Photo taken from HERE
Malam tadi sibuk suruh Dania makan dalam pukul 7pm ++, kemudian tidurkan jam 8.30pm. Selalu Dania tidur pukul 9.00pm. Disebabkan i nak tengok Masterchef Finale, i tidurkan Dania dulu. Dania tidur dalam bilik i jugak tapi kat katil dia sendiri. I yang kena temankan Dania tidur. Kalau terjaga and i takde sure nak ummi....adeh....
Akhirnya rancangan Masterchef i dapat tengok dengan tenang. So, tak risaulah si kenit tidur lewat. I dah agak dah Ezani bakal juara sebab seperti i kata, dia konsisten dalam masakannya. Pujian jugak buat Wahidan sebab menghidangkan dessert yang ramai orang puji. No.1 dapat RM100,000 . No.2 tak dapat apa2 selain pengalaman memasak je lah. Chef bersemangat malam tadi, tak lain tak bukan Chef Florence Tan. Asyik puji je masakan Wahidan. Chef Mat Salleh dari Hotel Meridien tu komen ada je masakan yang tak kena gaya.
Tapi i rasa macam tak berapa Grand sangat Finale Masterchef Malaysia ni sebab rakaman. Masa pengumuman tu cuma rakan2 Masterchef, 3 Chef dan keluarga kedua yang bertanding. Orang luar takde pun. Maknanya, they alls semua dah tahu pemenang utama Masterchef Malaysia.
You alls tonton tak Finale Masterchef Malaysia???
****Pemenang akan mengeluarkan buku masakan. Tak sabar nak beli buku masakan Ezani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.