Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, June 8

Petua 10 K Suami Isteri, Ibu Bapa, Anak Anak hebat Dunia dan Akhirat dari Ustazah Siti Nor Bahyah

Ni adalah entry tertangguh. Disebabkan i misplaced file ni so terpaksa i tangguhkan isi Seminar Keluarga Bahagia yang i pergi dulu dengan hubby dan Dania. Nota diambil dari slide Ustazah Siti Nor Bahyah untuk dikongsi bersama...


Petua 10 K itu adalah seperti berikut :-



1. Keimanan
  • Pimpin ahli keluarga ke jalan2 yang diredhai Allah- solat berjemaah, membaca Al Quran

2. Kasih Sayang
  • Kata kata kasih sayang seperti bahasa yang lemah lembut
  • Isteri yang memandang suami dengan pandangan kasih sayang dan ketenangan, pahalanya seperti berzikir kepada Allah (Tabrani)
3. Kemesraan
  • Makan bersama, jalan berpegangan tangan
  • Tolong menolong
  • Gurau senda
  • Amalkan komunikasi kasih sayang, bukan komunikasi benci
4. Ketrampilan
  • Suami isteri harus menjaga penampilan diri.
  • Pastikan penampilan diri dan ahli keluarga menepati syariat.
  • Nabi Muhammad SAW suka memakai wangian. Baginda berpesan kepada para sahabat untuk memakainya kerana bau wangian dapat menambah rasa cinta dan kasih sayang antara suami isteri.
5. Komunikasi
  • Elak tuduh menuduh
  • Hentikan bahasa negatif
  • Percakapan ibu merupakan doa
  • Kata2 indah lagi baik adalah sebahagian dari sedekah.
6. Kemaafan
  • Pemaaf adalah sifat mulia.
  • Terima pasangan seadanya.
  • Maaf dan redhai anak2 setiap saat.
7. Kesetiaan
  • Tidak membuka kepada ruang kepada pintu kecurangan.
  • Sentiasa ingat mengingati.
  • Sentiasa meluahkan kasih dan sayang.
  • Doa selalu agar terus setia.
  • Imam membawa kepada kesetiaan.
  • Ingat Allah, ingat akhirat.
8. Kedamaian
  • Bijak mendengar penjelasan dan luahan.
  • Elak pertengkaran di tenpat tidur, depan anak2, depan orang ramai.
  • Hindari menggunakan kekerasan seperti menampar, memukul, menengking.
9. Kesabaran
  • Sabar itu khazanah syurga.
  • Sabar itu ciri2 orang beriman.
  • Pemarah, panas baran adalah bisikan syaitan yang menghancurkan rumahtangga dan keluarga yang dibina.
  • ' Dan hendaklah kamu bergaul dengan wanita2 itu dengan cara yang baik. Maka jika kamu merasa benci terhadap mereka, boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan Allah jadikan kepadanya kebaikan yang banyak '. (Surah An Nisa' : 19 )
10. Keredhaan Allah dan ibu bapa
  • Rezeki dari pendapatan yang halal.
  • Didik isteri dan anak2 ke jalan2 syurga.
  • ' Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa ' (Tirmizi)


****Best sangat seminar Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akasyah suami isteri ni. Dah la romantik, tudung Ustazah dan bajunya pun menarik perhatian selain muka yang lembut je tu. Isi kandungan seminar yang menarik dan tidak membosankan....

2 comments: