Hari sebelumnya dah pergi ke UPM kan....sebab nak pergi pameran di Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023. Kali ni nak pergi sebab malam sebelum tu bagitau adik-adik kakaknya ada beli bongkah cendawan dan tembikai matahari (sun melon). Seorang adik kata pernah beli bongkah cendawan dulu tapi mati je cendawan tu sebab tak berjaga. Lagi seorang pula macam berminat dengan bongkah cendawan. Banyak tanya soalan pasal cendawan ni. Jadi, saya nak bagi la kat adik beradik saya.
Pergilah saya dan Dania ke UPM. Kat sana, saya beli telur burung puyuh juga ni ada 15 biji berharga RM3.50. Saya rasa ok kot harganya sebab sangat jarang beli telur burung puyuh. Ada juga telur masin dan telur itik. Selalu kalau beli telur ayam ajer. Telur puyuh ni pun dihasilkan melalui ternakan burung puyuh UPM. Ada juga sayur kailan mereka baru petik kat kebun UPM. Tak beli pula. Fikir-fikir balik eh rugi pulak sebab baru petik pagi tu je. Mestilah fresh.
Ada seorang pelajar lelaki juga tolong assist juga kemudian saya tanya la Ijazah apa?. Katanya Bacelor Sains Pengurusan Perladangan dengan Kepujian. Saya pun cerita ada kawan Dania perempuan nak ambil Bacelor Pengurusan Perladangan juga. Pelajar tu kata tak digalakkan sebab praktikal agak berat la. Saya kata budak ni duduk rumah panjang kat Sarawak tu dan family ada ladang kat situ. Dia tak tahu kot kawan Dania tu macam mana atau dia ingat kawan Dania tu macam Dania ke? Kebetulan Dania jalan slow-slow ala ala sopan sebab pattern kain Dania tu susun kat bahagian depan. Nak melangkah kena berhati-hati la. 😅. Tak leh nak melangkah laju-laju.
Oh ya family kawan Dania tu ada ladang kelapa sawit dan ayahnya upah pekerja dari Timor Leste. Kata kawan Dania badan mereka kecik je tapi kuat angkat barang. Memang kawan Dania tu berminat nak ambik perladangan. Masa interview pun panel interview agak pelik sebab kawan Dania tu selain daripada dia seorang perempuan, dapat gpa 4.00. Lepas tu panel pun tanya tak minta perubatan ke?. Kawan Dania kata dia minat nak ambil perladangan dan ini pilihan No. 1 saya. Balik bilik dok risau kalau tidak diterima masuk sebab panel pun confuse.
Tembikai matahari @ Sun Melon. Tak pernah tengok sebelum ni jadi beli la nak rasa. Manis. Macam rasa tembikai susu. Kali ni beli untuk adik yang pernah beli bongkah cendawan. Anak-anak dia suka makan buah-buahan. Warna kuning pekat.
Ini pula bongkah cendawan. Beli satu bongkah je sebab hanya tinggal yang ini je. Semalam masa datang banyak je bongkah cendawan ni. Ada yang borong agaknya sebab harganya RM3/bongkah. Dia panggil bongkah...saya pun panggil bongkah sebab tak tahu namanya. Saya dah siap bawa kotak, pita selofan dan gunting. Senang nak terus poslaju ke adik. Nak hantar by hand macam malas sebab kena lalu LDP tu. Kalau hari kerja ni selalunya jam. Alamat semua dah siap-siap key in dalam apps Poslaju.
Kat UPM ada Pos Malaysia jadi kami singgah la sini nak pos bongkah cendawan ni untuk adik saya. Pertama kali datang Pos Malaysia UPM ni. Memang bangunan lama sungguh la. Dania panggil estetik sungguh la ummi. Pos Malaysia ni dah ada kat UPM masa suami saya ambil Diploma lagi.
Kaunter ada 2 staff yang bertugas. Tak ramai sangat orang menunggu dalam ni. Urusan agak laju juga sebab tak payah tunggu lama.
Selesai pos, Dania nak pergi IOI City Mall sebab nak cari syampu. Kebetulan syampu ummi dan Dania dah nak habis. Syampu ni memang serasi dengan kami iaitu dari brand Himalaya. Memang ada kedai dia kat IOI City Mall ni. Member dapat pula 20% off. Ada lagi penjimatan. Saya perasan bila pakai syampu ni macam banyak anak-anak rambut yang tumbuh.
Jadi lepas beli malas pula nak pegang sambil jalan-jalan dalam mall kan jadi saya simpan dulu dalam kereta sementara Dania tunggu saya dekat atas. Bila saya naik atas, Dania cakap ada kawan yang kerja kat IOI ni tegur. Mungkin tengah rehat agaknya. Mulanya memang cadang tak nak la pergi makan ice cream lagi kat tempat kerja kawan dia tu....macam weekend baru ni ada pergi makan.
Gambar cari barang-barang rumah takde pula ambil gambar. Ni sebenarnya saya nak cari hadiah kahwin. Lepas dah jumpa....siap suruh staff kat customer service and wrapping balut kemudian....
Tiba-tiba pergi jugak ke tempat ice cream. Hehehe. Dania kata nak kena guna e-wallet dia sebelum kredit tu expired akhir bulan Ogos ni. Jadi Dania pun belanja juga la ummi ice cream. Senyum tengok kamera tu la yang terserempak dengan Dania masa ummi hantar barang ke kereta. Dulu kerja sekali la kat F.O.S. tu tapi sekarang nampaknya Dania tak kerja part time.
Dania punya size ice cream besar sikit, ummi punya size kids.
Dania perisa Ferrero Ice Cream.
Ummi pilih Cake Batter.
Dari Dania kecik lagi ummi suka bawa Dania makan ice cream berdua. Dulu-dulu sebelum ke kelas Julia Gabriel, makan ice cream dulu kat Petronas. Dalam Petronas tu ada tempat duduk.
Adik beradik sama-sama jaga kedai. Amylia Natasha dan kakaknya Amynadia. Saya siap ambik gambar dan video hantar ke kawan saya 😅 (ibu Amy berdua ni). Bukan la hantar report tapi boleh la kawan saya simpan gambar kenang-kenangan anak-anak bekerja sekali. 😊
Inilah tema adik beradik kali ini :
🌸 Beli bongkah cendawan dan tembikai matahari untuk adik beradik saya.
🌸 Beli aiskrim kat kedai yang adik beradik kerja sekali.
Dalam 5 lebih petang baru balik rumah. Jalan jam sungguh la depan IOI City Mall ni. Tiba je rumah Dania masak nasi. Kalau tak masak sekarang lambat pulak nak masaknya. Jap lagi nak masak lauk simple je.
XOXO,
Ezna
mother - daughter bonding time.. love love!!!
BalasPadamYa saya pun love jugak aktiviti ni.
PadamLah... Ada pos ke kat situ...?
BalasPadamAda pos dalam UPM ni. Masih mengekalkan keaslian bangunan.
PadamKak, bongkah cendawan itu apa yaa? Cendawan maksudnya mushroom kan? Kalo lihat foto macam bubuk jamur kah? Atau benar bongkahan jamur?
BalasPadamAahhh, saya berharap kalau anak perempuan saya sudah besar, saya bisa jalan berdua seperti ini dengan dia 😁. Makan atau sekedar ngopi di kafe.. saat ini pun kami sering pergi bareng, tapi biasa dengan anak bungsu sekali dan suami juga 😄
Ya cendawan itu mushroom. Bongkah itu yang macam kayu di dalam kotak kat gambarnya. Nanti dibiar di tempat yang tak panas untuk keluarkan mushroom. Boleh dapat 5 kali keluaran mushroom. Bubuk jamur itu kakak kurang faham maksudnya....
PadamSeronok juga spend time dengan anak perempuan sebab kita sama-sama faham. Hehe....minat juga sama.
Macam2 aktiviti anak beranak hari ni. Bangunan poslaju tu mengingatkan saya dengan pejabat pos di hometown saya.
BalasPadamAnak kata memiliki nilai estetika sebab masih kekalkan bangunan yang lama. Memang lama sungguh sebab tahun 1990-an pun dah wujud. Atau mungkin awal lagi.
Padammak kalau dating dgn anak pmpn mmg mcm kawan2 jer .. :D
BalasPadam