Isnin, September 25

Ladang Teh Boh di Banting? | Bukit Cheeding

Kami menuju ke Ladang Teh Boh ni waktu petang. Petang-petang baru nak naik Cameron Highland ke?. Eh tak lah, ladang teh Boh ni kat Banting je. 

Sebenarnya baru tahu je kewujudan ladang teh kat Banting ni. Tu yang teruja nak pergi tu. 

Berpandukan waze, kami tiba kat Ladang Teh Boh, Bukit Cheeding. Nak masuk bukan sebarangan. Tak dibuka pun untuk orang awam. Ada pagar dengan guard kat depan. Saya cakap nak ambil gambar je. Guard pun bagi masuk. Bab ni saya pun tak tahu. Tahu pun bila tiba kat sini je. 

Ladang Teh Boh ini ditubuhkan dalam tahun 1927 dan salah satu penanaman teh di tempat yang rendah. Uniknya di sini, penanaman teh ini diselang seli dengan pokok kelapa sawit. Permandangan yang agak rare la bagi saya sebab kalau kat Cameron Highland tu tak ada pokok kelapa sawit di ladang teh. Hanya pokok teh semata-mata. 


Pokok teh tidak dicantas daunnya. 


Macam semak dah kawasan ni. Macam tak berjaga. Sayang juga bagi saya sebab kawasan dah cantik dah. 


Kami parking kat tepi ni je. Masa ni ada seekor anjing tengah berjalan-jalan. Saya memang fobia dengan anjing sebab pernah ada peristiwa kena kejar dengan anjing. 😅 Anjing tu buat tak tahu je. Saya je yang takut. 

Apa yang saya perasan, pokok-pokok teh kat sini macam tak dijaga rapi jadi masa nak keluar tu saya tanya la Uncle Guard. Kenapa macam tak jaga je kawasan ni?. Uncle Guard kata pokok-pokok teh ni akan ditebang dan digantikan dengan pokok kelapa sawit. 

Oh....patutlah rumput-rumput dibiarkan sahaja tidak dipotong. 


Boh Plantations Sdn Bhd. Tak sangka ya kat Selangor ni pun sebenarnya ada ladang teh yang telah bertapak lama. Tahun 2023 ni baru saya tahu. 


 Nak rasa Teh Boh Bukit Cheeding? Boleh la click di sini 





XOXO,
Ezna











10 ulasan:

  1. oh dkt banting ada ladang teh boh,..ingt dkt cameron je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sebenarnya Amy dari tahun 1927 lagi. Kita pun tak lahir lagi.

      Padam
  2. Kalau sis tak cerita, saya pun tak tau dekat banting ada ladang teh boh jugak. Ingatkan di CH je ada ladang teh.

    BalasPadam
  3. Teh boh ini fav saya lah. Berarti kebunnya yang di sini nanti nak ganti dengan sawit yaa? Sayang juga.. sepintas lihat memang tak terawat. Tak seperti kebun teh pun. Diganti sawit karena itu lebih profitable daripada teh ya? Di sini juga banyak perkebunan yang akhirnya diganti ke sawit. Menguntungkan, tapi dari segi environment sawit ini tak terlalu ramah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kakak pun tak pasti kenapa nak digantikan dengan pokok kelapa sawit. Kalau nak ladang teh cantik kena pergi kat Cameroh Haighland kalau di Malaysia. Kalau di Indonesia kat mana ladang teh yang cantik Fanny?.

      Padam
  4. Boleh jadi pusat pelancongan ni nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah nak gantikan dengan pokok kelapa sawit dah uncle. Dulu2 kalau tengok dalam gambar cantik tempat ni. Sekarang macam tak terjaga je.

      Padam
  5. ala nampak mcm semak samun jer ezz hhehehe sbb yg kat CH kan sgt cantik gituuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Suzz, I pun terkejut. Tapi kalau google....tempat ni cantik satu ketika dulu. Sekarang? I pun hah?.....Kat Cameron tu memang sangat cantik la Suzz....

      Padam
  6. sayang nya, kalau di jaga mesti ramai yg dtg .. x yah gi cameron. maybe faktor cuaca kot....

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...