Rabu, September 27

Kenduri jiran lama di Dewan Ampang Hilir

Bila dapat jemputan dari jiran di taman lama kami dulu, kami berbesar hati untuk menghadirinya. Boleh katakan beberapa minggu ni ada orang kahwin sahaja. Ini kenduri anak kepada jiran lama kami. Kali kedua kami datang sini. Sebelum ni pun kenduri anaknya pun kat sini.

Majlis diadakan di Dewan Ampang Hilir yang terletak bersebelahan dengan Taman Tasik Ampang Hilir. 


Diantara menu yang disediakan ialah apam balik. Dania punya favourite ni. 


Selalunya Dania akan singgah sini dulu kalau ada kat kenduri. 



Cermin ni agaknya trend terkini la kot. Mungkin lepas ni boleh terus simpan. Bukan hanya sebagai props dan mak andam ambil balik. 


Dewan yang luas. 


Saje fokus kat gambar pelamin ni. 


Suami ambik kuih muih ni tapi saya cuit kek tu sikit. 


Dania bergambar dengan cermin ni. Cantik la. Kat mana tempah agaknya ya?. 


Kat pintu ada langsir putih berjurai. 


Masa pengantin tiba ni kami dah nak balik dah. Konsep makan buffet macam ni kalau kita dah selesai, kita bagi peluang orang lain pula duduk kan....

Anak tuan rumah bernama Akmal dan menantu tuan rumah bernama Syamimi.
Selamat Pengantin Baru!
Moga berkasih sayang sehingga ke syurga. 

Cantik pakai baju songket warna pastel. 


Rasanya dah berapa minggu ni berderet orang kahwin. Lepas tu dah dapat notification suruh save the dates untuk bulan November ni. Majlis kahwin jugak la. 





XOXO,
Ezna

 

6 ulasan:

  1. kalo p kenduri ada apa balik tu mmg best..yg tk best kena beratur pjg haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik tak ada orang menunggu. Ambik je. Selalu memang kena beratur.

      Padam
  2. pengantin dan bj sama2 cantikkkk so sweet!!

    BalasPadam
  3. luasnya dewan tu.. trend skrg buat nama pengantin mcm dlm cermin tu kat pintu masuk kan? bestnya ada apam balik crunchy

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...