Selepas balik dari Setia City Mall tu, Dania macam ada cakap teringin nak makan pulut mangga. Kat restoran mak uda ni ada jadi ayah Dania pun order pulut mangga. Memang berselera Dania makan nak nak pulak buah mangga tu manis la sangat. Memang kena la dengan pulut tu.
Sebenarnya end up kat Mak Uda TTDI Jaya, Shah Alam ni bukan apa....suami nak pergi Restoran Mak Uda kat Bukit Jelutong. Type kat waze Restoran Mak Uda. Tak check alamatnya sekali....aikkkk TTDI Jaya?. Bukit Jelutong pun dah terlepas. Nak tak nak tu yang makan kat sini jugak 😅
Bahagia betul anak ummi sebab pulut mangga yang diidamkan depan mata. Makan dengan rasa puas hati. Alhamdulilah. Dania kata sedap!.
Ni suami pulak order. Nasi dagang dan ayam masak merah. Kalau tengok nasi dagangnya macam tak nampak la seperti nasi dagang. Sekali, bila makan sedap. Ya rasa macam nasi dagang. Hehe.
Ini pula saya order Samyang cheese with korean chicken. Dalam pada waktu yang sama, Restoran ni pasang lagu kemain kuat. Tak berapa tenang la nak makan kat sini. Tambahan pula Samyang ni aduhhhh pedasnya. Berair hidung lepas tu kat lidah rasa pijar-pijar. Power betul mee ni. Saya makan sikit je. Selebihnya saya tapau. Ada 3 kepak ayam korea.
Ni perjalanan nak balik rumah. Banyak juga kereta kat jalan walaupun esok hari isnin orang kerja dan nak sekolah.
Cuti hujung minggu anda semua pergi mana?
XOXO,
Ezna
pulut mangga fav...restoran mak uda ni biasa julia order roti canai time bfast..tk pernh lg mkn kt kedainya
BalasPadamOh JJ pun order sini ya?. Dania la kebetulan beberapa hari sebelum nak makan pulut mangga. Dah dapat tu kemain seronok. Kebetulan mangga tu pun manis.
Padambiasa menu bfast julia suka order menu roti canai kt sini
Padamminggu lepas sy pun teringin nak pulut mangga,konon nak buat sendiri tapi cari mangga manis plk tak ada,terus terbantut selera..ummi selera korea ye mlm2 hihi
BalasPadamMangga manis ni kadang tak manis dia rasa lemak. Kalau dah teringin tu kan....malam sis kebetulan tak nak makan nasi nak cuba la mee ni....alamak pedasnya.....tapau je. Sambung makan esoknya. Haha.
Padamnampak sedap pulut mangga tu..kami ke thailand dari rabu sampai sabtu.ahad urus anak nak balik asrama je dan betulkan braces tercabut
BalasPadamcik nur pun peminat pulut mangga
BalasPadamdeserttt sedapp ni
Sedapnya pulut mangga.
BalasPadamSaya kalau denger kata JELUTONG, ingat nya JELUTONG di Penang 😄. Rumah sewa saya dulu area sana, dekat kampus. Ternyata di KL pun ada area JELUTONG ya kak.
BalasPadamRasanya kalo nanti saya ke KL harus tanya kak ezna tempat2 best utk makan di sana 😄. Saya kalau ke KL biasanya tak lama. Paling sering hanya transit sebelum lanjut destinasi lain. Karena itu tujuan saya hanya ke KLCC, ampang, atau bukit bintang, oh sunway lah satu lagi 😄. Itu saja. Kalau sampai ke Putrajaya, maknanya pergi dengan papa duluuu zaman masih kuliah 😁
Pulut mangga fav saya. Tapi memang mangganya harus yg maniiis sangat baru best. Pernah makan yg mangganya tak terlalu manis, jadi tak sedap lah.
Amboi! Dia punya cheese!
BalasPadammy ariff suka pulut mangga!! weekend i staycation kat kuantan ;)
BalasPadamAlhamdulillah Dania dapat makan pulut mangga. Bukan semua tempat ada jual kalau teringin.
BalasPadamCantik persembahan makanan Samyang dengan kepak ayam.
rasa mcm dah lama laa pulak tak makan pulut mangga hehehe
BalasPadamharga kat sini okey ke?