Jumaat, September 8

Donate Your Fabrics

Malam sebelumnya dah packing siap-siap baju-baju dan tudung-tudung yang nak dimasukkan di dalam peti besar 'Donate Your Fabrics' kat pekarangan parking Masjid UPM. Bukan pakaian je ya, boleh juga dermakan kasut, beg tangan, tali pinggang, bantal dan cadar. 


Ha ni dia plastik besar baju-baju saya dan Dania. Ada baju yang pakai 2-3 kali je dan ada juga baju yang dah kecik Dania tapi masih elok. Kalau baju Dania yang kecik tapi dah lusuh-lusuh tu saya buang. Tak tergamak pulak nak bagi orang. Masuk dalam plastik besar ni senang. Masukkan je dalam peti baju ni. 

Buat macam ni pun dah buat saya bahagia. Moga bermanfaat kepada penerima pakaian dan tudung-tudung ni. 😊


Ni pulak paper bag berisi tudung-tudung. 


Besar juga la peti ni. Senang nak masukkan ke dalam dengan paper bag yang besar. Dania kata bila jatuhkan tu macam ada baju juga kat bawah. Maknanya peti ni tak le kosong. 


Masa ni kami tak singgah la masjid sebab dah siap solat kat rumah. 


Singgah ambik duit dulu kat ATM dalam UPM berdekatan dengan Koperasi. Baru tahu ada sebuah cawangan CIMB juga dalam UPM ni boleh buat urusan. Ingatkan cuma ATM je. 


Lepas tu nampak Tealive?. Ya Tealive dah buka kat UPM lah. Hehe. Baru buka pada 1 Ogos 2023. Masa Dania Asasi, ada pembukaan Chatime. Asasi terbaru ni ada pembukaan Tealive. Kalau datang pada hari pembukaan memang akan ada promo menarik. Tealive ni berdekatan dengan CIMB dan Koperasi juga Bangunan Canselor. 


Bertambah lagi satu kedai baru dalam UPM. 


Lepas ambik duit ni, Ummi dan Dania menuju ke He & She Coffee. 
Order kaya toast ni. 


Ni semua yang kami order. 


Bubur nasi ayam saya. Terlupa nak bagi tahu tak nak kacang. Akhirnya saya kumpul kacang ni setempat. 


Ummi dan Dania. 


Dania punya spaghetti bolognaise. 


Lepas makan, kami menuju ke flat ikan. Parking kereta dulu sebelum jalan kaki ke sini. Ada pintu kat sini menghubungkan ke flat ikan. Waktu malam, pintu ni ditutup. Saya nak fotostat dokumen kat sini. Alang-alang nak pergi Masjid UPM, kita buat semua aktiviti dalam ni. Senang sebab sekali harung je. 


Ada juga besi ni nak halang motor masuk melalui pintu ni. 


Kat depan pintu ni ada seekor kucing tengah duduk. Apa lagi....Dania bagi cat treats la untuk kucing ni. Saya jauh sikit la....Dania kata kucing ni selsema. 


Balik hari ni, saya rasa letih pula nak memasak jadi tapau Subway ajer sebab Dania teringin nak makan Subway pulak. 





XOXO,
Ezna
 

13 ulasan:

  1. tong recycle tu sama mcm yg ada dlm UIA...ada 2 tong dlm uia kat lokasi berbeza..so senang i nak dispose my baju2 etc

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada 2 tong jugak Suzz. 2 tong kat sini jugak. Besar tong dia so tu yang puas hati nak masuk plastik besar2. Hehe.

      Padam
  2. Tahun lepas masa nak pindah rumah, kebetulan UPM ada buat donation drive baju-baju dan kasut-kasut terpakai. Semua kasut kerja saya jenama Hush Puppies, kasut sekolah anak2 yg dah tak muat, baju-baju yang dah tak pakai semua bawak ke sana. Lepas tu singgah di Masjid UPM ternampak kotak recycle ni. Kesimpulannya UPM rajin buat recyling baju2 dan fabrik 😄👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus juga inisiatif ni kan. Sekurang-kurangnya pakaian yang kita tak pakai boleh dimanfaatkan kepada orang lain.

      Padam
  3. errr i impressed sgt dgn dania psl loving the cats niii moga2 dania terus dimurahkan rezeki dan cemerlang dlm study

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Cantik doa you tu. Terima kasih Suzz. Nanti I bagi tau Dania yang you doakan dia....

      Padam
  4. wah ada tealive, jadi pengen coba :D

    BalasPadam
  5. kat area rumah MA pun ada satu tong mcm ni.. senang sbb nak kuar bawak sekali ada apa2 nak di drop kan...but tula nak wat sorting tu, kena cari masa sungguh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat sorting tu ambik masa sikit. Nak masuk dalam tu mudah je....

      Padam
  6. Bagusnya ada tong camni..Moga bermanfaat buat yang memerlukan..

    Fuh, Tealive pulak dah ada..Terbaik UPM! Syok lah, menyedut salu..hehe.. Comel anak akak...

    BalasPadam
  7. Gara2 disebut subway, saya jadi teringin subway juga untuk lunch nanti😄😄.

    Kalau ada kotak utk donasi macam tu, jadi gampang utk donate barang2 kita yang tak terpakai. Sayangnya di sini agak susah kalo semacam box /peti seperti itu. Palingan kasih ke lembaga yang mungkin membutuhkan, atau orang-orang yang memang tugasnya menyalurkan. Ada juga yg biasanya menerima barang bekas untuk di recycle lagi.

    Eh btw, blouse hitam yang dipakai Dania bagus lah kak. Bagian arm nya mengembang yaa? Lagi trend lagi style lengan seperti itu 👍. Saya pun lagi cari 😄

    BalasPadam
  8. terbaiklah! drpd kite buang atau bakar baik kita donate kpd yg memerlukan. . sy dah buat beberapa kali sblm ni. laa x dan lg nk buat. byk baju2 yg belum dikumpul sblm dibungkus.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...