Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, September 22

NewJeans Pop Up Store | Play Line Friends Malaysia

Beberapa hari sebelum 21 September, Dania dah  alert ummi ada Pop Up Store NewJeans dekat 1 Utama. Saya dan Dania bertolak la ke parking MRT Kajang tapi parking punya la penuh sampai nak naik ke tingkat atas pun ada kereta parking kat laluan tu. Saya ni memang seram sikit nak lalu laluan sempit akhirnya saya decide nak drive je all the way ke 1 Utama tu. Dalam 40km jugak la ke sana. 

PENTING : Pastikan telefon bimbit anda fully charge sebab nanti akan guna untuk masuk sini. Location : Highstreet New Wings, Level 1 (depan Parkson Elite)

Kami tiba 1 Utama dalam 12.00 lebih macam tu terus beratur kat pop up store ni tapi sebenarnya kena scan QR code untuk mendapatkan nombor untuk masuk. Nak dijadikan cerita setelah pusing-pusing cari parking tu elok je parking kat area Parkson ni. Turun escalator je dah kat Highstreet. 

21 September 2023 ni pula hari pertama pop up store Play Line Friends ni dibuka kat Malaysia. 


Jadi, ini QR code yang kena scan ya. 


Ni ha giliran saya No.95. Boleh la jalan-jalan dulu. No point beratur pun sebab after all dia akan tengok position kita tu. 


Masa ni dah puas la berjalan dalam 1 Utama ni. Idak la jauh beno jalannya (dalam tak jauh tu pun sempat la beli pewangi kereta kat Bath & Body Works 😄). Haha. Tunggu depan ni bila line nak masuk dalam 10 macam tu. Tengok kat status atas ni kita position No berapa....kalau 0, Baru la keluar QR code untuk kita masuk. QR code tu kena tunjuk kat staff yang jaga pintu masuk. 


Tudia.....dah pegang-pegang dah tu 😅 Pink ke hijau? Ke biru?. Kalau hijau dah sama warna dengan tudung dan baju dah 😁


Kat kawasan dalam ni ada bunga-bunga. Spot yang cantik untuk ambik gambar. 


Penuh bunga-bunga ni kat dinding. 


Ummi dan Dania pulak. 


Ada juga barangan BT21 @ kartun BTS dijual juga seperti cop ni. Comelnya....

Tata @ V


Chimmy @ Jimin


Cooky @ JungKook


Keychain BT21. 


Kalau character Line Friend biasa ni macam Brown (bear) ni. 


Shopping bag NewJeans ni sampai takde stok langsung. Ni pun display set. Dah stock up maximum level untuk hari ni. Kalau nak beli kena datang esok. 


Lambang New Jeans. 


Comel-comel keychain BT21 ni. 




Ehem....plastic bag BT21 dah dapat ya. Nak plastic bag ni kena beli. Harganya RM1 satu. Sebelum keluar kena abadikan banyak gambar dalam ni. 

Dania dengan character BT21....sebelum tu ada budak duduk kat sini. Saya minta izin nak ambik gambar kat kartun BT21 ni. 


Ada juga nak letak nombor telefon. Alahai comelnya. Harga pun comel. Line Friends ni direka oleh pereka dari Korea kemudian mereka masukkan character kartun kumpulan BTS dengan nama BT21. 


Stress ball pun ada. Siapa yang stress?. 


Mood Lamp ni alahai comelnya. 


Plush Toys. 




Comel sangat character Brown (beruang), Cony (arnab) dan Sally (itik)


Ini pulak tak ingat apakah.....


Nampak ceria anak ummi ya?. Belajar rajin-rajin dan bersungguh-sungguh ya. 


Lagi gambar....


Ni character kartun New Jeans. 


Ambik gambar kat luar pop up ni. 



Comelnya....


Comel. Bila banyak character yang comel saya suruh la Dania berdiri kat situ nak ambik gambar. 


Close up charater bunny ni dengan lampu neon New Jeans kat belakang. 


Comel Cony & Brown ni. 


Lepas selesai kat sini kami makan dulu....kat mana??? Selepas ni....





XOXO,
Ezna

6 comments:

  1. comei2.. and yes harganya pun..emm comei sgt

    ReplyDelete
  2. hah tisya sebut juga pasal 1 utama..rupanya psl new jeans la tu...cumanya die just tnya..jauh tk 1utama haha...sronok la dania dh smp situ

    ReplyDelete
  3. So cute la semua item dalam tu..geram tgkkkk...

    ReplyDelete
  4. Mati-mati uncle ingat 'seluar jeans baharu'

    Heh....

    ReplyDelete
  5. semua pun cute!! best tu u dpt spend all the precious moments dgn dania sblm dia masuk main campus

    ReplyDelete
  6. Ini bagi die hard fans new jeans, dan BTS, pastilah sukaaa yaa, bisa lihat banyaaak barang yang berkaitan dengan idola mereka 😄. Saya tahu new jeans, pernah dengar 1 saja lagunya. Tapi tak ngefans lah 😁. Lebih suka tokoh2 kdrama daripada idol 😅

    ReplyDelete