Hari tu saya pernah ke sini untuk tapau je vietnamese rolls. Kali ni kami nak makan malam kat sini.
Jom la kita tengok menu dia ya....
Chicken Dumpling ni nampak menarik.
Summer roll with prawn & Crabstick ni saya repeat order lagi lepas hari tu saya tapau.
Jus yang mana menjadi pilihan?
Pemanis mulut.
Kami....kami pilih tempat tepi sekali.
Order saya sampai dulu. Saya memilih untuk makan Chicken Dumpling with Prawn Noodle.
Vietnamese Coffee With Milk ni suami order. Nak kena tunggu semua kopi siap ditapis ni ambik masa sikit.
Sikit-sikit turun air kopinya tu.
Suami order Braised Beef Shank with carrot.
Didatangkan dalam bakul kecil besi dan penutup kayu. Klasik nampak bakul ni.
Ni dia Summer roll with prawn & Crabstick.
Sos untuk vietnamese roll ni.
Dania makan Famous Salted Egg Prawns.
Ni lah deko di dalam MyViets. Sebenarnya kalau masuk ke hujung tu bersambung dengan Nippon Sushi.
Restoran ni halal ya....owner dia satu sekolah dengan adik ipar saya kat MRSM Kuantan. Adik ipar saya dan adik saya serta anak2 beberapa kali owner ni belanja kat Nippon Sushi. Pernah attend open house kat rumah owner di Setia Alam. Oh ya Nippon Sushi & MyViets ni owner yang sama. Restoran kat Putrajaya dan Bandar Baru Bangi ni restaurant keduanya berdekatan diantara satu sama lain.
Harganya? Kalau makanan luar negara ni selalunya harganya macam tu lah. Agak pricey. Boleh tengok range harga kat menu dia. Menu tu pun bukan itu sahaja ya. Banyak lagi pilihan. Macam saya sekali sekala nak makan kat sini ok lah. Tidaklah selalu. Most of the time memang saya memasak.
MyViets
Ayer@8, C2-G-1, Jalan P8G
Presint 8, 62250 Putrajaya
XOXO,
Ezna
ooo.. camtu cara kopi tu disediakan. memang kena bersabarlah nak tunggu air tu turun.
BalasPadamBersabar sangat....makan makanan kita baru la boleh minum kopi.
PadamSy belum pernah masuk Vietnamese restaurant. Tp selalu tengok sedap² makanannya :)
BalasPadamKalau Vietnam Restaurant selalu tu tak sure owner dia muslim ke tak tapi yg ni owner dia Melayu :)
PadamBraised beef dgn carrot memang sedap, suka cicah dgn roti Vietnam tu.
BalasPadamSuami suka tapi saya dan anak kalau beef ni kurang sikit.
Padamada tanda/logo halal jakim ker ezz?
BalasPadamAda Suzz. Owner dia ex MRSM satu batch dengan adik ipar I. Nippon Sushi + MyViets sama owner :) Ya orang melayu punya. Makan tanpa was was.
Padamok tq ezz for the info! bolehlah i singgah kalau terjumpa kat mana2 restoran ni ;)
PadamYou are welcome Suzz....
PadamMakanan Vietnam antara makanan kegemaran saya juga. Suka beef noodle, dumpling dan prawn noodle.. Tambah satu lagi restaurant halal untuk saya cuba.. Thank you for sharing..
BalasPadamYou are welcome. Nak cari restoran vietnam yang halal MyViets ni. Owner dia ex MRSM Kuantan kawan adik ipar saya.
PadamSaya belum pernah makan di restoran Vietnam tapi pernah order Vietnamese beef noodle di Secret Recipe dgn try Vietnamese roll di pasar malam. Dua2 sedap 😄 Lain kali boleh try la tempat ni.
BalasPadamOh pernah try yg kat SR juga tapi tak kena dengan tekak. Kalau kat SR suka order Tom Yum Kung Udang.
Padamnot bad tengok makanan die tapi yelah sekali sekala nak makan ok la
BalasPadamSekali sekala ok je kan....selalu?...tanya poket dulu.
Padamkopi tu konsep menabung... sikit2 lama2 jadi bukit! hehehe
BalasPadamBetul juga uncle.
Padamkat sban pun ada dah caw my Viets ni, tapi lum pernah lagi cuba
BalasPadamBanyak juga cawangannya....
Padamkopi tu mcm dkt my saigon juga
BalasPadamOh ye ke?. Jenuh nak tunggu kopi tu turun dari tapis.
Padammenunya nampak menyelerakan sangat la
BalasPadamYa maknaya boleh juga la makan makanan negara Vietnam ni.
PadamComel-comel makanannya.
BalasPadamSaya belum pernah masuk sini, tapi pernah makan beberapa menu yang ada di Vietnam Memang sedap.
Harga mahal tapi kalo rasa nya enak, buat saya tak masalah 😄👍. Yang selalu saya cari memang rasa enak dalam hal makanan kak. Jadi wajar kalo terkadang mahal, apalagi tempat pun cantik dan cozy kan 👍. Trkadang ada orang yang lebih mementingkan harga murah, rasa belakangan. 😁. Saya tak bisa begitu.
BalasPadamBest juga, ada vietnamese laku ada Japanese sebelahnya. 2-2 nya saya sukaaa 😄