Pelakon yang satu ni memang saya minat dulu. Siapa lagi kalau bukan Wardina Safiyyah. Pernah berlakon dalam sitkom Spanar Jaya. Dulu siap tahu nama anak-anak Wardina lagi iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazzi. Comel-comel je masa mereka kecil2 dulu kan.
Bila Wardina belajar dekat Universiti di Australia, beliau bawa semua anak-anak sekali dengan suaminya. Kemudian dapat tahu Wardina berhijrah ke Brisbane, Australia. Tak silap saya ayah dan ibu Wardina pun tinggal kat Australia. Ayah Wardina kan berasal dari Australia iaitu Fadlullah Wilmot.
Dalam gambar ni Amna kat sebelah Wardina.
Credit : Instagram Wardina Safiyyah
Masih mengikuti beliau di Instagram walaupun dah bersara dari dunia glamour. Tak banyak Wardina kongsi cerita atau gambar-gambar keluarga kat Australia. Tahu tahu bila buka Instagram nampak gambar ni.....anak sulung Wardina, Amna Nafeesa dah kahwin you alls. Kejap je masa berlalu. Kenal masa Amna ni kecil lagi. Tahu tahu dah kahwin. Dalam gambar Amna dan bapanya, Ikhwan. Cantik sangat baju Amna. Nampak berseri-seri.
Masha Allah....
Credit : Instagram Wardina Safiyyah
Dari jauh nampak jejaka pakai tuxedo ni saya agak suami Amna atau menantu Wardina Safiyyah. Nama suami Amna ni Yusuf. Kalau tengok gambar macam berketurunan Arab. Ya...beliau dari Turki. Amna ni berumur 20 tahun. Maknanya setahun tua je dari Dania. Muda lagi.
Masha Allah...
Credit : Instagram Wardina Safiyyah
Ni gambar masa Hari Raya tahun 2021 Wardina dan keluarganya di Australia.
Credit : Instagram Wardina Safiyyah Saya pun pernah menang peraduan Electrolux dan hadiahnya dapat beraya di rumah Wardina (masa ni Wardina tinggal kat Kota Damansara). Rasa teruja, rasa happy sangat. Saya ada kongsikan di sini
Tahniah buat Amna dan Yusuf. Moga berkasih sayang sehingga ke syurga. Tahniah Dina.....akak tumpang happy untuk Dina dan keluarga semua. 💜💜💜. Sebak pula tiba-tiba.....
XOXO,
Ezna
Wah lama tak nampak Wardina ni.... dah bersara rupanyaa
BalasPadamYa Cuya. Bersara dari dunia glamor.
PadamRupanya Wardina berpindah ke Australia. Patut tidak dengar cerita dia buat apa di Malaysia.
BalasPadamAh ah Wardina dah migrate Australia dah. Tu yang senyap je.
PadamAlhamdulillah tahniah utk Wardina sekeluarga. Tahniah Amna & pasangan!
BalasPadamSalute dgn dia esp bab penghijrahan dia.
Bab pelajaran is a top priority for her family kan...
Setuju PH. Dari Dewi Remaja sehingga Wardina yang sekarang. Betul Wardina ni memang mementingkan pelajaran. Tutur kata pun sopan.
PadamItulah kak sy pun terkejut tgk di ig ex-blogger yg sy follow yg rapat dgn wardina di aussie ni... x sangka pulak dia dh dpt menantu... sy pun suka tgk life diorang di aussie... selalu je berkumpul sesama malaysian... dh mcm di kpg halaman sendiri dh
BalasPadamOh ada ex blogger ya. Siapakah ex blogger tu. Mesti dia ada share juga. Saya ni memang minat betul wardina ni. Ada beberapa jumpa juga sebab menang peraduan.
Padamcantikksss
BalasPadamAh ah setuju. Cantik!
Padameh sekejap je dah besar anak dia,saya last tau cerita dia yang rumah dia kena masuk perompak
BalasPadamYa betul. Lepas tu yang dia pindah ke Kota Damansara tu. Suami dia siap cakap dengan perompak....isteri dia tak pakai tudung...tak tutup aurat. Masa genting pun boleh ingat pasal aurat lagi. Kat mana akak baca dulu....lupa...
PadamCantiiiik orangnya 👍. Saya tak terlalu mengikuti artis, dulu ataupun sekarang. Terkadang suka tak update pula dengan berita2 mereka. 😅. Melihat Wardina ini langsung suka, looks elegant , terlihat pun keluarganya rukun dan anak2nya comel 😍. Salut dia juga bersara dari dunia keartisan.
BalasPadamCantik kacukan Acheh, Melayu dan Australia. Tak semua artis kakak ikut. Cari yang sopan, baik....langsung bersara dari dunia glamour.
Padammuda betul amna kawin :)
BalasPadamwahhh dah terima menantu...
BalasPadamwardina pun dulu kahwin muda kan? seingat sy lps habis dewi remaja, dia berlakon sekejap then kahwin