Selepas solat di USJ, kami ikut jalan WCE ni menuju ke Kapar, Klang. Nak survey motor pulak. Ni aktiviti yang tak best la pulak untuk saya dan Dania.
Ni lah motor yang suami tengah survey. Saje la saya turun nak tengok motornya. Dania tunggu dalam kereta je. Motor yang mempunyai cc yang sama tetapi tahap ringan yang berbeza. Suami kata nak bertukar ke motor yang lebih ringan. Elok la ikut peredaran usia. Motor yang ni SV650 jenama Suzuki. Sempat tanya suami ni haa..(masa tulis post ni). Motor sebelum ni Suzuki V-Strom.
Rim tayar berwarna merah.
Banyak juga motor yang dijual kat sini. Bab motor jangan tanya saya. 😅
Test duduk dulu.
Ada rezeki dapat la yang baru. Harga pun rendah sikit berbanding yang lama.
Nak balik lalu jalan Puncak Alam ni, hala bertentangan jam ya amat sebab nampak tadi macam ada accident.
Kami menuju ke Masjid An-Nur Temasya Glenmarie. Masjid ni pun kami suka singgah kalau suami pergi test drive kereta di Glenmarie. Singgah sini sebab Dania kata nak pergi mall berdekatan. Mall mana nanti saya buat post yang baru.
Carpet kat masjid ni tebal sungguh. Bila solat tu rasa empuk je.
Ambik gambar Dania kat sini sebab rasa cantik pula penghadang tempat muslimat ni. Jadi ada warna sikit la kat gambar ni sebab background warna putih.
Gambar saya dan Dania kat depan masjid. Masa ni hujan renyai-renyai.
Bersambung pula entry post ni ya...tak balik rumah lagi lepas pergi kenduri tu.
XOXO,
Ezna
cantiknya masjid glenmarie tu ;)
ReplyDeleteCantik you. Masjid berbau wangi dan carpet tebal.
Deletewahhhh motor baru hehehehe
ReplyDeleteAda rezeki insya allah. Komitmen bulan2 dapat diturunkan.
DeleteLawa masjidnya...
ReplyDeleteAda rezeki naik kuda baru la ayah Dania ye :)
Memang lawa PH. Masjid ni berbau wangi dan ber'carpet' tebal. Lepas tu temanya putih.
Deletecantik nampak masjidnya..
ReplyDeleteah ah cantik masjid ni.
Deletejauh survey moto...masjid dkt area opis...pernh juga sultan sgor solat jumaat sini
ReplyDeleteSurvey situ sebab situ je nak trade in motor lama. Beli motor lama pun kat sini jugak tapi jenuh Amy nak gi sini. jauh....
DeleteSayapun tidak tahu sangat motor ini.
ReplyDeleteJauh juga cari motor yang sesuai.
Bestnya dapat moto baharu
ReplyDeletewahhhh cantik lah motor niiiii rim kaler merah. dari jauh dah boleh nampak🤭😁
ReplyDeleteJalan Puncak Alam/Mokhtar Dahari tu hari tak accident pun memang jammed. Situ laluan utama penduduk Puncak Alam, Saujana Utama, Alam Budiman dsb.
ReplyDeleteRasanya saya pernah komen di sini , tapi tak ada lagi 😅.
ReplyDeleteKaum lelaki nih memang suka sangat motor yaa. Suami saya pun sempat suka kak, tapi setelah nikah, tak ada lagi lah, sebab saya tak setuju hahahah.
Boleh punya, tapi 1 saja dan tak nak motor besar. Soalnya jakarta macet bangeeet kan. Kalo naik motor besar, yang ada capek karena tak bisa gerak cepat 🤣. Jadi harus yg kecil saja. Mobil di rumah lebih sering dipakai saat weekend. Karena kalo dipakai ke kantor, confirm tak sampai 🤣🤣. Telat lah suami