Rabu, Januari 25

Food Food Food

Sepanjang we alls kat sana, makanan kat Cherating bagi i boleh tahan harganya. Taraf KL dah. Tak sure la kalau restoran yang i pergi tu jenis mahal. 

Ni antara yang patut cuba kalau pergi Cherating. Tak lain tak bukan keropok lekor. Makan sambil2 mewarna batik.

Keropok lekor

Ni pulak jalan2 cari makan kat Kemaman, Terengganu. Kebanyakkan kedai kat Cherating buka waktu malam. Jalan punya jalan terus sampai Kemaman Terengganu.

Semua ni dalam RM40++

Tak sah juga kalau tak pekena Sata Terengganu. Terjumpa tepi jalan berdekatan Kg Geliga. Masa beli Sata ni, hubby ambik 20 biji. Harganya RM2 untuk 5 biji. Patutnya harga RM8 la kan. Tapi brader tu kata RM5 je. Tu yang pelik tu. 

Sata - RM2 untuk 5 biji.

Singgah juga kat Kg Geliga, beli Keropok Lekor basah yang belum goreng. Macam2 cap ada, i terpilih Cap Kapal. 1 batang kecikkkkk je harganya 50 sen.

Keropok Lekor Cap Kapal

Ni antara restaurant waktu malam yang kami pergi makan. Dekat sangat dekat hotel kami tu pun. Harga boleh tahan jugak. Taraf KL tu....service lambat sebab ramai sangat orang + harga agak mahal.

Pak Su Seafood Sri Pelabuhan

Kangkung belacan, tomyam putih campur dengan ikan siakap tiga rasa

Kalau dekat Lebuhraya Pantai Timur, singgah Perhentian Temerloh, jangan lupa cuba ikan patin masak tempoyak. Temerloh kan glamour dengan ikan patin.

Ikan Patin Masak Tempoyak RM7 / seekor

 Ikan Patin Buah Masak Tempoyak RM12 / seekor


4 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...