Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, September 28

Kinokuniya dan makan-makan

Lepas kenduri, kami ke KLCC pulak. Dania nak mencari novel baru pulak. Nak menghabiskan masa. Kinokuniya ni Dania kata banyak novel yang menarik. 


Dania dalam proses nak mencari novel yang menarik hati. Bersungguh tu dok scan yang mana nak beli tu. 


Buku ni ummi terjumpa....tak beli pun. 


Ada jugak buku BTS ni tapi tengok-tengok je la. 


Masa ni dah beli novel dah. Ni kat food court. Nak minum dulu haus pulak dah jalan-jalan ni. 


Suami beli ni kat kedai vegetarian. Nak makan puri. 


Masuk pulak kedai Levi's. Ada collaboration pulak dengan group baru 5 gadis ni....


Ada baju-baju juga dijualnya. 


Jeans baggy tu berkenan sebab jeans tu besar dari atas ke bawah. Ala ala fesyen zaman dulu time kumpulan Feminin tu. 


Item-item ni adalah item kolaborasi dengan NewJeans. Haihhh asyik deme je ke dapat kontrak dengan syarikat-syarikat?. Nama tengah naik ni. Dania kata yang paling tua sebaya Dania 19 tahun dan paling muda umur 15 tahun. Tak sure la sekolah ke berhenti sekolah ke. Aunty nasihatkan concentrate belajar sampai habis. ✌.


Jeans baggy yang saya berkenan. Sesuai la kalau Dania yang pakai tapi saya tak berkenan dengan harganya....RM300++. 


Sweatshirt ni pun dan lain2 item kolaborasi ni tak ada yang murah ya. 


Patut la mahal sebab seluar jeans ni 501 agaknya. 


Pandai pulak la Levi's ni mencari dutanya. Seluar dan item kolaborasi ni target marketnya untuk anak-anak remaja perempuan la ni. 


Masa jalan-jalan nak balik tu, kat butik Puma.....ni siapa pulak ni Dania?. Ramai betul anggotanya tu. Kumpulan NCT kata Dania tapi saya tak kenal la. Dulu-dulu pernah ada kolaborasi dengan BTS la, Dua Lipa dan Rihanna.


Lepas KLCC kami pun balik la. Malam ni pulak ada juga jemputan jiran lama untuk majlis doa selamat sempena anak sulungnya nak terbang ke UK. Kiranya anak sulungnya tu senior Dania masa sekolah menengah. Jiran yang ni berjiran pula dengan kenduri yang saya pergi kat Ampang Hilir tu. Masih ingat nak panggil kami sekeluarga. Terima kasih 😊. Kebetulan suami jiran saya ni sama tempat kerja dengan suami saya.





XOXO,
Ezna



 

8 comments:

  1. Dah lama tak jejakkan kaki ke KLCC sejak LRT dari Bandaraya ke Masjid Jamek tergendala sampai sekarang.

    Salam Maulidur Rasul sis Ezna. Semoga dalam setiap langkah hidup kita, kita selalu mengingat dan mengikuti teladan Nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul Carneyz. Moga apa yang kita lakukan diberkati oleh Allah.

      Delete
  2. Sis lama tak beli jeans sebab lama dah tak pakai jeans Ezna.. tapi kalau Suami dan anak bujang, memang 501 tu laa yang di pakai.. mahal memang rege tapi alah membeli menang memakainya..

    Salam Maulidur Rasul buat Ezna sekeluarga ..

    ReplyDelete
  3. Mana-mana pegi jumpa New Jeans ni....

    ReplyDelete
  4. Jeans zaman muda trang tang tang ni... skrg ni dh x pakai dh brand ni... tgl kenangan je

    ReplyDelete
  5. dh lama jugak i tak ronda2 KLCC tu....

    ReplyDelete
  6. dulu.. long long time ago la.. masa keja kat MO..memang KLCC ni mcm rumah la, suka gi kinokuya sbb cantiks.... best je jenjalan kat situ and paling MA suka .. tgk ait pancut kat depan KLCC tu.. MA leh duduk situ berejam (sbb dah abis keja and time tu bujang kan) siap leh hafal corak air pancut tu...

    ReplyDelete
  7. Saya pun tak hapal grup2 idol Korea ini kak, Krn memang bukan fans mereka 😅😂. Saya suka nonton K-drama tapi tak suka grub idol nya 😅. Jadi memang tak paham. Palingan hanya sebatas tahu nama grub, tapi jangan tanya nama2 personilnya 🤣🤣

    Jeans baggy tuh hype lagi lah yaaa macam zaman dulu memang hahahahah.

    Saya jadi ingat pas di US kemarin, Krn sedang musim winter, jadi banyak ada discount sale mana2. Suami saya ketemu counter Levis sedang mengadakan winter sale.

    Semua jeans dan baju hanya 20 dolar 🤣🤣🤣🤣. Dia tak pakai pilih lama, langsung main ambil saja, yg penting size cukup. Motif tak peduli, cuma 20 dolar di indonesia tak akan dapat 😂😂

    ReplyDelete