Selasa, September 19

Taste of Pakistan dan lajak ke kawasan nostalgia

Lepas solat, kami semua haus la pulak. Rupanya tadi masa suami berborak dengan kawan-kawan terkeluar pulak cerita House of Pakistan ni. Terletak di Setia Alam. 

Alamatnya :
88 Business Center, No 2-GF, Jln Setia Perdana BC U13/BC, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor


Suami order teh masala. Saya rasa sikit kemudian tak nak dah sebab rasa berempah tu kuat sangat. 


Saya order soda gembira sebab saya nak gembira masa panas-panas ni. 😅. Namanya bukan soda gembira tapi air bandung soda. Soda gembira ni kalau makan kat Restoran Indonesia ya lah dipanggil soda gembira. 


Ni capati pulak. Pun ada. Ingatkan kecik je tapi sebesar pinggan. Capati ni kering je la. Kena cicah kuahnya. 


Lepas makan gerak ke Damansara Utama pulak sebelum ke mall berdekatan. Kat Masjid Mujahideen ni tempat saya akad nikah tahun 2003 dulu. 20 tahun yang dulu. 


Masjid ni beberapa kali juga mengadakan renovasi untuk keselesaan jemaah yang solat kat sini namun struktur asal masih sama. Saya dan suami dinikahkan kat ruang utama masjid ni dengan kehadiran adik- beradik saya dan adik-beradik suami dari Alor Setar Kedah dan juga saudara mara suami. Masa tu mama dan papa masih ada lagi....

Jadi, kalau kebetulan saya lalu kawasan Damansara Utama ni pasti masjid ni yang kami tuju. 


Itulah nostalgia di Masjid Muhajideen 20 tahun yang lalu....😔





XOXO,
Ezna



 

5 ulasan:

  1. Saya pun tak reti minum chai masala sbb rempahnya kuat. Tapi kalau teh arab / adani saya suka pulak.

    BalasPadam
  2. Lama tak minum air bandung soda tu ... sedapnya!

    BalasPadam
  3. tak pernah try lagi mknn pakistan kat msia ni

    BalasPadam
  4. Suka soda gembira di kedai2 indonesian cuisine, teh masala ke apa je teh yang ada spices or herbs SA x leh minum..pening woooo

    BalasPadam
  5. Soda gembira selalu saya pesan kalaaau sedang jenuh, stress Ama kerjaan, supaya bikin gembira lagi 😂😄😄. Saat sedih atau galau kita memang butuh asupan gula tinggi 🤣

    Saya pernah coba teh masala kak, dan tak bisa masuk lah. Rempahnya saya ga kuat. Tapi saya baru coba ini pertamakali. Jadi mungkiiiiiin restoran yg bikin tak pandai buat rasanya? Saya masih mau coba 3x, dan kalau msih tak suka, berarti memang tak cocok.

    Trus pernah coba butter tea. Penasaran saja . Tapi pas diminum, astaghfirullah, tak tertelan 😂😂. Langsung kayak mah muntah. Krn rasanya susu sangaaattt, dan butter bikin mual 🤣 cukuplah sekali ,tak usah coba 3x 😂

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...