi....

Pada 4 Ogos 2023, saya dan Dania ke IOI City Mall untuk menonton movie. Kali ni nak menonton movie yang saya teringin nak tonton. Dania je takut takut nak menonton movie ni. Seperti biasa booking online kat website GSC. 

Movie jam 11.15am jadi kami tiba IOI City Mall dalam 10.30am. Naik je parking depan tu FamilyMart jadi singgah la beli Onigiri ni. Classic Japanese rice ball snack ni kenyang juga sebab sejenis nasi kan. 


Lepas tu baru la naik ke tingkat GSC ni. Kali ni beli Cheezels dan mineral je. 


Kali ni Barbie box ni kat luar. Ummi pun tak lepaskan peluang ambil gambar dalam box ni. Feeling Barbie.....hehe


Ni dalam movie theater ni. Lepas ni nak off phone dah. Dania suruh pilih tempat tengah-tengah. Tak nak belakang sekali. Punyalah takut. Selalu saya suka pilih tempat tepi sekali. Senang nak keluar. Kali ni pilih tempat tengah-tengah. Tak ramai pun orang tonton movie ni sebab dah lama tayang kat pawagam. 


Jeng jeng movie yang kami tonton. 

Credit : Google

Saya dah tonton semua siri movie Insidious dan berminat nak menonton Insidious yang ni. 

Josh Lambert dah berpisah dengan isterinya Renai. Episod yang sebelum ni Josh Lambert dirasuk dan nak bunuh ahli keluarganya tapi memori tentang ni Josh lupa. Ada satu part tu bila Josh pergi majlis pengkebumian masa kat dalam kereta, ada bayang2 manusia kat belakang kereta Josh lepas tu hilang. Seram jugak yang ni. 

Josh sebenarnya ada kelebihan untuk pergi ke alam lain yang dipanggil 'The Further'. Rupa-rupanya anaknya juga ada kelebihan yang sama. Anaknya yang bernama Dalton yang menuntut di universiti dalam course seni ada melukis satu pintu merah yang akan membawa ke alam lain atau ke alam 'The Further'. Pernah sekali Dalton pergi ke alam lain. Kawannya Chris tunggu badan Dalton di dalam bilik tiba-tiba Chris kena kacau di alam nyata. Ayahnya Josh pula nak selamatkan anaknya yang boleh masuk ke alam lain. Ada part yang takde la seram mana bila tiba2 ada banyak hantu keluar dari bawah katil. Ok part ni tak seram mana. Hehe.

Berjayakah ayahnya membantu anaknya Dalton?. Pelakon utama Josh Lambert atau nama sebenarnya Patrick Wilson dan juga yang mengarahkan filem ini ada nyanyi satu lagu sountrack bertajuk 'Stay'. Patut la saya macam familiar lagu ni sebab pernah dipopularkan dulu oleh Shakespears Sister pada tahun 1992. Patrick Wilson ni juga pelakon utama dalam filem The Conjuring. 

Kena berhati-hati ya tengok filem ni sebab kadang-kadang ada part tiba-tiba je ada benda buat kita terkejut. Kusss semangat. Bukan sekali ya tapiiiii banyak kali. 👻💀. Kalau yang menonton filem siri filem Insidious ni boleh la menonton filem ni juga. 

Saya bagi 8 / 10 untuk filem ini ya....berjaya buat saya dan Dania terkejut. 😅

Lepas movie kita lunch dulu tapi saya ke sini dulu la. Ada cermin kita mirror selfie. 


Kali ni lunch kat Secret Recipe. Order Tom Yum Kung je. Air minum yang beli kat GSC je. 


Kepedasan yang boleh tolerate lagi. Rasanya dulu2 punya pedas sampai keluar air kat hidung sot set sot set menahan pedas. Kali ni ok sikit. Tapi kan dulu masa Dania kecik2 saya introduce Tom Yum Kung ni memang Dania suka. Siap bertambah lagi. Udahnya ummi dia yang makan sikit sebab masa tu order 1 je Tom Yum Kung. Kalau order 2 takut tak habis. Semenjak dua menjak ni tahap kepedasan dia dah kurang sikit. 


Lepas tu melayan la budak yang cuti panjang ni. Nak mewarna pula. Pilih pilih akhirnya....3 kanvas kecil ni yang dipilih. 


Booth ni kat IOI City Mall yang beli kanvas untuk mewarna tu. Rasanya ni sama cawangan yang Dania beli masa kat Central Market. 


Kemudian ke Cold Stone la apa lagi. Dah penat jalan dalam IOI City Mall ni. Kali ni kawan Dania ada yang nama Amylia Natasha. Kawan baik Dania masa sekolah rendah. Amylia tukang ambik ice cream yang kami order dan kakak Amy yang jaga cashier. Masing-masing tunggu nak masuk Ijazah tapi kakak Amy dah masuk pengajian ijazah cuma kali ni nak masuk semester baru. 


Kami pilih perisa 'Butter Batter'. Rasa sebijik adunan nak buat kek butter tu yg ada tepung, gula, esen vanilla, mentega.....try lah. 


Sesambil tu tengok balik kanvas Dania yang beli tadi. 2 gambar bunga. Rasanya bunga lavender warna ungu dan tulip warna peach dan 1 lagi wajib....kucing dan bunga. Cuti-cuti ni la kerja Dania. Perabihkan 2 novel tebalnya dan mewarna lepas tu menonton KDrama. Apa apa je la asal bahagia ya. 






XOXO,
Ezna

 

5 comments:

  1. Bestnya berjalan berdua dengan anak. Kalau saya asyik kena pau sajalah jawabnya.

    ReplyDelete
  2. waaa byk betul kisah u dlm one entry hehhehe i tak leh tgk genre movie seram nanti tak psl2 terkejut2 dan darah jd tinggi plak (i rasa laaa) hahah ice cream butter tu rasa mcm kek butter ker? i memang obses dgn butter cake ;)

    ReplyDelete
  3. sonoknyer anak beranak nih., hehe

    ReplyDelete
  4. Hanging out with doter, bestnya ...

    ReplyDelete
  5. dalton tu ada kasa lain ke sampai boleh 'cipta' pintu ke alam lain?

    ReplyDelete