Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertukar. Nak parking berdekatan dah penuh jadi kena parking jauh sikit dan saya dan Dania kena jalan kaki.
Dania singgah bergambar di depan bangunan lama yang tersergam indah. Bangunan ni telah ada dari zaman tahun 1931 lagi. Bangunan ini sekarang merupakan Fakulti Ekologi Manusia.
Ini sedikit sebanyak sejarah bangunan ni.
Universiti Putra Malaysia mula ditubuhkan sebagai sebuah Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931. Ia dibangunkan di kawasan seluas 22 ekar di Serdang. Tanggal 23 Jun 1947, Sekolah Pertanian ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej Pertanian Malaya oleh Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union ketika itu. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia seterusnya tercetus apabila Sekolah Pertanian di Serdang ini bergabung dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd. Rashdan bin Haji Baba, yang merupakan pengetua Kolej Pertanian Malaya, dilantik sebagai Naib Canselor di bawah Seksyen 18, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Sumber : https://www.upm.edu.my/about_us/history/the_story_behind_upm-76270
Credit : Universiti Putra Malaysia
Selepas tu kami berjalan la sekitar food fest berdekatan Bangunan Canselori ni.
Baru je snap gambar food truck ni. Achik kat dalam tu posing pulak 😅
Booth bunga pun ada.
Ini macam booth harga rahmah ni.
Saya beli kat booth sini. Hasil ladang UPM. Saya beli daun ketumbar dan ulam tenggek burung.
Dah berjalan berpanas dalam UPM ni penyudahnya ke Cafe Umai @ Serumpun je la nak minum dan makan snek menghabiskan masa sebelum kelas Dania jam 12 tengahari - 2 petang.
Terjumpa kawan sebilik dulu, Corina. Dah 3 bulan tak jumpa sebab cuti semester. Sebelum ni terjumpa kawan sebilik Dania masa asasi nama Wafa.
Kat tempat air terjumpa dengan kawan sekelas masa program lama Bacelor Sains Perniagaantani. Dari kiri Dania, Kasih, Aimah dan Farisya. Ayah Kasih ni lecturer di program Dania sekarang Bacelor Sains Haiwan. Kasih dan Aimah lulusan dari Diploma di UPM Bintulu dan Farisya pula kemasukan selepas STPM. Kiranya kat sini Dania muda setahun la dari mereka.
Eh jumpa lagi Danny Chai ni kelas Dania dulu Perniagaantani. Ada buat keusahawanan ikan talapia dan siakap. Kalau ikan talapia tu dah boleh beli dah dengan harga RM18/kg. Kalau nak....Danny tangkap kat kolam dia. UPM menggalakkan student menjadi usahawan ni. Ada anugerah universiti nanti untuk usahawan berjaya di UPM. Kalau student dari Fakulti Pertanian ni ada banyak peluang juga dapat hadiah. Ada tajaan untuk Hadiah Universiti & Hadiah Fakulti. Jadi, belajar rajin-rajin la anak-anak semua.
Tengah cakap dengan Danny, ada pula Iman yang nak salam dengan saya. Baru balik dari kelas Bahasa Cina. Kelas bahasa global ni cepat je penuh. Macam Dania kena pilih 6 kredit elektif bebas dan dapat slot untuk Bahasa Turki. Saya cakap Iman habis kelas Cina, Dania nak pergi kelas Turki pulak. Kawan masa SMK Jalan Empat. Iman ni memang selalu juga saya dan Dania terserempak dekat kampus.
Ok dah tiba KAE dah. Kelas Dania masa asasi dulu belah kiri kelas yang pertama. Kelas bahasa Dania belah kanan tingkat atas. Hujan renyai-renyai masa ni.
Ni rupa ulam daun tenggek burung yang saya beli kat food fest tu. Saya suka sebab rasa dia dan bau dia wangi tapi last-last tu ada rasa pahit sikit. Pahit tu la ubat kata mama saya dulu.
Pokok tenggek burung ni ada bunga. Bunga tenggek burung ni sangat disukai oleh lebah kelulut. Disyorkan untuk tanam pokok tenggek burung kalau ada bela lebah kelulut. Lebah kelulut suka menghisap madu kat bunga tenggek burung.
Makan dengan sambal belacan memang sedap la. Ada yang suka juga ulam daun tenggek burung ni?.
XOXO,
Ezna
UPM di hatiku
BalasPadamYa... :)
PadamIkoniknya bangunan lama tu.
BalasPadamUlam daun tenggek burung tu kalau kat kenduri orang lain je makan, tak pernah beli sendiri.
Ya memang lama sungguh sampai kita pun tak lahir lagi. Macam susah juga nak jumpa ulam tenggek burung ni. Tu yang jumpa terus beli.
Padamsusah nak jumpa ulam tu...kann
BalasPadamUwaaaahhhh lamanya berdiri. Dari 1931 yaaa 😍😍👍. Dari foto yg asli pun nampak tak banyak perubahan.
BalasPadamOh iy disebut daun tenggek burung ya kak? Pernah cobaaaa sayur ini, tapi waktu itu saya tak tahu nama. Disajikan sebagai ulam makan dengan sambal terasi . Sedaaap memang. Wangi dia macam mangga bukan? Krn itu saya sempat pikir ini daun mangga kah? Atau jambu. Krn aroma dia macam jambu atau mangga.