Jumaat, September 1

Resipi kerang rebus ala thai

Masa pasar malam hari selasa baru-baru ni suami ada belikan lauk-lauk mentah untuk dimasak kat Pasar Malam Putrajaya. Salah satu yang suami beli ialah kerang. Jadi hari ni baru nak buat kerang rebus tapi nak buat yang ala Thai tu. Mulanya suami kata masak je 1/2 daripada kerang yang dibeli. End up saya kata masukkan semuanya sebab nanti boleh buat ratah-ratah. 

Ok bahan-bahannya ialah :

1. Kerang yang siap dibersihkan kemudian direbus dengan serai yang dititik.
2. Limau kasturi diambil airnya, kulitnya pula dipotong halus. 
3. Buah tomato dipotong dadu
4. Gula perang
5. Sos ikan
6. Daun ketumbar dipotong halus
7. Daun bawang (ni option ya. Saya letak) 

Bahan dikisar :

8. Cili api
9. Cili merah
10. Bawang putih

Cara-cara membuatnya : 

Tomato dipotong dadu, sos ikan, gula perang disatukan di dalam bekas kemudian digaul. 


Limau kasturi diambil airnya sahaja. Kalau ada bijinya keluarkan ya sebab tak nak rasa pahit. Masukkan di dalam bekas. 


Satukan dalam bekas tadi kemudian digaul semuanya. Limau kasturi juga setelah diambil airnya, kulitnya jangan dibuang begitu sahaja tetapi dipotong nipis-nipis kemudian digaulkan sekali. Boleh abaikan step ini kalau tak suka masukkan kulit limau kasturi. 


Kemudian, daun ketumbar dan daun bawang yang dipotong nipis dimasukkan sekali. 


Inilah rupa bawang putih, cili merah dan cili api yang dikisar di dalam food processor. Nak tumbuk dalam lesung batu pun boleh juga. Ingat lagi masa kecik-kecik memang tugas saya tumbuk menumbuk ni. Tugas yang paling saya tak suka nak buat tapi terpaksa buat. 😅


Masukkan semuanya ke dalam bekas tadi. Gaulkan semua bahan-bahan sehingga sebati supaya rasa masam, manis, pedas, masin tu bersatu. 


End result.....Kerang rebus ala thai....


Betul la plan saya supaya masak kesemuanya kerang tu sebab............Licin semuanya tak tinggal sikit pun..............Dania kata saya yang makan paling banyak.....😆😆😆. Maaf Dania...ummi tak sedar la. Ralit sangat makannya. Selalunya kalau saya masak, saya akan makan apa yang saya masak tu sedikit je. Mungkin sebab penat masak kot. Kali ni.......😅

Cubalah......






XOXO,
Ezna

 

6 ulasan:

  1. Ok nak try nanti. Sy simpan dulu resepi ni ye :)

    BalasPadam
  2. Sayaaaa sukaa kerang ala Thai macam nih. Pernah coba dulu, dan memang sedap. Asalkan kombinasi semua ingredients bumbunya memang harus pas. Jadi asam manis pedasnya perfect menyatu 👍

    Kemarin saya pun baru masak kerang kak, tapi dimasak creamy pakai resep kak Carneyz yg pernah di-posting di IG nya 😄. Sedap juga. Saya masih sisakan kerangnya 1 kg, nak coba resep Kaka kayaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya rasa semua ada. Masam, pedas, manis....masa makan terlupa pula makan banyak banyak. Haha. Oh resipi Carneyz ya? Kalau macam tu nak cari resipi Carneyz jugak la. Hehe.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...