Khamis, Februari 27

Daftar subjek Sem 2 2024/2025

Dania dah kena daftar subjek untuk semester akan datang. Tarikhnya bermula pada 24 Feb 2025. Dania dan ummi terpaksa combine power nak daftar sebab talian jam. Bila dah masuk, tiba2 kena kick keluar pulak oleh sistem. Jam 10 pagi camtu barulah selesai daftar semua.  

Ada yang cakap relaks la daftar masa tenang-tenang nanti. Ya boleh juga tapi kalau bab nak merebut / battle untuk kelas bahasa asing tu tak boleh tunggu ya. Lambat mendaftar, kelas penuh....gigit kuku la nanti. Setiap satu kelas dalam 25 orang je kot. Itu pun kena ngamkan waktu kelas dengan jadual subjek yang wajib diambil. Bahasa asing ni cuma elektif ajer tapi kena ambik juga untuk graduasi. Kalau subjek course kita tak payah berebut sebab memang ada kuota untuk kita. 


Battle punya battle. Sistem kick keluar, nak daftar tak boleh, bad getaway, masukkan id tak sah (padehal sah je sebab memang save je id dan password tu), dah masuk, time nak daftar tak boleh. Sistem tak berapa stabil pagi tu. Saya guna laptop, Dania guna IPad. Biasa terjadi kalau ramai yang serbu nak mendaftar. Akhirnya slot Bahasa asing dapat tembus dan daftar. Kebetulan ada masa yang ngam dengan kelas Dania yang lain. Kalau tak ngam akan ditulis dalam sistem tu kelas bertindih. Dan.....sekali lagi saya berjaya mendapatkan slot bahasa asing ni untuk Dania. Dulu, kelas bahasa turki tu saya yang daftarkan untuk Dania sebab dah jam 1 pagi kot masa tu. 

Masa ni Dania kata nak ambik Bahasa Korea pula. Kebetulan pula subjek sem 2 ni agak berat sikit dengan Biokimia, Anatomi dan Fisiologi Haiwan Domestik 2, ada Statistik Sains Haiwan juga....Bahasa Turki pula kalau nak daftar kelas pula agak packed. 1 hari tu jadi 4 kelas pulak kalau termasuk Bahasa Turki ni. Dania tak pernah ambik Bahasa Korea ni dalam SPM atau formal education ke atau ambik exam TOPIK (Test of Proficiency in Korean). Cuma minat KPop dan KDrama la so ada ayat ambik dari situ la. Nak cakap full sentence tak reti. Sebut 'Saranghae' reti la 😆. Kalau ada formal education tak boleh ambik la Bahasa Korea Umum 1 ni. 

Lecturer Bahasa Korea pun dah ada. Last sem lecturer tak ada sebab berhenti nak sambung belajar. Lecturer dulu tu memang saya tahu sebab saya mencari info tentang universiti di Korea dulu untuk Dania. Ni lecturer Bahasa Korea yang berhenti kat UPM....https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/03/823455/minat-bawa-muhammad-farhan-ke-korea-selatan

Kawan2 lecturer ni pun saya kenal. Ada yang saya follow kawan-kawan dia termasuk ibu-ibu mereka kat IG dan FB sebab nak tanya pasal pembelajaran di Universiti di Korea. Dania pun ada dapat tawaran lepas SPM : 

1. Foundation in Science and Technology for Korean University selama 1 tahun 6 bulan, UNIKL (Boleh fly ke Korea selepas tamat program ni). 
2. Korean Language Intensive Programme (KLIP), UNIKL (Boleh fly juga ke Korea lepas tamat program). 

Ada tanya f2f dan email lecturer UNIKL untuk program Korea ni juga. Jadi dah banyak  juga info saya tentang belajar di Korea ni. Pernah ke pameran belajar di Korea juga yang diadakan di Quill City Mall, KL anjuran Korean Embassy & UNIKL. 

Farhan lecturer Bahasa Korea tu bermula dengan KLIP di UNIKL. 

Nak dijadikan cerita, Dania ditakdirkan belajar di UPM. 😊


Jadi, sekali lagi ummi yang mendapatkan kuota Bahasa Korea untuk Dania. Ummi akan buat apa sahaja janji Dania belajar bersungguh-sungguh. Tak kisahlah berapa puluh kali ummi keluar masuk sistem UPM ni nak daftarkan untuk Dania. Dania tak daftar sendiri ke?. Ya ada Dania daftar sendiri tapi kena combine power baru boleh mempercepatkan proses kan?. Bila check sistem, Bahasa Korea ni tinggal 1 je slot kosong. Saya rasa kejap je penuh tu. Itu pentingnya saya kena tahu nak guna sistem maklumat pelajar UPM ni. Boleh la membantu di kala emergency. 😅💪

Banyak lagi la bahasa lain seperti Bahasa Thai, Sepanyol, Arab, Tamil, Perancis, Turki, Cina, Myanmar dan Jerman. Jadi bye bye Bahasa Turki, welcome Bahasa Korea. Dania kena ambik 6 kredit untuk Bahasa ni jadi habis sem ni tak payah dah la ambik bahasa lagi sebab dulu pun Turki tu pun dah 3 kredit. Korea ni pun 3 kredit. 

Moga dipermudah pembelajaran Dania untuk semester baru ni cumanya pada 17 Mac 2025 - 28 Mac 2025 tu pembelajaran secara online. Lepas raya baru face to face. 😊. Ikut fakulti sebenarnya. Ada fakulti kena face to face. 





XOXO,
Ezna

18 ulasan:

  1. Alhamdulillah Dania berjaya dapatkan kelas Bahasa Korea...
    Zaman kita dulu kena beratur (macam battle jugaklah kan) di Pejabat Fakulti...
    Isi borang then baru boleh buat pilihan (untuk KOKO kalau kena amik KOKO n etc).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh akak kena daftar kokurikulum kat dewan. Masa tu ada banyak meja kokurikulum. Teringat ambik Asabina (Asas Bina Negara) dan Kemusa (Kelab Kembara Keusahawanan) kat UITM.

      Padam
    2. Iya betul Kak Ezna...baru teringattt...saya dulu daftar kelas n subjects di Pejabat Fakulti, tapi daftar KOKO di area pejabat HEP kalau tak silap....tempat daftar memang lain-lain....tapi memang time tu sesak penuh pelajar kan...
      Pastu ingat jugak, kalau lambat pilih untuk KOKO nanti kena masuk unit KESATRIA..yang minta kawad sukalah..saya pulak tak minat😅..so kena laju-laju pilih yang lain cepat-cepat hahaha...

      Padam
  2. Teringat zaman u dulu, bila nak regi kelas mmg berebut² dekat computer lab. Masa tu lagilah havoc sbb masing² takde laptop, tab hatta smartphone pun kan...
    Mmg peranan parents juga nak bantu anak² bab ni supaya dapat apa yg dihajati tu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya bab emergency ni kena bantu juga PH. Selebihnya Dania yang mendaftar. Dulu zaman saya macam kena daftar kat dewan yang ada banyak meja kokurikulum. Bukan melalui maya. Tapi betul...zaman dulu kita tak bawa pun komputer ke, IPad ke. Zaman sekarang lebih meluas penggunaannya.

      Padam
  3. skrg ni mudah sikit battle sbb online (tp kena ada gadget lah), dulu kitorg battle pergi beratur dpn fakulti hehe.. best tu bljr bahasa korea / turki! ana tgh tersangkut dgn Turkiye Drama skrg kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman sekarang zaman online kan. Zaman akak dulu pun samalah caranya. Bahasa Turki ni menarik juga untuk dipelajari. Kena tahu la bunyinya kadang atas huruf O ada dua titik, huruf i pun ada dua titik kat atas.

      Padam
  4. Oh subjek bahasa ke3 tu boleh tukar2 every sem?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jikalau Penasihat Akademik (PA) benarkan.

      Padam
    2. Tapi...perlu ambik 6 jam kredit je Ammi. Jadi Bahasa Turki 3 jam kredit dan Bahasa Korea ni pun 3 jam kredit jadi tak payah ambik lagi dah.

      Padam
  5. Tudia Supermom! Tahniah untuk akak and Dania.. Moga terus cemerlang sampai ke bumi Korea nanti :D

    BalasPadam
  6. Boleh la Dania ajar aunty SA bahasa Korea nanti...semoga dipermudahkan buat Dania untuk Sem seterusnya

    BalasPadam
  7. Aamiin. Semoga dilancarkan semuanya untuk Dania. Memang Dania suka dengan bahasa asing yaaa. Salut juga dengan kak ezna yg ikut kluar masuk website demi mendapat slot utk Dania 👍

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...