Saturday, January 28

Sehari di Midvalley

Lepas hantar Dania di school, i breakfast dulu dalam bangunan Kompleks 3C tu. Lepas tu pergi ke Glenmarie nak pasang lampu baru untuk kete Skoda i. Masa tiba, happy le kengkononnya sebab kete macam tak banyak. Rupanyer guard kat situ cakap Pusat Service tutup daaaa......I fikir2 nak pergi mana ye jalan2? Ingat nak pergi Karnival Karangkraf sebab dah ada kat Shah Alam. Akhirnya menderu......ke Mid Valley since gambar Barbie Dania dah siap sebelum Chinese New Year. 

I tiba Mid Valley dalam 8.30am. Errrr......nak buat apa yer. Tapi kan.....parking punyalah senang. I parking tepi escalator ke Mid Valley lagi haa.....Boleh mengelakkan i lupa parking kat mana. Hehehe....Jangan.....Mid Valley tu banyak wing. So takut nanti terlupa parking kat mana. Dalam 9.30am, Barbie Store dah bukak  1/2 pintu. So, i main tanya je sebab nak ambik gambar yang dah siap. Nasib boleh. So lepas ambik gambar, panjang je langkah nak tengok movie pulak. Tak jauh dari Barbie Store tu, GSC. Wahhhh sempat lagi tu i beli tiket GSC nak tengok movie Underworld pukul 11.30am. 

Sementara tunggu movie, sempat lagi tu shopping baju tidur Dania dan seluar kerja hubby dekat Jusco. I punya elek. Turun kejap simpan barang2 shopping kat kereta baru naik Mid Valley balik nak menonton movie. Movie nanti i review entry lain yek....panjang sangat entry ni nanti boring lak. Lepas movie, jalan2 lagi sampai lenguh2. Hehehe. I lunch kat Secret Recipe sengsorang ye....on the way back, singgah beli cushion cover quilt lak kat booth depan Precious Thought. Comelnyer la rabbit ni. I rasa sesuai juga nak hadiahkan kat baby yang baru lahir. Dah ada cushion cover, i pergi cari kat Jusco cushion dalam tu. Jumpa kat Jusco Mid Valley RM5 satu. I rembat le 1. Lepas tu terus bayar parking dan balik. Lagi lama  kat Mid Valley, mau kering purse I. 

Cushion Rabbit Comel

Ni lah baju tidur Dania. I beli seluar tu asing. Match pulak tu dengan baju tidur ni. 


*****Tapi...syok jugak sekali sekala ME TIME.

2 comments:

  1. Cantek sis kusyen tu.. ;)
    Happy weekend dear!! ;)

    ReplyDelete
  2. me pun selalu jer jln2 sorang2 hehehh

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails