Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, September 14

Ada apa dengan Sunway Pyramid?

Selepas solat kat Masjid An-Nur Temasya Glenmarie, kami ke Sunway Pyramid yang terletak di Bandar Sunway. Dania la yang nak sangat ke sini. Entah apa yang dia nak tengok tu. Mungkin sebab dah lama tak ke sini. Selalu ke IOI City Mall tak pun Alamanda. 

Saya nak mencari gift untuk anak yang sebaya Dania. Dania suggest Bath & Body Works. Pantang sungguh la kalau saya nampak kedai ni kat mana-mana. Hehe. 

Bila masuk, ada promo Hari Merdeka. Item kat rak ni semua berharga RM16. 


Item mini je ni tapi tengoklah harga asalnya RM45. Promosi hanya RM16 ajer. 
Ini fragrance mist. Fragrance mist Dania banyak lagi jadi tak beli la untuk dia. 


Pure Wonder ni memang berbau wangi. Dania ada fragrance mist yang ini. 


Losyen badan dan mandian bersize mini. 


Kedai ni kalau kita berdekatan, memang akan terbau wanginya. Ada staff akan sembur pewangi. 


Saya ada beli la 3 item kat sini sambil-sambil saya ambil gambar kedainya. Luas juga branch kat Bandar Sunway ni. 


Kedai dari arah luar. Selesai membeli saya ke Popular pulak. Saya je seorang kat sini. Dania dan ayahnya kat Popular. 


Anakanda tengah membelek novel. Dania suka tengok-tengok novel. Kadang-kadang survey apa yang nak beli lepas ni sebab Dania ada beli novel terbaru masa kami pergi Setia City Mall.


Banyak betul pilihan novel remaja kat Popular Sunway Pyramid ni sebab Popular kat sini sangat luas. 
Dania berkenan dengan novel Anatomy kat rak atas sekali tu.



Typo ni pun diantara yang wajib singgah kalau jalan-jalan dengan Dania ni. Kadang window shopping je pun. Tak beli apa pun tapi suka-suka tengok apa yang baru kat sini. Kadang ada collaboration dengan Barbie lah, Harry Potter lah, Star Wars lah....


Kedai Ice Cream Inside Scoop ni nampak comel sungguh sebab bertemakan Barbie. Sana sini sinun berwarna pink. 


Ada kedai Liverpool FC untuk peminat kelab liga inggeris ini. 


Dah nak penghujung dah ni....Dania kata nak singgah Llao Llao. 


Dania kata nak guna duit sendiri tapi ayah dia nak bayarkan. 


Ni lah rupa yogurt ice cream pilihan Dania dengan lotus biscoff atas tu dan ada biskut-biskut jugak. Kuku Dania elok pulak dakwat mengundi tu macam pakai inai pulak. 


Penat juga jalan-jalan dalam Sunway Pyramid ni. Ramai juga pengunjung kat sini. Masa ni ada booth Tik Tok Award juga. 

Lepas ni kami keluar la Sunway Pyramid untuk solat Maghrib dan seterusnya makan malam. 





XOXO,
Ezna

5 comments:

  1. kita pun bli slalunya time promo kt bath and body works tu lebih jimat...eskrem yogurt tu fav tisya juga...kalo bli hari rabu minggu ke3 extra diskaun 33%

    ReplyDelete
  2. last sy g sini bln 8 thn lps... dulu SP rasa kecil je tp sekarang mengah jg laa nak tawaf semua😁

    masuk BB&W ni bahayaaaaa tkt x jumpa pintu keluar je😁

    ReplyDelete
  3. Best harga promo BBW tu.
    Ilao Ilao fav Wafi juga, ibu makan sesudu dua je dah cukup.

    ReplyDelete
  4. my zharfan pun suka masuk Typo tu..sbb brg2 mcm unik dan menarik :) llao2 tu pun fav my boys (baru jer mkn tghari td kat mitsui sbb pegi ronda2 ari ni)

    ReplyDelete
  5. Sunway ini saya sering datangi dulu, karena teman banyak kuliah di sunway collage 😄. Dulu pun saya nak minta kuliah di sunway collage juga biar bisa bareng dengan teman, tapi papa tak kasih, karena nak saya di Penang. Adik di USM dah duluan kan, Jadi akhirnya saya di Olympia College Penang lah.

    Kalo jalan ke sunway memang suka Rambang mata. Apalagi saya pun sukaaa sangat dengan parfum kak ezna..koleksi di rumah. 🤣🤣. Parfum, cologne, body mist, yg wangi2 lah.

    Tidur je pakai parfum , saking sukanya.

    Next saya ke sunway nak datang ke popular lah. Sedih waktu ke Penang popular komtar dah tutup 😔. Padahal dulu seriing sangat belanja novel di sana. Saya suka heli novel Malaysia, Krn dulu nak belajar dan memperdalam bahasa Melayu kan. Walopun di college pakai BHS inggris, tapi dengan teman Melayu saya sering tak paham bicara mereka awal masuk 😅. Makanya belajar dari novel. Istilah tak paham saya tanya teman.

    ReplyDelete