Khamis, Februari 20

Papa kaya…mama kaya tak ?

Lepas makan kat Nippon Sushi tu terlalu la kedai ni. Dulu rasanya Paparich tapi agaknya nak buat sendiri dan tak nak francais dah jadi Papa Kaya pulak. Mama kaya takde ke?. Tak aci la.


Masuk pulak butik Butik Nur Hannah ni. Kedai tudung ni harganya sangatlah berpatutan. Tak macam kedai tudung yang lain. Cuma ada satu je kat Ayer 8, Putrajaya. Dulu saya pernah la ke Butik Nur Hannah kat Cyberjaya. Kat shop lot berdekatan DPulze tu. Alehnya kat situ tutup. 


Lepas tu singgah nak hantar race kit untuk jiran kat rumah tanah lot. Rumahnya kena naik bukit. 


Ok dah tiba dah rumahnya. Nasib baik tak masukkan dalam peti jiran sebelahnya. Hubby kata beliau balik kampung jadi race kit hubby la tolong ambikkan. Dah bersara dah tapi larat lagi masuk berbasikal 40km tu. 


Lepas tu kami balik rumah la. 


***Hari ni final exam paper yang terakhir iaitu Anatomy & Physiology of Domestic Animals 1. Moga berjaya anakanda Dania Yasmine ya. Gap jauh dari paper sebelum ni. Bila dah selesai semua barulah tenang2 sikit ya. 😍



XOXO,
Ezna



 

12 ulasan:

  1. selalunya kalau papa kaya..automatik mama pun kaya juga..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul jugak tu cumanya nak juga highlight nama mama....papa je disebut-sebut....

      Padam
  2. Good luck for ur examination, Dania. Semoga dapat jawab semua soalan mengikut skema jawapan, Amiiinnn YRA>

    BalasPadam
  3. Mendaki curam jugak tu Kak Ezna...
    Good luck to Dania...semoga dapat menjawab exam dengan tenang...Aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumahnya atas bukit Sue. Kalau dari sini boleh nampak rumah2 kat bawah. Lawa juga la permandangan.

      Padam
  4. Moga cemerlang dalam exam ya Dania.

    BalasPadam
  5. Mama lagi kaya & keje blkg tabir je...Papa pinjam title mama je tu..Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayat ni akak suka Niza. Hahaha....ini baru girl power! :)

      Padam
  6. Aiiih bagus nya gradasi warna tudung disusun begitu 😍😍😍. Saya tak banyak punya tudung polos. Lebih banyak motif. Tp ada beberapa, cuma jarang saya pakai hahahahah

    BalasPadam
  7. papa kaya tu direct translation dari papa rich lah tu hehheh i dh lama tak gi papa rich kat prima gombak ni..biasanya kalau gi, utk apa2 special event/celebration

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...