Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, September 15

Mios Kitchen dan nostalgia di sebaliknya

Selepas solat kat Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, kami menuju kat deretan kedai depan masjid. 
Kami nak makan malam kat Mios Kitchen. 


Saya order Fish and Chips. 


Dania order Mac & Cheese. Kalau nampak hidangan pasta memang inilah yang Dania akan pilih. 


Kalau nak makan dessert pun ada pilihan yang ini.....


Seleksi kek pula. 


Nasi goreng chicken chop ada promosi pula jadi harganya jadi RM4.90 sepinggan. 



Dari kiri air epal, air teh o limau dan air tembikai. 


Ni lah nasi chicken chop yang berharga RM4.90 tu. Ok la kan lengkap semuanya. Ni yang suami pilih ni. 


Dania punya Mac & Cheese. 


Saya punya Fish & Chips. 


Kami bertiga. Nampak ceria je Mios dalam gambar sebab berwarna warni warna dinding. 


Ni lah owner Mios Kitchen. Ini adalah perniagaan keluarga yang dimulakan oleh ibu, Puan Sharifah Khazaimah. 


Tudia.....saya bergambar dengan pemilik Mios Kitchen. Puan Sharifah Khazaimah yang kebetulan makan kat bahagian hadapan restoran. Sebenarnya suami yang perasan Puan Sharifah ni. Saya la yang tegur cerita masa dulu Mios kat Food Court Bandar Kinrara, pagi-pagi saya ada beli cup cake kecil-kecil untuk Dania bawa untuk jamuan di sekolah. Masa tu Dania bersekolah rendah lagi. Lebih kurang 12 tahun yang lalu. Pagi-pagi datang sebab kebetulan nak breakfast kat food court tu atau nak tapau breakfast. Ingat lagi masa tu Pun Sharifah promo suruh makan lamb grill kat food court ni waktu malam. Rasa-rasanya sampai ke sudah kami tak sempat merasa lamb grill. Masa tu Puan Sharifah dengan apronnya. Sempoi sungguh la. Sehinggalah kami berpindah ke daerah yang lain. Bila datang balik ke Bandar Kinrara beberapa tahun selepas tu dah nampak Mios Kitchen tersergam indah. Dari kedai kecil di Food Court sehinggalah ke lot kedai (sejarahnya bermula menjual lauk pauk di bawah pokok). Kemudian nampak pula cawangan di Putrajaya. Memang saya excited nak pergi masa tu. Ya lah.....Mios ni a part of my memory juga semasa Dania masih sekolah rendah. 

Nama Mios diilhamkan oleh nama anak2 Puan Sharifah iaitu Mior dan nama Puan Sharifah sendiri kemudian terjadilah nama Mios. Sebelum bergambar ni Puan Sharifah promote makanan nasi campur kat sini. Maka beliau tunjuklah makanan yang dihidangkan melalui telefon beliau. 


Selesai bertemu dan berbicara dengan Puan Sharifah, kami balik la ikut jalan belakang di Bandar Putra Permai untuk balik ke rumah. Dalam perjalanan nampak perasmian kedai mamak agaknya. Ada percikan bunga api. Saya ambil dari side mirror kereta je lah sebab bunga api tu kat belakang. 


Banyak juga bunga apinya. 


 Tiba rumah dalam 9 lebih macam tu. Fuhhh penat juga dari siang bawak ke malam.





XOXO,
Ezna

4 comments:

  1. Wah meriah menu dia. Macam2 ada tu

    ReplyDelete
  2. kira murah tu harga2nya...menarikkkkk

    ReplyDelete
  3. Saya Tak banyak tahu restoran seperti ini di KL, karena memang kalo ke KL jarang lama, kebanyakan transit ataupun hanya 3 hari maksimal. Padahal banyak ya tempat makan seperti ini yg enak kliatannya. Harga pun tak mahal sangat.

    Ramaaah owner-nya 👍. Semoga restorannya semakin banyak pembeli dan bisa buka cawangan di mana2

    ReplyDelete