Selasa, Januari 24

3d 2n @ Cherating, Pahang

Masa nak bertolak ke Cherating tu on 21 Jan 2012, traffic boleh tahan jugak jam tapi bukanlah sampai bumper to bumper. Traffic bergerak jugak cuma perlahanlah. Masa berhenti kat Petronas besar kat Karak tu, ramainya orang. Bukan jam kat jalan je. Jam kat toilet pun. So, i tak jadi nak guna toilet. Tu can wait la....beli sikit2 makanan untuk kudap dalam kereta. Lepas tu teruskan perjalanan ke Cherating. Kat LPT, singgah makan malam. Makan ikan baung masak tempoyak, sayur dan ikan patin masak tempoyak. Tu pasal my friend suruh try ikan baung katanya sedap. Personally i suka ikan patin lagi sebab ikan baung banyak lendir + lemak. Tiba hotel Legend Resort pukul 9pm.

Masa nak check in kat Legend Resort, my room ada masalah sikit so they decided to tukar our room ke bilik lain. Bilik my mom dan bibik dah settle dah. Bila tengok bilik we alls yang tak kemas lagi, rasa menyirap gak darah. Lepas tu bell boy call reception untuk tukar lagi our room. Kali ni our room selang sebuah dari my mom. Bilik we alls katil queen. Bilik mama and Raudah katil single ada dua. 

So as usual, i susah jugak nak tidur since tempat baru. Akhirnya terlena jugak.


Bilik we alls ni agak luas...

Lepas breakfast kat hotel, we alls ke swimming pool. Me and Dania je yang mandi. Last2 bibik pun join in. Nenek tunggu kat tepi. Hubby pulak sibuk snap photo sana sini. 

Di kejauhan kelihatan bukit bukau

Cantik sangat gambar pool ni 

Aktiviti lasak di tepi laut

Dania syok sangat mandi pool

Lepas mandi pool, siap siap naik masuk bilik terus mandi sebelum buat aktiviti ni pulak....

We alls semua buat aktiviti mewarna batik. Dania, me, mama dan bibik Raudah.

Ni lah batik yang we alls warna tu. Satu batik ni RM20.

Sementara i lepak kat dalam bilik, Dania dan ayahnya pergi buat aktiviti sand art pulak. Dania memang suka aktiviti gini pun....Kenalah RM4.


Dania tekun buat sand art. Gambar yang dipilih, angry bird hitam. Motifnya : Sebab ummi kan suka angry bird hitam. Err i rasa takde kena mengena pun dengan i...hehehe....

Lepas makan tengahari, me, hubby dan dania pergi River Cruise di sepanjang paya bakau untuk melihat paya bakau serta hidupan liar sekitarnya. 

Sepanjang i kat sungai Cherating tu terasa macam kat dalam cerita Anakonda you alls.....terbayang Anakonda yang melilit lilit kat pokok dan dalam sungai. 
Ni lah jeti tempat we alls naik bot...

Dania dan ayahnya

Ni terasa macam dalam cerita Anakonda. Serius!!!! Dengan daun daun kat atas we alls. Kalaulah ada u_ _ _ .....tidur kat daun2 tu, tak ke haru. Mata i dok meliar kat atas jer.....
You alls ada berani???

 Ni antara ular yang dijumpai. Nama ular ni Katam Tebu. Mungkin rupa tebu agaknyer ya....

Unik sangat pokok2 bakau yang dah mati ni....

River Cruise ni mengambil masa 1 jam 30 minit. 1/2 jam terakhir i dah cam boring sebab jumpa 3 ekor ular spesis sama iaitu Katam Tebu, burung dan kera warna hitam. I tak pernah tengok lagi spesis kera yang warna hitam dan cuma nampak gigi putih je. 

Balik je we alls terus tukar baju untuk main pasir kat pantai.   

Castle Dania dalam proses...

Mula2 nak ambik air untuk buat castle...last last syok pulak main air yer... 

Anak dan ayah gigih menyiapkan sand castle

Taraaa.....ni lah sand castle Dania...sekali tengok cam castle apa tah ni...

4 ulasan:

  1. beshnya bilik hotel tu :)

    me pun takut ular...so me tak enjoy kalau pegi naik bot kat utan bakau tu hehhe

    BalasPadam
  2. Hee seronoknya jalan2 masa cutiii..

    BalasPadam
  3. Singgah sini tengok keindahan pantai Cherating...

    BalasPadam
  4. Fibox anda tak berfungsi dgn baik...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...