Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, June 10

Melaka Day 2

Pada hari kedua kami pergi :-
  • Menaiki River Cruise. Menyelusuri sungai melaka. Dewasa - RM1O, Kanak2 - RM5
  • Muzium Samudera. Dewasa - RM5, Kanak2 - RM3
  • Menara Taming Sari. Dewasa - RM10, Kanak2 - RM5
  • Melawat rumah tradisional Melaka. Percuma
  • Mini Malaysia. Dewasa - RM3, Kanak2 - Percuma
  • Umbai ikan bakar
Lepas breakfast di hotel, terus kami keluar ke Melaka River Cruise. Pagi2 ni harap2 tak ramai lah orang yer....masa beratur tu kami antara yang terawal dan dapat naik bot kedua. Enjoy permandangan sepanjang sungai melaka. Mengambil masa 45 minit. Masa perjalanan balik tu akan diterangkan tempat2 menarik sepanjang sungai melaka yang kami lintasi.

Beratur nak beli tiket river cruise

Me and my precious

Graffiti di bangunan

Permandangan sepanjang sungai Melaka

Kampung Morten yang penduduknya mendapat peruntukan dari Kerajaan Negeri untuk membaikpulih rumah dari semasa ke semasa

Pokok paya bakau yang dipelihara oleh kerajaan Melaka kerana dapat menghalang hakisan tebing sungai

Selepas tu berdekatan dengan River Cruise terletak Muzium Samudera. I ingat kapal besar ni tempat tangkap gambar je, rupanya sebuah Muzium. Alang alang kesini terus naik kapal. Ala2 Pirate Of The Carribean you alls. Hehehe....

Muzium Samudera

Ayah dan Dania sebelah Alfonso

Hadapan bilik Kapten Kapal

Kapten kapal - Kapten Jack Sparrow

Dalam Menara Taming Sari

Dah naik kapal ni, lintas jalan ke Menara Taming Sari. Boleh tahan linenya. Panjang jugak. Wajib sabar menunggu alang2 ke Melaka. Letih kaki berdiri lama. Akhirnya dapatlah kami naik Menara Taming Sari ni. Gayat you alls. Masa naik dan turun tu agak perlahan je. Masa nak naik tu berdebar-debar. Sempatlah bergambar atas 'space ship' nih.

Masa beratur nak naik Menara Taming Sari

Gayat tapi nak bergambar jugak...eiiiii.....gayat....

Lepas naik Menara, terus kami break untuk lunch dulu. Wajib try asam pedas melaka. Dah namanya di Melaka. Sedap juga ye. Lepas tu baru tengok GPS nak cari tempat menarik. Kami terus menuju ke rumah tradisional ni. Kepunyaan sebuah pakcik ni. Masa we alls datang tu ada group dari China. Unik juga barang2 antik kat dalam rumah tradisional pakcik ni.

Replika di hadapan rumah tradisional

Depan rumah tradisional

Alatan tembaga lama untuk membuat kuih di dalam rumah tradisional nih

Lepas tu kami ke Mini Malaysia. Penat juga berjalan sekeliling Mini Malaysia tapi agak sedih dengan keadaan rumah Asean yang bagai tidak terjaga. Pokok2 bunga di dalam Mini Malaysia semacam tak diletak baja je. Banyak yang mati. Kalau hidup pun bunga cam nak mati jer. Apa yang dibuat dengan duit yang kita bayar semasa nak masuk tu???. Itu i tak leh nak jawab. I rasa sayang sebab tempat menarik kenalah jaga dengan baik ye tak?.


Perkampungan Singapura ni cam rumah hantu pun ada....eiii seram...

Nak bagi makan arnab pun ada kat dalam Mini Malaysia ni

Rumah Sarawak yang gayat sebab lantai dari buluh. Bila naik cam tak confident jer..

On the way back i punyelah mengantuk sebab kepenatan. Tertidur dalam kereta sampai ke hotel baru jaga. Penat you alls. Banyak tempat kami pergi hari ni...

Umbai ikan bakar i akan kuarkan dalam entry Makan Time...stay tuned


****Puas hati banyak tol tempat menarik yang i lawat hari ini

2 comments:

  1. besh!! pic pun lawa2 ni ehheheh
    me nak try river cruise tu kalau me pegi melaka :)

    ReplyDelete
  2. jom join gathering 12 jun (ahad) kol 4 ptg kat KLCC..

    http://mamiuyun.blogspot.com/2011/06/mari-beramah-mesra-pada-12-jun-2011.html

    ReplyDelete