Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, June 6

Terasa bertuahnya diri ini bila.......

My mum punya bibik dari Indonesia bukanlah dari keluarga yang senang. I cakap ni berdasarkan cerita bibik ni la. Ada 2 anak, 13 tahun seorang perempuan dan seorang berumur 1 tahun. Gap jauh antara yang sulung dan yang bungsu. Sekarang ni kat Indonesia dijaga oleh adik bibik i. Setiap kali bibik i akan masuk ke akaun adik untuk kegunaan adik dan anak2. Tetapi adiknya bila disuruh beli pakaian untuk dirinya hanya kata duit tu untuk kegunaan kedua beradik ni. Wah....kalau kita lah di 'offer' sure tak lepaskan peluang kan?. Silap2 over budget lagi...

Lepas tu anak yang sulung pula bercita-cita nak jadi seorang Dr tapi bibik i cakap kalau jadi Dr, banyak nak pakai duit. Anak bibik tu berkeras nak jadi doktor juga. Baru2 ni ada mintak lappy tetapi bibik kata tak cukup duit nak beli lappy jadinyer bibik kata kena tangguh dulu. Kesian kan? Compare dengan i kat sini yang kalau nak minta lappy pun sure papa & mama i akan gagahkan juga. Tau tau pling pling depan mata dah.

Tambahan sanggup merantau jauh isteri dan suami ke bumi Malaysia semata-mata untuk sesuap nasi. Oh ye...suami bibik i ni pun kat Malaysia bekerja sebagai tukang cat. Bukan senang you alls berbanding dengan i ni yang hanya duduk rumah dan suami i je yang menanggung itu ini. Err err...i tukang tambah beban hubby sebab mintak itu ini....he he he....

Bertuah tau diri i berbanding bibik i. Kita akan rasa bersyukur apabila bandingkan diri kita dengan orang yang lebih susah daripada kita. Jangan pula membandingkan diri kita dengan orang yang lebih senang daripada kita. Mesti kita akan meminta yang lebih dari kemampuan kita...




****entry bercerita tanpa gambar......bertuahkan kita???....

2 comments:

  1. yup, kita mmg bertuah cuma kdg2 kita tak sedar yg kita ini jauh lebih bertuah di bandingkan dgn org2 yg susah

    ReplyDelete
  2. yep..can't agree more :)
    tp still i can't help myself from loving the life in UK compared to life in Msia :)

    ReplyDelete