Isnin, Februari 3

Bersama Berdua

Makan tengahari kat luar je sebab nak beli groceries sikit kat Tesco dalam IOI City Mall tu. Hubby awal pagi dalam jam 5 pagi dah bertolak ke Alor Setar sebab abangnya sakit. Kritikal juga sebenarnya. Kami tak dapat turut serta sebab Dania nak final exam dah Isnin & Selasa just in case apa-apa berlaku kan. 

Berdua je la kita ya Dania. Macam tak biasa. Kami ke Secret Recipe. 😊


Lama tak makan carrot cake ni. Rajin staff ukir 'smile' kat pinggan ni. 


Sama je Dania dan saya order Tomyum Kung. 


Saya dengan pangku beg shopping lagi haa....senang nak shopping groceries nanti. Tak payah la beli plastik. Meja kami ni memang sesuai untuk berdua tapi bila banyak sangat atas ni jadi kecik pulak. 


Lepas makan, singgah Tesco. Nampak Lekio Bunga ni. Masak apa ni?. Serius tak pernah nampak bunga ni. 


Nak mencari cheese nak buat Mac & Cheese nanti dan nak buat wrap. Masa Dania exam ni plan nak masak yang simple tapi berkhasiat la. 


Dania tukang tolak troli belian dan tukang scan item kat mesin bayar sendiri. Tukang bayar siapa lagi? Hehehe. 


We 💜 You Ayah / Abang. Moga selamat perjalanan balik nanti...mungkin sehari dua hari kot kat Kedah. 





XOXO,
Ezna

15 ulasan:

  1. semoga yang baik2 je buat abang suami kak ezz...
    good luck untuk exam dania

    BalasPadam
    Balasan
    1. Latest update dah stabil. :) Terima kasih mendoakan.

      Padam
  2. Syafahullah utk abg iparnya 🤲🏻
    Lekio tu nampak mcm asparagus, ke bukan? Tak pernah jumpa/beli...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih PH. Lekio tu macam bukan pulak asparagus tapi bila google bunga leek. Leek ni keluarga bawang.

      Padam
  3. Staf yang tulis smile tu lelaki atau perempuan? Kalau lelaki, kot dia berkenan dengan Dania 😁

    Nampak macam asparagus, beza eh dengan lekio.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lelaki sebab semua lelaki Ujie. Bila google bunga leek. Leek ni keluarga bawang.

      Padam
  4. Seronok dating berdua. Teringat zaman dulu2 Cuya dan ibu akan naik bas pergi shopping sama2... Kenangan

    BalasPadam
  5. carrot cake tu my fav, tiba2 terasa craving lps tgk pic u ni ezz hahhah

    BalasPadam
    Balasan
    1. I pun dah lama tak makan carrot cake ni Suzz.....I yang suka. Dania suka cake lain.

      Padam
  6. Semoga dipermudahkan urusan hb dan Abang Ipar Kak Ezna, Aamiin..

    BalasPadam
  7. geng la kita...MA pun now berdua je ngan Iris...
    dap plak tom yam tu

    BalasPadam
  8. SA rasa macam dah lama plak x spend time berdua ngan Dania...syafakillah buat abg ipar Ezna

    BalasPadam
  9. Semoga cepat pulih dan sembuh lagi abangnya suami kakak yaaa.

    Saya jadi nak juga sesekali jalan berdua dengan fylly 😄. Selama ini kalo jalan selalu ber4 atau ber 3 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...