Khamis, Ogos 24

Penyanyi Malaysia yang pernah menyanyi di Sukan Olimpik Korea

Ada saya ternampak video kat Tik Tok temuramah dengan Raja Ema. Kalau orang muda mungkin tak berapa kenal la Raja Ema ni tapi kalau sebaya dengan saya mesti kenal Raja Ema. Menyanyi pun ya, berlakon pun ya. Suara lunak-lunak manja menyanyikan lagu 'Angan-Angan' dan 'Jejaka Idaman'. Dulu masa sekolah macam hafal la lirik lagu ni. Hehe 

Ok nak ceritanya pasal rupanya Raja Ema ni pernah perform kat pembukaan sukan Olimpik yang diadakan di Korea. Pada tahun 1988, Korea ialah negara Asia pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik jadi Korea pun amat berbesar hati. 

Melalui Emi Records, Raja Ema telah diapproach oleh wakil dari negara Korea untuk menyanyikan lagi 'Mentari di Korea' yang lagunya dimuatkan di dalam Album ketiga Raja Ema. Raja Ema kata pada mulanya beliau tak dapat nak penuhi permintaan tersebut sebab terikat dengan penggambaran di Indonesia. Akhirnya Raja Ema terima untuk mengadakan persembahan di pembukaan sukan Olimpik.

Raja Ema kata masa tu dia berumur 19 tahun masih kebudak-budakan. Yang interview pun tanya tak tahu ke big event? Raja Ema kata orang suruh nyanyi...kita nyanyi....alahai cute sangat jawapan tu Kak Ema. 😁. Lagi comey Kak Ema kata 'Sekarang ni dah tua barulah perasan'. Maksudnya macam dah dewasa ni baru la tahu sukan olimpik, sukan yang berprestij tu. Bukan calang-calang juga boleh perform untuk sukan Olimpik ni. Saya tahu Celine Dion pernah perform untuk Sukan Olimpik dan beliau menyanyikan lagu 'The Power of The Dream'

Ya lah zaman dulu mana la sangat dengan media sosial kan. Zaman sekarang ni semuanya di hujung jari je. 

Credit : Rizal Hakimm Punyer facebook

Kalau nak tengok youtube video boleh click sini

Bila dengar lagu ni ohhhh pernah dengar la....
Ada ke penyanyi kita yang lain perform kat Sukan Olimpik?.





XOXO,
Ezna

16 ulasan:

  1. my elder sis sgt2 minat raja ema..i pun terpengaruh..minat jer RE ni :) cute dan suara sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke Suzz. I pun suka je dengan Raja Ema ni dulu sebab comel2, manja-manja kan.

      Padam
  2. Ha? Tak sangka! Macam mana uncle boleh terlepas ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada la sejarah penyanyi dari Malaysia ni uncle...perform kat Sukan Olimpik.

      Padam
  3. sblm wujud kpop raja ema dh 'kongker' dulu😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bebudak Kpop BTS tu pun tak lahir lagi tahun 1988 ni Anies. Hehehe....Saje cakap BTS sebab anak suka BTS tu....

      Padam
    2. depa masih di alam roh hehehe

      Padam
  4. Laaa ye ke... baru tau.. tapi suara Raja Ema ni memang lunak, lakonannya pun selalu manja-manja gitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang manja-manja bukan dibuat-buat. Asli macam tu.

      Padam
  5. Honestly saya baru tahu raja Ema setelah baca tulisan Kaka. Langsung klik link YT nya. Cute sangaaat 👍. Dengan tampilan khas THN 80an dulu, suaranya pun rasa khas kan. Kalau dengar langsung tau ini suara si penyanyi Ema. Saya jadi penasaran juga dengan lakonan dia 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suaranya manja-manja itu memang asli. Apatah lagi umurnya baru 19 tahun. Masih remaja. Lakonan Raja Ema pun manja-manja jugak Fanny.

      Padam
  6. ye la..ingat..lagu sinar mentari di Korea tu...cuma ingat2 lupa RE nyanyi di pembukaan sukan olimpik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la macam tak ingat part RE menyanyi kat Sukan Olimpik.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...