Selasa, Februari 18

Pick up cycling kit di DPulze Cyberjaya

Dari Evo Mall, kami ke DPulze. Hubby nak pick up cycling kit untuk event cycling 40km di Putrajaya. Rajin join cycling event. Lepas event tersandar la nanti. 


Berjubah la ke DPulze pun. Dah namanya balik dari kenduri. Dania punya jubah ni ada slit kat depan ala ala kain yang terbelah tu tapi tak terbelah pun slit Dania ni. Bersambung di bahagian dalam. Senang nak bergerak jugak la tapi kalau pakai jubah ni cuba la jadi perempuan melayu terakhir ya 😄. Janganlah jalan ganas sangat sebab nampak pelik...😅


Kita wefie depan cermin la ya. 


Jersey yang bakal disarungkan nanti. 


Main bola pulak....kalau nak main bola kat padang bola bukan depan rumah jiran ya?. Ayat perli sebenarnya ni. 


Hari ni kami dua beranak berjubah putih. Tukang ambik gambar hubby. Tu pasal tak masuk gambar. Hehe.


Saya singgah sini sementara Dania ke Watson dengan ayah dia. Ada la tu benda yang dah habis. 


Mesin gedegang up satu level lagi jual bunga pulak. 


Nampak macam bunga hidup sebab mesin sejuk -5 darjah selsius. 


Pantang nampak kedai buku, Dania melaju je masuk. 


Dah pegang2 dah tu. 😅


Senarai buku yang Dania nak cari. Buku No. 1 dalam list ada kat sini. 


Kita tengok senarai Bestsellers di MPH ni. Buku No. 4 tu yang Dania berminat nak beli. 


Dah dapat sebuah buku. Harganya dalam RM50++ tapi sebab jadi member dapat la RM40++. Nama penulisnya Zoulfa Katouh macam orang Arab. Bila google ya la seorang wanita arab. Kisah buku ni berkenaan seorang wanita bernama Salama Kassab seorang pekerja hospital yang menyaksikan kematian dan penderitaan akibat perang di Syria. Tebal bukunya dan Dania kalau tebal2 ni pun kejap je habis. Kadang-kadang tengah rehat dari study tu Dania curi masa baca novel. Nak rehatkan minda juga. Tak kan nak study je....walaupun ada je yang suka study je....ni bukan cara Dania la. 


Saya tak kisah la membelikan Dania novel ni sebab membaca ni bagus sebenarnya (walaupun saya memang tak suka membaca 😆. Baca pendek2 macam blog boleh). Boleh terbuka minda dan mengetahui benda2 di luar lingkungan kita. Boleh juga kreatif dalam penulisan dengan membaca.  Dulu masa Dania sekolah rendah, banyak membaca buku novel bahasa malaysia tapi berubah bila naik sekolah menengah dan asasi dan sekarang peringkat Ijazah. Dania banyak baca novel Bahasa Inggeris. 

Apa-apa pun saya support je anak jika hobinya itu baik. Ummi dia support dari Dania baby lagi bab membeli buku ni...





XOXO,
Ezna

 

26 ulasan:

  1. lawalah jubah u and ur daughter tu, white colour.
    tak ramai yg masih suka membaca buku fizikal, kebanyakan orang suka memilih membaca online lebih mudah, saya salah seorang yg suka baca buku fizikal, saya suka bau buku. hehe!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah nak jaga jubah putih ni kalau makan tertumpah ke...dan dalam tu memang kena pakai inner dan seluar sebab jubah putih kan...baguslah suka membaca. Membaca jambatan ilmu.

      Padam
  2. Dulu masa sekolah dulu saya suka baca novel, tapi tak suka yang sedih-sedih sebab nanti emosi terbawak-bawak (ada sampai nak 5 hari terbawak pun ada hahahaa)...lasttt saya stop...lama-lama terjumpa pulak blog (online journal)...so sambung kat blog jelah..
    Suka baca blog sebab macam-macam ada...ilmu pun banyak dapat kan Kak Ezna...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh kena pilih2 novel yang bawa genre happy jugak ni kan Sue?. Online blog ni pun boleh juga dapat ilmu. Membaca jugak la namanya. Lagi satu blog ni macam diari digital kita juga.....

      Padam
    2. Iya Kak Ezna...bila macam tu memang pilih genre yang happy-happy jek...kalau tak sedih tu membawak-bawaklah (dah macam sendiri pulak kena, padahal citer dalam novel jek hihi)....

      Padam
  3. cantiknya dua branak berjubah putih...Pia sekarang pun dah berjinak-jinak baca novel,kena paksa baca novel bahasa melayu sebab result exam BM lagi teruk dari BI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kisah la baca BM ke BI ke kan...Memang boleh improve bahasa nanti. Nak buat esei lagi menarik. BM ni bahasa dia agak berbunga sikit. Kalau BI straight forward je.

      Padam
  4. Pernah teringin nk beli folding bike..Tapi tinggal kenangan aje...=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Folding bike ni yg senang sebab save space kalau masuk dalam kereta. Kalau basikal lain kena la space / kereta yang besar sikit. Tak pun letak atas bumbung.

      Padam
  5. cantiknyaaa momy doter sedondon jubah putih! takpe ummi support bab beli buku hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jubah putih ni payah nau nak jaga. Ya kalau bab beli buku ummi on je.

      Padam
  6. betul tu folding bike senang save space nak masuk dlm kete hehe

    BalasPadam
  7. Sweetlah Dania dan mama berjubah putih.
    Akak belum ada jubah putih sebab tak tau event apa yang sesuai untu dipakai. Dulu arwah nenek kerap berjubah putih bila nak solat hari raya korban.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Event keagamaan, kenduri pun ok. Janji sopan kan cumanya kena juga pakai seluar dan inner baju lengan panjang sebab jubah putih kan.

      Padam
  8. mesin gedegang bunga tu byk dah kat hospital2...
    lps ni dtg melawat boleh bli trs je kat situ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lama juga tak melawat pesakit di hospital. Dulu2 ada kedai florist je dalam hospital. Good idea gak mesin gedegang bunga ni ya...

      Padam
  9. Cuya pon minat membaca.. bila dah dewasa banyak baca buku motivasi healing dengan komik untuk santai-santai. Kan trend budak zaman sekarang baca buku healing ala2 puisi gitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dania pun ada buku puisi bahasa inggeris. Takpelah Cuya bagus Cuya suka membaca ni.

      Padam
  10. Lepas event cycling tu nanti tolonglah picit-picit sikit ya. Haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ubat dia tidur. Dia tak suka kena urut pun...yang suka isteri dia kalau jalan jauh sikit. Hehehe.

      Padam
  11. Lawa sangat outfit mama & Dania ni...
    Dok bayang nanti nak pakai gini la dgn Adik Kakak hehe...
    Bagus Dania suka membaca, it will open our mind thru reading 👍🏻

    BalasPadam
  12. SA x pandai pakai warna putih..memang kejap aje la comotnya...cantik outfit Ezna dan Dania...Dania bleh geng aunty SA....cuma aunty blom ada koleksi novel english..pinjam kawan pernah..hahaha

    BalasPadam
  13. cantiknya dua2 berjubah putih..
    wah.memang next level ni..jual bungan dlm mesin gedegang tu
    bagus hibi membaca ni.. MA pun dah slow down dah ni

    BalasPadam
  14. Sama macam papa saya. Mau beli buku apapun , papa akan bagi. Tp kalo mainan, dipikir lamaaaaaa sangat 😅. Tp memang kami adik beradik LBH suka buku dr dulu.

    Eh, cantiiiiiiik lah jubah yg Kaka pakai dan punya Dania.

    Saya kalo ada selitan di bagian depan, memang jalan jadi macam putri Solo 😂. Tak bisa jalan cepat. Terserimpet pula kan 🤭.

    BalasPadam
  15. baguslah hubby u sgt fit buat aktiviti cycling tu. my hubby kdg2 ada lah dia join badminton or futsal cuma tak regular sgt

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...