Ada lagi baju untuk diletakkan di dalam peti yang besar ini yang terletak di pekarangan parking Masjid UPM.
Beria la Dania menolak plastik ke dalam. Ummi?. Bersedia dengan phone la apa lagi. Hehe. Bila plastik baju ni jatuh ke dasar, sah la mereka dah ambil stok baju terpakai sebelum ini.
Ada 2 peti besar disediakan di sini.
Lepas tu saya dan Dania menuju ke Restoran A Hassan Ayam Kampung kat seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Staff pakai baju merah biru tu tanya dah lama tak nampak saya. Hehe...masih ingat kat saya lagi ya?. Dulu2 time Dania sekolah menengah kat SMK Jalan Empat memang saya selalu datang makan kat sini tapi selepas Covid 19 melanda dengan PKP semua tu lepas tu jadi jarang datang makan sini sebab saya selalu masak.
Lauk saya yang simple ni pun dah berselera saya. Petai dengan tempoyak. Makan dengan nasi letak kicap dan ayam kampung goreng.
Dania punya lauk ayam goreng dengan kuah je.
Malam pula, kami nak kena jumpa Pengerusi Taman Puncak Jalil untuk tandatangan borang pemastautin. Dulu kami tinggal kat kawasan ni lama jugak. Kami singgah Masjid Talhah Bin Ubaidillah, Bukit Jalil.
Masjid ni banyak jadi kenangan untuk saya dan Dania. Dulu masa kami dah pindah Kajang, Dania masih bersekolah di SK Bukit Jalil dan SRA Bandar Kinrara 5. Kami berulang alik setiap hari. Lepas sekolah kebangsaan, kami akan singgah masjid ni untuk Dania mandi sebelum ke sekolah rendah agama. Tuala dan sabun memang sentiasa ada la. Uniform sekolah agama pun dah siap2 gosok letak dalam kereta. Makan pulak, saya tapau dalam tupperware dan Dania akan makan dalam kereta atau selepas mandi kat masjid ni. Masa tu masjid ni tak ramai orang kerana masih baru. jadi tandas dan tempat mandi tu macam kami yang punya. Sayang nak tukarkan Dania sekolah baru sebab Dania dah biasa dah dengan sekolah ni. Kalau sekolah baru nak kena kenal kawan baru lagi.....
Lepas solat kami menuju ke rumah Pengerusi Taman Puncak Jalil. Rumah Pengerusi ni macam satu taman juga dengan pelakon Arash Mohamad tu cuma tak tau la mana satu rumah Arash. Pengerusi Taman cakap sebelum kami ada student UITM dan UKM yang datang ambil signature. Ni kami pula dan Dania nak belajar kat UPM. Ada Surat akuan kuasa dan surat bebas dadah untuk ditandatangan oleh Pengerusi Taman / Ketua Kampung.....
Lepas balik tu singgah makan kat Puncak Jalil. Pusing-pusing tak tau nak makan kat mana akhirnya kami singgah kat kedai tomyam ni. Terlupa nak ambik gambar restoran thai ni.
Suami pilih nasi goreng USA.
Saya dan Dania makan nasi dengan lauk :
Telur dadar.
Tomyam ayam.
Ada juga sambal dengan timun ni. Sambal ni sedap.
Ada juga keropok lekor.
Udang salut tepung ni pun sedap sebab disalut juga dengan serbuk roti.
Selesai makan, balik la kami ke rumah. Banyak juga persiapan dari segi dokumen untuk diselesaikan sebelum Dania masuk belajar balik. Mujur yang medical check up tak payah buat. Nanti dah masuk akan ada tarikh untuk buat medical check up di Pusat Kesihatan Universiti (PKU), UPM. Dah tak gaduh nak set appointment nak buat check up kat Klinik Kesihatan atau Hospital pulak.
XOXO,
Ezna
dania start belajar balik berapa hb? sama ker date dgn uia main campus? uia bukak 9 oct ni
BalasPadamDaftar 30 September ni Suzz. Tak lama lagi dah. Kalau ikut start 9 Oktober 2023. I rasa mereka orientasi dulu seminggu.
Padamooo sama lah rupanya date utk new sem..rasanya most ipta sama date tu
PadamAmmi pun ada byk baju nak let go tp malas betul nak duduk sort and pack
BalasPadamSA hari tu 3 bulan sebelum majlis ada masukkan baju kat peti besar tapi ada kakak tu dtg mintak bagi je ke dia..ye la SA bagi je sebab baju elok2 lagi semuanya...
BalasPadamSaya tak kuat kalau ada keropok lekor 😄😄😍❤️. Pasti itu dulu yg saya nak pesan hahahah. Terlalu suka...
BalasPadamMenu Kaka simple, tapi itu juga yg saya suka. Ayam goreng dengan kecap. Ada sambal belacan dan sayur dah cukup pun 😄😍