Isnin, Disember 15

Cover Johor, Melaka dan Negeri Sembilan Part 1

14 Disember 2025 merupakan wedding anniversary saya yang ke 22 tahun. Alhamdulilah. Jadi ke mana kita pagi ni? 

Singgah breakfast di Hentian sebelah Nilai. 


 Nasi goreng pilihan saya dengan telur mata. 


Dania tengok dari hujung ke hujung tak tahu nak makan apa jadi end up dengan roti bakar. Order 2 set sama dengan ayah dia. 


Kita meneruskan perjalanan dan ada toilet stop juga di Negeri Sembilan. Beli Putu Bambu World. 


Putu bambu sedang dimasak.  


Ok...dah tiba tempat yang nak kami singgah. Nasuha Herbs & Spice Farm. 


Kat luar ni ada jumpa pokok-pokok juga. Bayam brazil nampaknya ni. 


Pokok bawah ni saya tak berapa familiar. 



Sebelum masuk ke entrance pintu Restoran, ada dijual dan display bau herba. 


Ada juga hasil kajian ke atas tikus....


Daun kembang semangkuk. 


Ingatkan hiasan naga tadi tapi ni bukan naga tapi ikan. Ada beberapa produk herba yang Nasuha hasilkan. 


Ni depan pintu masuk Restoran. 


Berasaskan kayu restorannya. 


Masa kami tiba ada beberapa keluarga juga yang makan kat sini tapi kami tak makan berat. Nak minum dan makan yang ringan je. 


Tengok menu apa yang menarik kat sini. 


Herbal drink ni saya order Garcinia dan hubby pilih Gora. Kelebihan minuman herba ada dinyatakan di sini. 


Ni set nasi beriani. 


Ni ada order. Order 1 ajer mushroom soup dan 1 lagi tambahan garlic bread. 


Sambil berjalan atas lantai ni kita buat urutan kaki. 


Ni batu yang tajam sikit. Kena tahan la ya....


Silingnya kayu. 


Air Dania ni mango dan saya Garcinia atau asam gelugur. Ala yang buat asam keping tu. 


Close up....pucuk asam gelugur ni boleh buat ulam ni. Saya makan macam tu je. Rasanya masam-masam. 


Hubby beli teh Gora. Dipercayai dapat melancarkan peredaran darah. 


Mushroom soup share bertiga....kami order ni je sebab cadang nak makan kat.....nanti saya cerita. 


Wefie....


Tak tahu bangunan sebelah restoran ni apa. Nak pergi kilang tutup pula. Kilang buka hari biasa. Hari minggu tutup. 


Best ke Nasuha ni?. Nak tengok ladang pun katanya jalan tak elok. Dia akan buka tahun depan. Ladang tak jauh pun kat belakang bangunan ni je. Lepas tu kilang pulak tutup hari minggu. Kalau la buka hari minggu lagi meriah kan. Hari biasa orang kerja selalunya tak ramai orang la. Kalau buka hari minggu mesti lagi ramai yang berkunjung ke sini. 

Katanya tempat ni Agrotourism tapi hari ahad tutup kilangnya. Maybe Agro tourism hari biasa je kot. 😅. Kalau nak merasa makanan di restorannya ok je datang sini. Kalau nak pergi kilangnya kena datang la hari biasa. Ingat kot boleh la saya beli rempah mak siti tu.....hmmmm.....

Ok lepas ni citer kami makan boleh ya. 




XOXO,
Ezna

3 ulasan:

  1. Seronoknya celebrate anniversary... happy anniversary kak ezna... sy pulak 13/12.. hehehe

    BalasPadam
  2. happy anniversary kak ezna...moga sentiasa sihat,kekal bahagia hingga akhir hayat...

    BalasPadam
  3. Happy Anniversary Ezna...SA plak Anniversary bertunang 24/12..hahaha..nak jugak erk...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cover Johor, Melaka dan Negeri Sembilan Part 1

14 Disember 2025 merupakan wedding anniversary saya yang ke 22 tahun. Alhamdulilah. Jadi ke mana kita pagi ni?  Singgah breakfast di Hentian...