Ahad, September 3

Direnjis-renjis dipilis | Blogger Suria Amanda & Khairul

Alhamdulilah hari ini 2 September 2023, kami dalam perjalanan ke rumah blogger Parizan atau lebih dikenali dengan nama Suria Amanda. Bertolak dalam jam 10 lebih macam tu. Saya pakai tudung dan brooch pemberian kawan-kawan saya. Terima kasih buat Suzi dan Kak As. 


Dalam perjalanan cuaca agak mendung juga dan trafik lancar walaupun banyak je kereta kat jalan. 



Ni lah dia barisan blogger bersama Pak Zain dan Mak Pah. Ibu dan ayah pengantin perempuan. Seronok dapat berjumpa dengan Carneyz, Puan Hazel, Sis Lin. Selama ni saya BW ke blog mereka, hari ni dapat bertentang mata pula. Bagaikan reunion blogger pulak. 😊


Bergambar lagi. Terima kasih yang tolong ambilkan gambar. Tak ingat suami siapa diantara mereka. Kalau ada yang terbaca boleh komen suami siapa. 


Mencari-cari anak SA sebab apa?. Nama anak kami sama. Hehe. Nak bagi gift kecil untuk Dania juga. Seorang bernama :
Ainnur Dania Huda & Dania Yasmine. 
Sama baya juga ni lahir tahun 2004. 

Psst saya ada tanya Dania (Ainnur Dania Huda) tips nak berani bawa kereta sebab Dania saya ni masih takut-takut nak bawa kereta. Tips dari Dania 'bawa je'. Haa Dania (Dania Yasmine) dengar ke tu? 


Hehe yang ni saya yang suruh ambik gambar gini. 😀


Bergambar dengan pengantin. 
Tahniah SA dan Khairul.
Ada sekali tu SA cakap Dania berdiri kat sana....confuse Dania yang mana maksud SA. Hehe. Bila kedua-dua Dania ada kat situ. 


Ada sekali tu beratur kat aiskrim. Dania memang pantang nampak aiskrim ni. Bila aiskrim Dania siap, orangnya tak ada sekali rupanya.........ada kat belakang tengah bagi kucing makan. Sempat lagi tu. Treats memang sentiasa ada kat dalam beg. Dania bagi treats kalau ternampak kucing. Dania kata kucing ni macam tengah cari makanan. Entah ya...entah idak....


Moga SA dan pasangan berbahagia hendaknya sehingga ke syurga. Terima kasih kerana menjemput. 
Lepas ni kami lajak ke Melaka pulak....pergi mana? 
Tunggu.....


****Gambar suami pulak takde sebab tukang ambik gambar dan.....eh kenapa boleh takde? 😅





XOXO,
Ezna

 

30 ulasan:

  1. Wahh best dapt jumpa blogger lain

    BalasPadam
  2. Eh samalah kiteorg pun ke Melaka jugak lepas kenduri. Sekarang otw balik ke KL.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi Carneyz menginap sana kan?. Kita balik hari je.

      Padam
  3. Alhamdulilah ketemu kita kann.. Suami Carneyz yang tolong amik gambarnya.. hehehee moga ada rezeki kita jumpa lagi Ezna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Tq Sis Lin bagi tau. Moga kita bertemu lagi kat mana-mana nanti. insya-Allah.

      Padam
  4. wahh..seronoknya jumpa ramai geng blogger.. tu lah.. dua dua Dania

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua dua Dania. Seorang baju biru, seorang lagi baju hijau.

      Padam
  5. waaa jumpa carneyz yer? tak jumpa mummy ayu ker? i tak dpt nak attend sbb i pegi visit zharfan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya jumpa Carneyz. Carneyz yang tegur dulu. Tq Carneyz. MA katanya lewat sikit tiba kenduri. I tahu you kat Kuantan. Idak jumpa kita kat sini ya Suzz.

      Padam
  6. Seronok jumpa rakan2 blogger.. Tahniah utk si pengantin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya seronok dapat jumpa. Selama ni dok BW melalui medium blog je. Kali ni bertentang mata.

      Padam
  7. Ada gambar 2 Dania bersalam. Hehe comel cara salam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe tu ummi Dania Yasmine yang suruh. Keduanya malu-malu.

      Padam
  8. Smg kedua Dua mempelai Bahagia sampai bebila...Aamin!

    Comey dedua Dania bila bergambo 😁

    BalasPadam
  9. Lepas kenduri jalan ke Melaka pula ya.. seronoklah sekali harung.
    Sweetlah both Dania 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul sekali harung terus. Alang alang dah dekat sangat tu. Hehe. Tq Rawiwa :)

      Padam
  10. alahai manisnya dua2 Dania ni...

    BalasPadam
  11. wah seronoknya.. sayang MA lambat sampai kalu x maybe dpt jumpa kan.. in sya Allah, one day

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah MA lambat sikit. Moga satu hari nanti kita dapat bertemu :)

      Padam
  12. Dania anak Ezna ada sekali ye? PH perasan ur husband je...
    Anyway glad to meet you 🤗
    Rasa nak sembang lagi tapi lepas makan tengok meja Ezna dah kosong :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dania ada sekali PH :). Glad to meet you too PH :). Alhamdulilah. Rasanya mungkin masa tu dah ke depan sebab nak ambik gambar dengan pengantin, nak beratur kat aiskrim dan nak tunggu Dania bagi makan kat kucing. Lepas ni baru kami balik.

      Padam
  13. Senangnyaaaaa bisa hadir ke wedding kak SA 😍. Kalau dekat, mau juga saya hadir kesana. Danis kak ezna ternyata tinggi yaaaa. 👍. Bawa mobil (kereta maksud saya) memang butuh keberanian. Saya pernah accident parah di Aceh sat bawa mobil. Karena itu kayak trauma sampai skr 😂. Apalagi jakarta seraaaam traffic nya hahahahha. Saya rasa baru masuk jalan raya dah hit other cars 🤣. Drivers di sini ngeriiii 😂.

    Dania sama macam saya, selalu bawa makanan kucing di bag. Buat saya dah kayak lihat anak2 kalo melihat kucing tuh 😄. Dania pelihara kucing di rumah tak kak? Saya ada 4 ekor anak bulu, tak saya izinkan kluar saking takut mereka kenapa2 😁. Jadi indoor saja. Suami dah pasrah, dari awal nikah tahu istrinya ratu kucing 😄

    BalasPadam
  14. when dania meets dania ;-)

    mesti ramai blogger SA jemput ya... dpt 'reunion' sekali kan.... ;-)

    BalasPadam
  15. Tahniah SA & husband...Dania mcm akk lah, mula2 tu takut nak drive..takpe take time, Dania...

    BalasPadam
  16. Terima kasih Ezna sudi memeriahkan majlis, terima kasih bagi dania gift jugak, suka betul dia...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...