Isnin, September 18

Fakulti Pertanian UPM dan buka akaun RHB I-Pro

Pagi lagi, sebelum ayah Dania pergi kerja kami breakfast sama-sama kat Ikhwan, Putrajaya. Ikhwan ni memang banyak cawangan di Malaysia dan di luar negara. Bukan bertumpu pada restoran sahaja tetapi travel agency, klinik, kedai runcit dan macam-macam lagi la.

Tengok la apa yang saya lalu makan pagi ni?.
Cakoi dengan sos pencicah pandan. Harga set ni RM2. 


Ni Dania punya mee. Lupa pulak suami makan apa masa ni. Terlupa nak ambik gambar. 


Lepas tu kami ke destinasi masing-masing. Suami pergi kerja. Saya dan Dania ke Fakulti Pertanian. Tak jauh pun dari rumah saya. Masa ni tak sure nak cari bangunan jabatan kat mana. Mulanya ke sini tapi akhirnya bukan kat sini. Berpeluh jugak la berjalan. Walaupun jam 10 pagi tapi panasnya lain macam. 


Parking sangat luas jadi senang je dapat parking. 
 

Haa sebenarnya inilah bangunan yang betul. Kami nak menuju ke Pejabat Pentadbiran ni. 


Masa ni tengah menunggu dekan yang tengah entertain seseorang dalam biliknya. 


Luar pejabat pengurusan ada kucing pulak. Adehhh nak kena bagi Dania main2 pulak dengan kucing. 


Perjumpaan dengan dekan tak la mengambil masa yang lama. Setelah submit beberapa surat etc kami pun mengundurkan diri. Dekannya sangat fatherly bila bercakap dengan Dania. Saya ada sikit-sikit je la tanya. Dekan pula baru balik dari kerja di Indonesia. 

Ni lah laluan untuk menuju ke kereta kami. 


Ni pun salah satu laluan dalam Fakulti Pertanian ni. Ada nampak buah jugak ni tapi tak pasti buah apa. Bila lalu bawah ni rasa redup je la. 


Lepas Fakulti Pertanian kami balik rumah. Petang pulak selepas Zohor keluar rumah pulak sebab nak settlekan Dania kena buka akaun RHB I-Pro. Nak kena buat sebab nak selesaikan tawaran Ijazah Dania. Bila tak lengkap No. 1, tak boleh selesaikan ke No. 2. Nak tak nak kena selesaikan dari No. 1. Ikutkan Dania dah ada akaun CIMB. Kalau tak wajib, memang tak buka sebab apa gunanya akaun banyak-banyak kalau akaun baru tu nanti kita tak guna sangat. 

Nampaknya semua IPTA ni perlu buka akaun RHB I-Pro ni. Ternampak anak cikgu kimia Dania kat sini. Buka juga akaun ni. Beliau belajar nun di Unimas (Universiti Malaysia Sarawak). Cikgu Zurina juga cikgu yang sangat prihatin dengan Dania. Terima kasih cikgu!. Anak cikgu ni baru masuk SMK Jalan Empat masa Form 4. Buat pertukaran dari SAM Hulu Langat sebab tak nak ambik Bahasa Arab. Nak concentrate Sains Tulen je. Cikgu Zurina kata ikutkan anak sebab anak yang nak belajar. Ikutkan sayang juga tinggalkan SAM Hulu Langat (Samten) sebab diantara sekolah yang terbaik juga di Hulu Langat. 


Ramai student nak buka akaun. Sebenarnya ada lagi 1 cawangan RHB yang berdekatan juga iaitu di IOI City Mall tapi end up ke cawangan Bandar Baru Bangi sebab macam malas pula nak pergi IOI City Mall tu. Dah la besar lepas tu kena jalan pun jauh. Haha. 

Kemain style Dania duduk tu ya. 


Lepas tu Dania tak bagi ummi tengok kat sebelah sebab dia kata nanti kawan dia nampak. 😆. Punya jauh kami dengan Sohail tu. Aleh2 Sohail tu senyum kat ummi. Haha...macam la dia tak nampak. Sohail ni sekelas dengan Dania. Pernah satu group juga untuk projek Biology. Dania ni agak pemalu sikit. Haha macam ummi dia masa belajar TAPI sekarang ummi Dania dah tak berapa pemalu dah...peramah lagi ada 😅


Ok....Dania punya turn. Saya masa ni duduk kat satu tempat tu. Tak payah la berdiri. Hehe. 


Lepas tu kami ke 4Fingers. Dania nak makan ayam dia. Ummi ikutkan je sebab tak lama lagi nak kembali ke Universiti. Hmmm terasa masa ni cepat pulak. 


Jom cuba ni. 


Ni lah choco hazelnut sandwich. Dania kata nampak menarik je ummi. Kalau cakap macam tu maknanya nak la tu. 


Dalam sandwich ni. Isinya nutella. Banyak juga. 


Nasi ummi dan Dania dengan boneless chicken. Sedap boneless chicken ni. 


Bila ke sana ke mari ni selalunya makan kat luar je sebab penat. 





XOXO,
Ezna

10 ulasan:

  1. ke sana sini memang letih, nak masak pun takda tenaga dan idea kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Makan kat luar sekali sekala apa salahnya. Hehe.

      Padam
  2. Wah..lepas ni Dania masuk belajar semula ye..My Dania masih di semester akhir..last bulan 12 ni kalau x salah..My Dania x leh tukar U untuk degree, kena buat degree kat situ jugak..kalau tak foundation dia mama kena bayar balik..hahaha...kena buat persediaan jugak ni untuk dia sambung degree nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah SA, 30 September 2023 ni masuk semula UPM. Oh ya ada Uni dia pegang student dia kan....Moga Dania berjaya menamatkan asasi dengan cemerlang.

      Padam
  3. Kalau dilihat dari bentuk daun dan sekilas buahnya, itu seperti tumbuhan markisa kak ezna. Awalnya saya kira anggur, tapi pas lihat buah, lebih mirip markisa. Tapi tak pasti Krn foto buahnya tak terlalu jelas. Markisa tumbuhnya juga merambat soalnya 😄

    Jadi ingat rek RHB saya zaman kuliah 😄. Dulu pun buka itu, Krn dekat kampus saya cuma ada RHB yg terdekat.jadi buka di sanalah. So papa kirim monthly allowance ke rek bank itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke Markisa?. Buahnya warna hijau2. Mungkin masih muda. Kakak pun tak pasti buah apa tapi buahnya memanjat. Oh guna RHB juga ya?. Dania kena guna RHB tapi sudah ada buku akaun CIMB.

      Padam
  4. Ayat ummi dia peramah tu setuju sangat 😄 My dad dulu belajar di Fakulti Pertanian UPM Serdang. Kiteorg pernah la 2 tahun ikut dia duduk di Seri Kembangan dan bersekolah di SRK Sri Serdang. Masa dia kena buat FYP kiteorg selalu ikut my dad pergi masuk kampus tengok dia buat projek hydroponic. Kenangan sangat masa tu hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke Carneyz? Kenangan dan nostalgia la UPM ni tapi dulu Fakulti Pertanian ni terletak kat bangunan lama. Ni kiranya bangunan baru Fakulti ni. Lawa je sebab bangunan baru.

      Padam
  5. gmbr cakoi dan pencicah pandan tu menarik hati i hahaah anyway, utk students UPM lah yer wajib bukak akaun rhb tu...so far zharfan tak de kena bukak akaun apa2 lagi..rasanya uia (utk main campus nanti) kena bukak akaun bank muamalat/bank islam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Suzz, UPM kena buka akaun RHB I-Pro...i tanya yang beratur depan Dania UITM dan anak cikgu tu Unimas pun kena buka akaun RHB. Dania dah ada cimb dah pun.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...