Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, September 7

McDonald's sekarang jual jeans? | NewJeans

Awal-awal lagi Dania dah cakap kat Ummi. Esok kita pergi McD ya ummi....Tak sangka sungguh la hai....McDonald's jual jeans pulak?. Tak cukup dengan franchise makanan je ke?...

Eh tak la....McDonald's Malaysia ada kolaborasi dengan kumpulan K-Pop baru bernama New Jeans. New Jeans ni di bawah anak syarikat company yang menaikkan nama kumpulan K-Pop BTS. Dania la bagi tahu, idak saya pun tak tahu 😅

Dania tengah memilih nak makan apa. Nampak gayanya lunch ni ummi dan Dania makan McDonald's je la. 

Tagline 'Rangupkan duniamu'. 


Atas mesin order ni la New Jeans. Kumpulan semua perempuan. 


Seronok dah dapat order dia tapiiii bekas air tu dapat yang biasa punya la tak ada cop 'rabbit' New Jeans. Dania pun pergi tukar kat kaunter McDonald's kata order set New Jeans tapi bekas air bukan bekas New Jeans. Gigih....


Standee kumpulan K-Pop ni kat kaunter. 


Barulah Dania puas hati bekas air dia ada cop 'rabbit' tu haaa....


Sekarang, McDonald's X New Jeans didatangkan dengan set ayam 'spicy crispy chicken'. Dania kata ayamnya pedas sikit la. Dah nama pun spicy tapi masih boleh tolerate lagi spicy dia tu. 

Credit : Instagram McDonald's Malaysia

Selesai je makan, Dania simpan paper bag dan bekas air tu. Siap basuh sabun lagi haa....
Anak siapa lagi yang ambik set New Jeans? ✌.


***Berita yang saya tunggu-tunggu tu keluar esok pulak. Haish la penantian itu satu penyiksaan tau tak?....huhuhu....





XOXO,
Ezna

 

12 comments:

  1. hah tisya pun ckp juga nk p mcd...sbr je la..bdk2 minat kpop gtu la kan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha adehhh...jenuh kan Amy...tapi takpe la makanan ok lah....Tisya cepat2 pergi. Haha...

      Delete
  2. Mujur budak besar kat rumah ni tak minat kpop. Kalau tak sure LM dah kena ke mekdi jugak. Kaw rumah kami kalau mekdi tak pernah tak sesak. Nyampah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...mujur sangat. Kita tak tahu apa2 sekali...ummi esok gi McD ya....ingat sebab apa rupanya.....

      Delete
  3. Anak ammi tak ada berbunyi pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lagi la tu. Kalau tau info....jeng jeng.....

      Delete
  4. Saya tahu new jeans idol ini 😄. Teman saya ada yg fans sangaaaat, dan hara2 dia jadi terngiang2 pulak lagu mereka 😂. Memang lah McD dan KFC ini lagi sering collab dengan idol Korea. Sayangnya saya pun tak ada fans dengan mereka. Jadi terkadang ada Collab begini pun, tak ngaruh juga ke saya 😅. Anak perempuan di rumah, sukanya pula lagu western. Tak apalah, jadi bisa kami nikmati sama2 tiap kali dia putar lagu2 fav nya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak kakak paling suka BTS. Kalau tanya kakak, kakak sebenarnya suka western. Hehehe...tak apa minat berbeda kan?....New Jeans ni Dania kata kalau McDonald's Indonesia lagi banyak barangnya. McDonald's Indonesia X New Jeans punya McDonald's packaging sangat cute.

      Delete
  5. waaaa i terliur wrap tuuu nanti bolehlah try ;) errr u tunggu berita apa tu ezz...i tumpang suspens plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wrap tu Dania kata pedas sikit. Ok la terasa sikit je. News tu nanti I whatsapp kat you esok. Hehe

      Delete
  6. ada pulak ye .. x tau pun...
    news... so true, ternanti2 tu memang alahai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah ah Dania la yang bagi tau. Idak ummi dia pun tak tahu.

      Delete