Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, September 4

Freeport A'Famosa Outlet, terjumpa cikgu glamour youtube, Alai

Dalam perjalanan singgah la beli...seikat petai....terus terfikir nak masak sambal tumis ikan bilis petai nanti. Hehehe...nak beli durian takut berbau je kereta sebab nak balik malam nanti. 


Masa nak ke Melaka ni, tujuannya nak pergi Freeport A'Famosa. Kami ikut jalan dalam dari Seremban nak ke sini. 

Masa ni tengah tunggu Dania ke toilet. Saya dan suami berpecah la masuk kedai sebab kat luar tu berbahang sangat. Panas betul. Sebenarnya kami nak singgah satu tempat tu tapi kami solat dulu sebelum singgah situ. 


Lepas tu kami jalan laju-laju la sebab nak cari surau kat dalam Freeport ni. Ada pulak yang panggil nama saya. Rupanya.......Abdul Muiez dan keluarganya. Cikgu Muiez cakap dia nampak suami berjalan kat depan dan cam suami saya kemudian baru berani panggil nama saya. Beliau merupakan Cikgu Kaunseling di SMK Sg. Besar dan juga sangat famous dalam youtube dan merupakan seorang penulis dan penyampai Didik TV-KPM. Kalau nak tahu info selepas Tingkatan 5 dan memohon ke UPU macam mana, tips untuk mendapatkan kursus di UPU dan lain-lain tips yang berkaitan, boleh la follow di Youtube Abdul Muiez Ruslee. Dania pun pernah tengok youtube Cikgu Abdul Muiez ni dan Dania cam la cikgu ni. 😊.

Kalau perasan, Dania dah bertukar uniform dah lepas balik dari rumah kenduri SA. 😁


Panas betul masa ni. 


Pengunjung kat sini nak kata ramai sangat pun tak juga. 


Suka dengan bangunan ni jadi suruh Dania je berdiri situ. 


Masa ni dah haus sangat. Nak singgah Zus Coffee pun macam ramai pulak dalam tu jadi beli Tealive ajer. 


Ni la tempat sebenarnya kami nak singgah....Coach Airways. Akhirnya bergambar je la yang mampu sebab cuaca panas, nak kena beratur pula nak masuk. Barisan pun panjang. Tengok belakang Dania tu orang tengah beratur panjang. 


Opps saya pun dah bertukar baju. 


Dalam perjalanan nak ke kereta, eh eh ada pokok buah pulasan. Memang rare sungguh la. Buah yang jarang dapat jumpa bagi saya la. 


Ni pula pokok petai. Ya allah banyak sungguh petainya....gambar ni nampak macam ada seikat je tapi realitinya banyak hasil kat pokok ni. 


Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Klebang Coconut Shake. Tiba dalam 5 lebih masa tu. Kena tengok masa tutup jugak ya. Sini tutup jam 6.30 petang. Kalau pergi lambat tutup pulak Klebang Coconut Shake ni. 


Masa ni nak balik dah dan nak menuju ke Masjid Al Azim Melaka untuk solat maghrib.


Masjid Al-Azim yang sangat besar. 


Lepas ajer solat maghrib ada penceramah yang saya familiar juga suaranya. Tak lain tak bukan Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. Phone saya tak clear bila zoom. 


Luar dewan solat utama pun cantik. 


Bila gigih ambil warna kubah masjid yang bertukar warna ungu kepada biru kepada hijau. 




Kami ke Alai pula untuk menikmati makanan laut. Kalau ke Melaka memang selalunya kami akan singgah makan ikan bakar. Kami singgah kat sini :

Seri Muara Alai Haji Nasir Ikan Bakar
KM 8, 75460 Alai, Melaka


Dania nak kerang jadi order kerang ni. Tak sikit tak banyak. Just nice untuk family kecik kami. 


Ikan kerapu size sederhana seekor, sotong dua ekor dan ketam seekor.


Pilih-pilih nak makan apa...


Tempat kami makan ni kat muara sungai jadi ada sampan-sampan. 


Memang dekat sangat tempat makan dengan sampan-sampan ni. 


Apa yang kami order ya? 
Nasi lemak sebungkus suami punya dengan sos pencicah. Saya dan Dania nasi putih. 


Ketam bercili ni saya seorang je makan. 


Sotong celup tepung. 


Ikan kerapu masak sweet and sour. Ni kan bagi saya takde la sedap kuahnya. Ikannya pula kalau digoreng garing sikit rasanya sedap. Isi ikannya ok lah. 


Kerang bercili ni kemain Dania makan ralit sangat.


Kami bertiga sebelum start makan. Hehe....dah tahu dah sebelum makan kena ambik gambar dulu. 😂


Ni lah tempat kami makan. Total RM92 termasuk 2 air teh o suam dan 1 teh tarik. 


Kebetulan malam ni bulan penuh pulak. 


Masa ni nak bertolak balik rumah dah. Ambik gambar kat Gerbang Melaka ni. 


 Tiba rumah dalam 12.15 tengah malam. Alhamdulilah untuk hari ini. 





XOXO,
Ezna

14 comments:

  1. Cuya nama je orang Melaka, duduk Melaka.. A famosa outlet ni pon tak pernah jejak. HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Cuya Melaka ya....selalunya gitu. Kalau dekat dia tak jejak, orang jauh jejak dulu. Hehe.

      Delete
  2. Ok, lain kali jalan-jalan Melaka lagi boleh la tiru itinerary ni. Cantiknya Masjid Al-Azim rasa rugi pulak tak singgah sini.

    ReplyDelete
  3. seronok tu daytrip...errr rajinnya u ezz sampai tukar2 baju hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin la you. Pakai baju kurung tu. I selesa sikit pakai seluar. Hehe.

      Delete
  4. best tu, balik sban singgah melaka plak jenjalan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Dari Seremban ke Melaka dekat dah. Alang alang dekat kita singgah. Hehe.

      Delete
  5. Jeles pulak semua lajak ke Melaka hehe ...
    Nasi lemaknya masih berbungkus ye? Ada tempat dah letak nasi lemak direct dlm pinggan, jimat kos...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemaknya masih berbungkus PH. Lepas ni PH pun boleh jalan-jalan melaka.

      Delete
  6. setiap balik kampung lalu A Famosa ni tapi belum pernah singgah lagi. tak tau kenapa, nanti nak terjah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah terjah. Kami datang nak tengok Coach Airways tapi nak beratur dan kena berpanas tu yang tak larat tu.

      Delete
  7. Postingan saya ttg Melaka, tak siap2 sampai sekarang 🤣🤣. Sementara Kaka langsung pergi, langsung tulis yaa 👍😅. Susah sangaaat nak mulai tulis yg baru nih hahahaha. Trip US pun belum semua juga 😅

    Haiiissshh aneka seafood nya sedaaaap kak 😍. Tapi ikan asam manis biasa je yaaa... Saya pun tak seberapa suka asam manis. Biasa lebih suka yg dibakar atau goreng, pakai sambal. Jadi rasa ikannya lebih terasa.

    Kerang dara nya juga nampak enak. Kalo pedas pasti mantap tuh

    ReplyDelete
  8. baru nak tanya kenapa tak naik coach airways tu hehehe

    ReplyDelete
  9. SA pi jugak la A Famosa Freeport tu..takde apa yang menarik, beli gak la 2 helai t-shirt masa sambung Honeymoon kat Melaka hari tu...

    ReplyDelete