Isnin, September 25

Majlis kahwin dengan kehadiran Menteri Besar Pahang

Jemputan ke kenduri kahwin  di Dewan Sri Siantan, Putrajaya. Ambik gambar dulu. Lighting dalam dewan ni terang jadi phone saya jadi kabur. 

Cantik dewannya. Dania pernah ke dewan ni masa mewakili sekolah SMK Jalan Empat untuk robotik dulu.  

Bihun sup utara ni jadi buah mulut orang kerana kenakannya. Memang dah tau siapa yang buat ni. Jiran kawasan rumah kami juga. 

Ada cendol juga. Ni saya ambik untuk Dania sebab Dania tukang ambik nasi dan lauk pauk saya. Pandai dia pilih lauk yang saya suka. Saya masa tu tengah jaga kerusi la sebab free seating kan. Bila suami dan anak sampai baru saya pulak gilir2 ambik makanan cumanya makanan saya, Dania dah ambikkan. Alhamdulilah. 

Family memang terer masak-masak ni. Kalau bulan puasa buat bubur lambuk juga. Sedap. 

Ni deretan nasi dan lauk pauk. 

Banyak juga station dessert selain makanan utama. Bagi saya kalau nak tambah dessert lagi ni kos katering ni meningkat la juga kan....kalau ada rezeki lebih why not?. 

Seleksi air pun sampai sebanyak ni. Patut la Dania tanya ummi nak air apa. 

Sebelum balik, saya memberanikan diri minta nak bergambar dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail. Suami la yang jadi mangsa. Hehehe. Takkan la saya kan? Tak manis pula. Beliau merupakan ADUN kawasan Jelai, Pahang. 

Saya suka juga ambil gambar dengan ahli politik ni sebab rare. Bukan senang nak jumpa dekat-dekat. Pernah juga bergambar dengan Dato Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah, Dato Zahid Hamidi, Dr Mohd Khir Toyo, Mohd Radzi Bin Mohd Jidin kat majlis kahwin anak kepada kawan saya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang tengah shopping kat KLCC. Oh ya pernah juga dengan Nurul Izzah sebab masa tu kami nak makan kat restoran mamak kat Bangsar. Kebetulan ada YB Nurul Izzah ada program kat situ. Saya kata teringin nak jumpa mama. Sekali....Nurul Izzah bawa saya berjumpa dengan DS Wan Azizah. 

Kehadiran Menteri Besar Pahang ni mungkin juga kerana bersaudara dengan tuan rumah kerana Tuan rumah pun nama bermula dengan Wan. Profesor Dato' Ir Dr. Wan Hamidon yang dulunya Dekan Fakulti Alam Bina dan Kejuruteraan di UKM. 

Malamnya menang dapur tak berasap juga. Hehe. Kami ke McDonald's Layby Bangi. 


McDonald's ni selalunya tak sesak sangat. 


Burger daging ni saya tengok nipis je. Tak menarik di mata saya. 


Mcflurry coklat dan strawberry. 


Dania dan saya pilih ni....Spicy Crispy Chicken Burger. Ada rasa spicy tapi tolerable. 


Sesekali bila makan makanan segera.....





XOXO,
Ezna

























6 ulasan:

  1. Nampak mewah majlis kerkahwinan tersebut

    BalasPadam
  2. meriah wedding tu! i dh few times mkn mcd spicy chicken tu tp i amik wrap, tak amik roti burger tu..i suka sbb pedas2 gitu ;)

    BalasPadam
  3. Meriah suasananya, makanan pun nampak sedappp belaka...
    Sy pun pernah jumpa Kak Wan (DSWA) di majlis kenduri :)

    BalasPadam
  4. Patty burger McD ini memang lah, makin kesini makin tipis 🤣🤣. Sama saja kayak McD di Indonesia kak 😅. Tiap ke McD, seringnya saya hanya pesan MC flurry dan pie mereka 😁

    Foto bersama tokoh politik atau pesohor memang tak mudah. Saya jujur tak confident nak minta 🤣. Tapi suami saya berani. Jadi kalau ketemu pesohor atau tokoh politik idola dia, pasti nak foto 😁

    BalasPadam
  5. Mesti besar bajet majlis kahwin tu sebab seleksi air pun ada macam2. Tempat pun nampak mewah dan selesa.

    BalasPadam
  6. meriah wedding nya..mcm2 menu ada
    ok la tu.sesekali gantung kuali kan...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...