Selasa, September 26

Kedai uniform sekolah besar di Bandar Baru Bangi dah tutup?

Disebabkan Dania cerita kat dalam group pelajar bacelor UPM kemasukan baharu Sesi 2023/2024, ada cerita pasal pakaian rasmi majlis bersama naib canselor & majlis ikrar pelajar baharu maka saya try la check dokumen yang saya dah download. Eh ye la ada pakaian rasmi Dania kena pakai nanti. 

Bab baju kurung sekolah warna putih ni kebanyakkan saya dah berikan kat orang. Jadi baju kurung putih nak kena beli baru. Kain hitam dulu Dania pernah pakai kat sekolah tapi dah tak muat jadi kena beli baru jugak. 


Misi mencari pun bermula jadi saya dan Dania ke Uniform Gallery kat Seri Bangi, Seksyen 8 tu. Eh eh dah tak ada bangunan Uniform Gallery? Yg ada hanya papan tanda 'To Let'. Bila pulak tutupnya?. Time nak cari la time tu dia dah tutup. Besar tau Kedai Uniform ni. 

Ok...tak apa la mungkin kat sini tutup jadi kami ke Kipmall untuk ke Uniform Gallery cawangan sini. Eh eh tutup juga....bila pulak tutup pun tak tahu. Ye la dah berapa tahun tak beli uniform sekolah kan....Akhirnya singgah Jalan Jalan Japan je dulu yang memang ada kat Kipmall ni. 


Baju bundle kat sini kalau pandai pilih memang dapat kualiti yang masih baik. 


Kasut wanita pula. 


Jalan Jalan Japan kat Kipmall ni besar juga. 


Sekejap ajer jalan sini kemudian saya cakap dengan Dania jom la kita pergi makan. Since dah lama tak makan pizza jadi ya....Pizza Hut la kita. Pizza Hut dalam Kipmall ni je. 

Dania pilih Tuna. 


Saya pilih Veggie Lover. Pizza ni memang pizza nostalgia ni sebab dulu2 family saya suka order pizza ni jugak. Size personal pan je ni. Ada 4 slice. 


Tambahan onion ring.


Set kami makan ni untuk berdua dalam RM30++. 


Sesambil makan pizza ni saya google la mana nak cari kedai uniform sekolah kat Bangi ni haa....ternampak satu kedai yang dah lama bertapak kat Kajang....

Ni gambarnya pada tahun 1990 

Credit : sini

Haaa ni rupa Ali Store sekarang. Kedai ni pun masa Dania sekolah kat SMK Jalan Empat ada je kawan-kawan dia beli uniform kat sini. Cumanya saya tak suka nak pergi area ni sebab sesak dan susah nak parking. Memang ya saya berpusing-pusing banyak kali juga baru la jumpa parking. Lepas tu ada sekali tu saya ingatkan boleh parking kat tempat ni tengok-tengok penguatkuasa dah clamp kereta depan dan belakang saya. Masa tu saya kat dalam kereta. Bila nak keluar ada peniaga suruh saya cari tempat parking lain sebab dia kata takut kereta saya kena clamp. 

Walau sesak macamana pun nak kena cari jugak la untuk Dania. 


Akhirnya...
Kain hitam cotton
Baju kurung putih cotton

Cari kain cotton ni sebab senang nak gosok dan sesuai dengan cuaca yang panas sekarang ni. 

Kat sini uniform kokurikulum sekolah pun ada. Barang-barang untuk asrama pun ada. Barang jenazah pun ada. 


Lega....dah jumpa dah apa yang dicari. 😅





XOXO,
Ezna





 

12 ulasan:

  1. Di Sri Gombak ni ada ada few kedai uniform sekolah. Alhamdulillah so far senanglah nak cari keperluan sekolah anak⁴...
    Nampak sedap pulak pizza tuna tu...x pernah cuba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untunglah PH. Kat Bangi ni kedai Uniform Gallery ni kiranya ada semua. Bila dah tutup dah mati kutu pulak nak beli kat mana. Besar kedainya pulak tu PH.

      Padam
  2. kami pergi sebelum tutup tu , nak cari kemeja anak pun takda saiz.dapat stoking je masa tu. pastu pakji kata , nak tutup ke apa ? pelik takda barang. dari zaman kakak maisarah form 1 kerap ke sana beli barang. ni dah anak ke 5 sekolah tau tau tutup dah dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laaa ye ke?. Masa sebelum tutup tu rasanya kami tak pergi dah la sebab Dania dah tak sekolah lagi. Nak pergi sebabnya nak cari baju kurung putih dan kain hitam tu haaa...kat kedai uniform ni la yang ada selalunya. Eh tutup? Terkejut pulak....

      Padam
  3. Ingatkan dah habis sekolah menengah takde dah kena pakai uniform ye. Rupa2nya masih kena sediakan jugak untuk majlis rasmi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Carneyz. Ingatkan dah tak pakai dah tapi sangkaanku tak benar belaka....kena pakai pulak untuk majlis rasmi Universiti. Nasib baik dah jumpa. Lega dah.

      Padam
  4. JJJ tu kalau singgah memang syok gak nyoping kan.. Lega jumpa juga apa yang di cari ye Ezna :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan ada JJJ ni kita masuk. Saje cuci2 mata. Ada je Dania kata yang menarik. Lega sangat sangat Ana jumpa baju yang dicari-cari.

      Padam
  5. zharfan ari tu beli few kemeja putih dan byk jugak seluar hitam..memang time register masuk matriks tu pakai bj code kaler gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. La...ye ke Suzz? Masa Asasi tu code baju bebas asalkan no jeans. Kali ni nak daftar pun bebas juga cuma formal. Time ikrar ni je kena pakai hitam putih, tudung tu for sure warna merah kalau ikut senior dulu.

      Padam
  6. sama la menu kita, semalam pun MA lunch pizza....
    alhamdulilah..dpt dah yg di cari

    BalasPadam
  7. beli lepas tu pakai sekali je... syg je kan? knp lah uni buat mcm ni... kedai besar pun boleh tutup... mmg struggle peniaga sekarang ni

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...