Isnin, September 18

Kenduri kahwin anak kawan suami

Sabtu Ahad full dengan kenduri kahwin. Suami kata kenduri pada hari ahad ni bulan September tapi sebenarnya bulan Ogos 2023.  (To be exact 27 Ogos 2023). Post ni keluar lewat sikit. 

Kami ke Dewan Bunga Sakura Bukit Jelutong. Pertama kali ke Dewan ni. Kat atas meja ada hiasan sangkar burung dengan bunga. 


Lauk pauk saya dengan nasi sikit dan bihun sikit. Ayam masak merah dan sotong.


Suami masa ni tak makan lagi. Dok sibuk berborak dengan kawan-kawan yang lama tak jumpa. Dulu kawan-kawan ni buat projek SAP dekat Axon Solutions Sdn Bhd, Bukit Jalil. Masa tu team suami kena support system SAP untuk Transport For London (TFL).  Ya support system SAP dari Malaysia. 


Barulah ada gambar kami bertiga. 



Mom and daughter. 


Sebelum balik bergambar dengan pengantin dulu. Mereka berumur 24 tahun. 


Sama-sama menuntut di KUIS tapi dah grad dah. 


Atas ni kat pintu masuk ada bunga-bunga dengan sangkar burung. 


Kat luar pun ada deko sangkar burung. Masa ni saya dan Dania tunggu kat kerusi kat luar. 


Ni dalam dewan. Masuk sekejap nak ambil gambar. 


Sambung pulak kat luar gais....😁. Mulanya ber-2 kemudian ber-3 kemudian ber-4 dengan tuan rumah sekali. Semuanya nak balik dah masa ni tapi berborak pulak depan pintu. 

Dania cakap ayah saje je membelakangkan kita sebab takut kena balik awal. Ok Dania....ummi percaya cakap Dania ni 😅


Tengah menunggu la ni. 


Dewan Bunga Sakura, Bukit Jelutong Shah Alam. 


Lepas tu kami menunaikan solat zohor kat Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Masjid favourite saya juga ni sebab luas dan cantik. Semestinya selesa. 


Ruang solat. 


Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah. Almarhum ayahanda sultan berkahwin dengan Permaisuri Aisyah yang kebetulan adik Permaisuri Aisyah ni senior di sekolah agama saya dulu. 


Lepas solat kemana kita?. 





XOXO,
Ezna

 

8 ulasan:

  1. cantiknya dgn bunga2 dan hiasan meja semua tu...dan mempelai pun muda lagi tu ;)bestnya rezeki jodoh sampai awal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah you muda-muda dah kahwin. Rezeki. Tema dia sangkar burung.

      Padam
  2. Lawa dewannya...
    Ye betul, MTAJ ni cantik dan 'hidup' masjidnya 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah lawa dewannya PH. MTAJ ni diantara masjid yg kami singgah kalau ke sini.

      Padam
  3. cantik ada hiasan sangkar burung...kalo ayah dh jmpa geng...sembang lama skit la...kitapi wedding kalo kwn husband jrg sgt sbb slalu wedding kebanyakkan kwn kita...kita plak yg slalu lama lepak2 borak sbb kdg2 lama tk jmpa kan tp slalunya pi wedding ngan tisya je peneman so tkpela lama skit borak2 haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawan-kawan suami kebanyakkan dah atas2 50-an jadi time anak-anak mereka pulak yang kahwin. Baya-baya husband dah takde yg kahwin. Bila jumpa gang memang syok berborak. Hehe.

      Padam
  4. Cantik dewannya..concept pun cantik..klasik skit ada sangkar burung..selamat pengantin baru buat pasangan pengantin

    BalasPadam
  5. Ih cantiiiik dekor pengantinnya 👍.

    Pengantinnya sendiri pun simple dan elegan. Tak rumit sangat bajunya 👍. Saya suka baju pengantin yg simple macam tu, jadi rasa nyaman kan .

    Saya ingat kalo datang ke acara nikahan atau apapun, dan suami ketemu dengan banyak teman lama, pastilah dia juga mengobrol. Sama aja kayak suami Kaka, terkadang suka pura2 tak lihat atau membelakangi supaya tak sadar isyarat saya biar cepat pulang 🤣. Giliran saya ketemu teman lama, dia pula sibuk minta balik cepat 😄

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...