Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, September 12

Menghadiri kenduri kahwin

Pada 26 Ogos 2023, kami menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sahabat suami kat Destar Event Hall yang terletak di USJ 1, Subang Jaya. Perjalanan dari rumah kami mengambil masa 48 minit ke sini. Ambik gambar family dulu. 


Keluarga tuan rumah berbaju hijau jadi Dania cakap ummi dan ayah sedondon dengan tuan rumah. 😅


Lauk pauk saya. Nasi tu ada nasi minyak dan putih. Saya selalunya akan ambik nasi putih. Kalau tak ada pilihan baru saya ambil nasi yang dihidangkan. Ayam masak merah tu pilih bahagian yang senang makan. Kalau pilih kepak kang payah pulak nak makan. Sedap betul masak merahnya. Air sirap tu saje la ambik sebab selalunya saya minum masa kenduri ajer. 


Dania selesai makan, dia nampak ice cream pulak. Memang peminat ice cream. 


Saya punya letak dalam cawan. Hehe. 


Sebelah Dania ada satu makcik tu makan dengan kuantiti yang agak banyak. Datang berdua dengan suami. Mula nampak makan nasi, lepas nasi, makan rojak pulak...kemudian datang kuih muih. Masalahnya penuh 1 pinggan tu. Hairan juga saya. 😲

Dania ambik kek pulak dah. Saya cuit2 je sambil saya cakap makan banyak nanti sia-sia je ummi  brisk walking 1/2 jam semalam. Bila cakap macam ni saya perasan makcik depan saya dah macam senyum2 dan stop makan. 😅. Mungkin makcik tu kena makan la kot tapi kuantiti yang banyak tu agak pelik....jarang jarang orang berumur makan berlebihan. 

Kadang kat kenduri kahwin ni makanan sampingan banyak kan?. Kuih muih la, kek la, rojak, cendol. 


Ni suami yang ambik. Saya merasa karipap ni 1/2. 


Last, minum air panas pulak. 


Ok kami dah settle dah. Ambil gambar Dania seorang kat depan dewan. Suami pula masa ni tengah mencari tuan rumah.


Saya dan suami pulak. 


Actually baju saya dan Dania sama je tapi warna je lain. Dania warna maroon. Hujung tangan ni lace corak yang sama. Baju putih ni kena juga pakai inner kat dalam. Saya padankan dengan seluar panjang berwarna putih juga. 

Masa ni kami singgah solat kat Masjid Al Falah USJ 9. Kalau pergi area ni nak singgah solat memang masjid ni la kami tuju. Senang sebab tepi jalan. 


Lepas solat, tunggu Dania apa la yang lama sangat. Rupa-rupanya belakang pintu ada meow. Dania main-main dengan meow dulu. Ummi jauh2 la seperti biasa....takuttt...


Ni la goodies yang kami dapat masa majlis kahwin tadi. Box berbentuk buku. Comel sangat. 


Ada kuih tat nenas. 


Goodies yang kedua pula macam bentuk kotak pensil. 


Bila tarik, ada coklat. 


Sebenarnya ada seorang kawan suami pun akan hadir majlis di sini. Beliau juga dulu berjiran kat rumah lama. Suami pernah bertugas sekali jadi AJK surau kat rumah lama. Bila terjumpa suami, mesti ada soalan Dania dapat ijazah apa nanti?. Suami akan cakap tak tahu lagi. Bulan 9 nanti baru tahu. Tak lama lepas tu terjumpa lagi suami kat ofis tanya juga benda yang sama. Bila hari ni pergi majlis ni...tak mustahil terjumpa la kan?. 

Sekali masa nak parking, suami ternampak kereta kawan dia yang ni la. Elok je sebut nama udah nampak berjalan ke arah kami....kami dalam kereta. Panjang umur sungguh. Saya buka tingkap dan panggil nama isterinya. Memang saya kenal isterinya. Lepas tu kawan suami cakap....ha datang semua ya....kat belakang ada Dania?. Hehe....kalau la kami terawal tak mustahil la Dania kena interview tu. Bila ada kawan menanya tu maknanya ambil berat la kan?. Tak apa maknanya ada yang hendak ambil tahu. Terima kasih. 😊. Anak beliau memang pandai-pandai. Seorang ni nak terbang bulan September nanti ke UK dapat scholarship Kijang Emas, Bank Negara. Anak kedua nama sama dengan 'Dania' jugak nak ambil SPM tahun ni. Kiranya senior dan junior Dania kat SK Bukit Jalil jugak. 





XOXO,
Ezna




 

17 comments:

  1. kenduri kawin skarang mcm menu pelbagai selain nasi kenduri...bdk2 suka aiskrim..eh kita pn suka....tisya pun ada gmbr ngan aiskrim juga...skarang trend ukiran nama pengantin kt cermin tu..nice kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha bab aiskrim ummi dia pun suka. Kadang kenduri ni banyak betul makanan dia. Tak semua juga Amy. Ikut budget tuan rumah la kan....

      Delete

  2. Cantiklah baju depa 2 beranak. Lace tu buatkan baju nampak 'grand' 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lace tu yang naikkan seri jubah ni PH. Plain je pun jubah ni.

      Delete
  3. cutenya box kayu tu..i kalau attend wedding, i suka rasa semua jenis mknn/dessert yg ada tp sikit2 lah sbb tummy space limited heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tak suka nak rasa semua tapi I rasa yg I suka. Haha. Kalau Dania, dia akan ke station ice cream kalau ada. Ni wajib. Lauk pauk I ambik yg I suka je. Tengok makcik sebelah Dania makan I jadi takut. Semua pinggan dia penuh.

      Delete
  4. jubah u dan dania sweet sgt!! best dpt matchy2 dgn gegirl :) i tak leh nak matchy bj, setakat matchy2 kaler jer dgn my 3 boys, tu pun kdg2 i pakai lain tema sorang, sajer jer hahah kiranya sbb i sorang jer gegirl dlm family, so papa and boys sama kaler, mama kalr contrast (pnjg pulak i mengomen)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah takpe pun tak matchy. Sebenarnya I beli jubah ni dulu. Lepas tu bila ada promo I tanya Dania jubah mana dia berkenan. Dania cakap ya maroon ni. Lepas tu bila I tengok lace dia eh eh sama dengan I. Haha kiranya taste sama cuma warna je lain. Mama color contrast pun apa salahnya....girl power gitewww...hehehe

      Delete
  5. masa anak dara saya kecil dulu sy suka sangat pakai sedondon,tapi sekarang saya suka beli lain2 pattern sebab dah boleh tukar2 pakai..haha
    Dania ni jenis penyanyang gayanya suka pada kucing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar2 pakai lagi syok Afzan. Dania nak sayang kat adik...takde adik pulak...jadi kucing je la dia sayang. Hehehe....

      Delete
  6. Ada orang jenis yg suka lauk kenduri. Hari lain dia tak beriya sangat makan, tapi kalau pergi kenduri dia suka makan lagi2 free flow food kan. Mungkin makcik tu jenis org mcm tu 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga Carneyz. Mungkin juga ni first time saya jumpa yang macam ni.

      Delete
  7. lama sungguh LM tak makan kenduri kahwin. nampak sedap semuanya

    ReplyDelete
  8. Hahahaha Dania kalo dah terjumpa kucing dah pasti lama lah kan. Macam saya 😁

    Saya dah lama tak datang resepsi nikah. Krn memang di usia Skr, dah tak ada teman2 yg menikah kak 😅 Rata2 dah kawin semua. . Sementara yg belum menikah dah tak nak pun hendak kawin. Krn usia pun dah cecah 40an 😄. Tinggal menunggu nanti anak2 membesar dan hendak nikahkan anak. Tapi itu masih lama lah 🤣. Makanya saya dah lama tak hadiri acara begini 😁

    ReplyDelete
  9. Memang banyak makanan di kenduri jadi kena pilih-pilih apa yang hendak makan.
    Betul, dia prihatin tentang Dania.

    ReplyDelete
  10. Anak2 wak kalau pegi kenduri kahwin semuanya tak mahu ikut
    Biasanya berdua ajelah

    ReplyDelete
  11. kenduri sekarang macam2 menu kadang nak rasaaaa je semua tp terpaksa tahan nafsu😁😁

    barakallahulakuma utk kedua mempelai...

    ReplyDelete