Jumaat, September 1

Semangat membara menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan 2023

Mulanya tak terfikir pun nak datang tengok perarakan ni tapi tiba-tiba bila ambang merdeka tu ada pergi kat Putrajaya, terus decide esoknya nak tengok perarakan. Mulanya macam nak naik bas je kat MRT Putrajaya Sentral tapi suami kata boleh hantar saya dan Dania. Suami tak boleh join sebab terlibat perarakan kat surau rumah. Surau rumah kami ada buat perarakan hari kebangsaan. Suami kiranya wakil muslimin. 

Pukul 3.45 pagi dah bangun gerak Dania dan siap2 mandi. Kemudian ni masa kami keluar rumah. Kena tiba kawasan dalam Putrajaya tu sebelum pukul 5 pagi sebab jalan tutup jam 5 pagi. 

Suami drop kat Masjid Besi dan saya dan Dania tunggu Masjid Besi buka. Jam 5 pagi baru buka. 

Tengah menunggu la ni. 


Line masa kami masuk masjid dan nak ambil wuduk takde la panjang mana tapi selesai solat je tudiaaaa....line beratur makin panjang. Nasib baik masuk masjid masa baru buka. 


Dah ramai dah masa ni. 


Selepas beli breakfast kat Food Truck, terus cari port nak duduk. Jumpa la kat port yang baik untuk saya dan Dania. 

Gambar ni saya suka sebab matahari pagi tengah nak naik. 


Terjumpa dengan tudung biru. Beliau kerja kat Putrajaya ni dan brief saya la apa persembahan / perarakan yang ada masa hari kebangsaan. Nama terlupa nak tanya. Depan Dania pulak pada mulanya ada seorang lelaki dan family dia berdiri. Langsung nampak bon bon je 😆. Orang belakang dok jerit sila duduk yang depan. Ye la kalau tak duduk, yg belakang tak nampak apa-apa. Lama juga mereka berdiri baru mereka duduk tapi tak lama derang blah. 


Ada family siap bawa tikar lagi. Kesian anak kecil ni siap tidur lagi. 


Kat atas papan tanda jalan tu ada seorang penerjun tengah turun. Sayup2 je gambar kat phone ni. Bawah papan tanda ni pula ada screen besar. 


Depan kami ni pemandu2 motor BMW tengah bersedia. 


Saya dan anakanda. Masa ni mata mula rasa mengantuk. Semangat je buat saya tahan rasa mengantuk ni. Bukan setakat tu je, kepala pun rasa pening sikit sebab tidur berapa jam je pun. 😏


Side kami ni jentera. Seeberang sana penglibatan budak sekolah, organisasi atau pejabat kerajaan. So you choose nak tengok orang ke nak tengok jentera/aset kerajaan/kenderaan?.


Ada belon dinosaur besar ni. Ada orang tarik kat bawah. Besar sangat. Ni dari Maxis. 


Mari tengok jentera yang lalu depan kami. 



Ni kenderaan bomba zaman dulu. Klasik je. Kalau tengok macam mainan kanak-kanak.


Belakang saya ada budak kecik jerit...abang bomba.....haha abang bomba dok tunjuk badan berketak dia....


Si cilik bomba belah kanan macam nak menangis. Mulut mencebik sampai mak ayah belah kami kata kenapa dik? Mak mana?. Pagi2 kena bangun dah so mengantuk agaknya. 


Ada anjing bomba penyelamat tanah runtuh. Kalau tengok warna mungkin namanya Pop. 





Ini unit tindakan khas. 


Kalau tengok uniform ni ada dalam filem Paskal.




Tak tahu apa fungsi dome ni. 


Pertunjukkan udara ni merupakan persembahan terakhir. Nampak juga heli ni lalu kat kawasan rumah saya.


Pesawat besar sikit. Ada lebih dari satu buah pesawat tapi terlindung dengan bangunan ni. 


Ala ala Maverick. Berpusing kemudian keluarkan flare.


Masa ni bergerak ke depan sikit. Duduk kat atas beam jalan.


Masa tengah duduk ni la depan tu dok kecoh2 kata ada Agong nak lalu. Tunggu lama jugak tak juga lalu depan kami. Rupanya bila tengok youtube, Agong dan Permaisuri Agong tengah bersalaman dengan rakyat jelata. Patut la tak kunjung tiba keberangkatan pulang baginda. Masa ni cuaca agak panas membahang. 

Dan.....kereta agong lalu depan kami. Lambai-lambai la saya....kebetulan Permaisuri Agong duduk kat belah kami tunggu. 


Tak lama kemudian pula ada kereta Perdana Menteri dan Datin Seri Azizah Wan Ismail duduk kat belah kami tunggu. Saya punya phone pulak habis batt jadi live gambar ni Dania yang ambik. Saya jerit Kak Wan...Kak Wan...terus Datin Seri salam tangan saya. Ada juga bodyguard mengelilingi kereta perdana menteri. Sebelah saya anggota polis. Beliau la yang cuba beritahu siapa yang lalu depan kami kalau saya tak tahu...hehe....


Suami tiba pun dalam pukul 12 tengahari macam tu sebab jalan agak jam dengan jalan tutup dan pengunjung parking kereta tepi jalan. Hari yang memenatkan tetapi berbaloi sebab dapat sama-sama menyambut hari kemerdekaan dengan semangat yang membara. Nak nak saya dapat salam dengan 'first lady of Malaysia'. Masuk je kereta saya dan Dania pengsan terus sampai la tiba kat tempat makan. Mengantuk ya amat. 

Nanti saya update la tempat makan yang kami pergi tu. 





XOXO,
Ezna




































































































































8 ulasan:

  1. sgt2 gigih tu ezz sbb kena bangun awal heheh anyway really worth it laaa i tak pernah tgk live event gini..mr hubby, zharfan dan ariff pernah pegi dataran merdeka tgk parade time i berpantang kat kg lps razeen lahir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya suzz. Last minute punya decision I nak join. Semangat datang bila malam sebelum tu I masuk Putrajaya. Saje nak tengok suasana. Oh Hubby, Zharfan dan Ariff pun pernah gi ya....hubby I pun pernah gi dengan I dan Dania masa tahun 2018. Semata-mata nak tengok Sekolah Menengah Dania kokurikulum Bomba pegang bendera negeri kat Malaysia.

      Padam
  2. Wah, bestnya dapat tengok live. Kiteorang tengok dalam tv je, sebab suami masih tak berapa sihat nak gerak awal2 pagi buta ke sana. Ada yang sanggup berhujan malam tadi sebab nak ambik port tengok perbarisan yg depan2 kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Ada yang saya jumpa kat dalam bilik air dalam tandas masjid cakap. Dia pun bermalam kat Putrajaya. Dia kata malam sebelum tu ada yang sanggup berhujan duduk kat tempat penonton (tempat KJ duduk). Tidur situ rasanya.

      Padam
  3. Seruuuu sangaaat kak ezna 😍😍😍👍. Parade nya menarik! Banyak kendaraan lewat, tapi paling best memang saat first lady lewat laah 😍😍❤️. Sedikit banyak saya baca perjuangan PM Anwar Ibrahim dan Istrinya dulu. Karena itu respect terhadap beliau ❤️.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi Fanny...nak datang sini kena awal. Kalau lambat...jalan pula ditutup. Itu yang kakak bangun 3 pagi, pergi ke sana 4 pagi tapi lepas tu mengantuk ya. Hehe. First Lady lewat yayyyy boleh salam.

      Padam
  4. Gigihnya bangun seawal pagi... Mmg tabik spring la... Terbaikk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini tak gigih lagi. Ada orang tidur kat sana malam sebelum tu. Siap bawa khemah. Haaaa......ini lagiii gigih.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...