Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, September 29

Doa selamat di surau rumah lama di Taman Puncak Jalil

Doa selamat ni diadakan di surau rumah lama saya dulu. Kalau datang sini mesti jenguk pokok kurma rumah lama saya yang tumbuh bagaikan juara. Tumbuh dari biji ajer tu. πŸ˜…. Jiran2 korek masa kami nak pindah. Masa tu pokok rendah lagi. 

Saya dan Dania bergambar dengan tuan rumah. Norhuzey namanya. Guru Matematik Sekolah Menengah. Lawa Huzey ni. 



Kat surau ni jemaah lelaki ramai la dari jemaah wanita. Ada nasi hujan panas disediakan beserta air dan kuih muih. Disebabkan saya dan Dania dah makan maka kami makan kuih-muih je la. Suami saya dengan nasi tu dia makan. Haha. Takpelah lelaki banyak guna tenaga. Pulak tu masa tengah beratur ambik nasi....suami tegur satu budak remaja ni kenapa ambik nasi sikit?. Tau apa jawapannya??? Malam tak buat apa....buat apa makan banyak? πŸ˜†


Suami dan Aiman Haziq ex Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Handsome Haziq ni. Makin lama tengok macam muka mamanya pulak. 



Kali ni ayah Haziq masuk sekali......Rashdan. Rashdan dan Huzey sebaya dengan saya. Suami saya atas lagi...Hehehe....


Saya pesan all the best nanti kat UK. Memang budak pandai ni. Campak la kat mana-mana pasti bercambah jadi pohon yang baik. Errr patutnya campak kat darat dari gunung, campak kat laut jadi pulau. Moral of the story kat sini letak la mana-mana pun student yang pandai....pasti akan berjaya. insya-Allah. Biasiswa Bank Negara yang taja tu untuk ambil pengajian Computer Science. Result SPM pulak tu A dan A+ sahaja. Tak ada A- ke bawah. Itulah rezeki student pandai2 ni kan?.....Scholarship akan datang kepada mereka. 


ν™”μ΄νŒ… Aiman Haziq....





XOXO,
Ezna

10 comments:

  1. wahh hensem dan pandai tu aiman haziq! all the best in UK!

    ReplyDelete
  2. pakej tu.. hensem & pandai.. alhamdulillah.. all the best ke haziq!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, dah la hensem pandai pulak tu πŸ‘πŸ». Semoga maju jaya di UK dan balik ke Malaysia berbakti dgn negara sendiri lepas grad nanti.

    ReplyDelete
  4. Ya... "Lelaki banyak guna tenaga..." Uncle pun suka guna alasan tu... Kalau uncle nak tido.... hehehhe

    ReplyDelete
  5. All the best Haziq!
    Seronoknya jumpa jiran-jiran lama....

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum. hehe btul la jwab budak yg amik nasi sikit tu. malam xbuat apa.. =D

    ReplyDelete
  7. All the best aiman haziq.. jaga diri di tempat org ya.. cantik mama aiman

    ReplyDelete
  8. wahhh dahsyatttt biasiswa bank negara tu! bkn kaleng kaleng

    apa2 pun selamat berjaya utk aimanπŸ‘πŸ’ͺ

    ReplyDelete
  9. Cantiiiik memang kak huzey tu ❤️. Manis sangat mukanya.

    Anaknya pun ganteng, pandai pula yaa. Semoga cepat menyelesaikan belajar, lalu bisa guna ilmunya di Malaysia.

    ReplyDelete