Jumaat, Februari 7

Cara tukar program bacelor di UPM

Setelah selesai 2 semester di UPM @ 1 tahun, please alert dengan iklan Permohonan Pertukaran Program di SMP (Sistem Maklumat Pelajar) ya. Permohonan pertukaran lazimnya akan dibuka di SMP setelah keputusan peperiksaan diumumkan.

Credit : Universiti Putra Malaysia

Apa yang perlu dibuat sebelum anda tukar program? 

1. Masa cuti sebelum masuk semester baru tu set appointment berjumpa dengan Penasihat Akademik (PA) anda. Ini bagi memastikan anda berbincang dengan PA anda tentang keinginan nak bertukar program. Kalau tinggal jauh, mungkin boleh email / whatsapp PA anda. 

2. Pegawai yang bertanggungjawab untuk meluluskan pertukaran program pelajar ialah Timbalan Dekan (Akademik, hal ehwal pelajar dan Alumni) di fakulti anda. Jika mohon pertukaran di Fakulti yang sama hanya jumpa Timbalan Dekan fakulti anda tetapi jika anda bercadang untuk bertukar program ke fakulti lain kena jumpa pula Timbalan Dekan (Akademik, hal ehwal pelajar dan Alumni) fakulti yang anda berminat itu. Explain kenapa anda berminat. Sediakan segala sijil masukkan dalam file. Jika tinggal jauh anda boleh email dahulu. 

3. Pastikan anda memenuhi 'syarat khas' program baru. Boleh rujuk Buku Panduan Program. Kalau tak lepas 'syarat khas' kebarangkalian anda tak dapat bertukar program yang baru tu tinggi. 

4. Kalau boleh 'score' dalam peperiksaan. Barulah Timbalan Dekan tiada alasan untuk tidak meluluskan permohonan anda. 

5. Berbincang dengan pemberi pinjaman / biasiswa yang anda dapat sebab kadang2 ada pemberi pinjaman / biasiswa yang mempunyai syarat yang ketat tentang bertukar program pengajian ni. 

***Boleh skip 1-3 ni kerana ia dilakukan melalui SMP, TETAPI adalah dicadangkan untuk mengikut 1-3, jika Timbalan Dekan tak kenal kita adakah senang-senang beliau akan meluluskan permohonan kita?. Unless anda ni memang dikenali semua la. Jika nak dapatkan kelulusan permohonan kena ada sokongan dari Fakulti anda dan Fakulti yang baru. Jika salah satu je yang sokong, maka anda gagal untuk bertukar program. 😔

___________________________________________________________________


Bagaimana untuk memohon pertukaran program?

1. Masuk smp pergi ke Menu - My Borang - Tukar Kursus - Permohonan Baru. Kena isi detail dan hanya satu program sahaja boleh dipilih. Kena fikir betul-betul sebab tak boleh nak patah balik pada program lama anda jika lulus.

Fikir elok-elok, adakah ini yang anda mahu???. Masa diberikan selama 2 minggu atau jangkamasa yang ditetapkan. Mungkin hanya 3 hari sahaja dibuka untuk memohon pertukaran. Nasihat saya, jangan menunggu di saat akhir untuk memohon. 

___________________________________________________________________


Semasa menunggu kelulusan pertukaran program apa yang perlu dibuat?.

1. Daftar subjek program semasa anda. Jangan tak daftar ya sebab belum tentu permohonan anda untuk bertukar program tu memang confirm diluluskan. 

___________________________________________________________________


Setelah permohonan pertukaran program anda diluluskan apa yang perlu dibuat? (lazimnya keputusan permohonan akan keluar sebelum bermulanya semester baru)

Jika permohonan anda lulus, akan ditunjukkan di dalam smp seperti ini :

Status : Lulus


1. Gugurkan subjek semasa (program lama) yang anda dah daftar dan gantikan kepada subjek yang wajib anda daftar (program baru). Refer Semester 1 program baru anda.  Ingat....kalau dapat surat kelulusan melalui SMP baru anda gugurkan subjek yang anda daftar sebelum ini ya. Subjek Bahasa Inggeris pula jangan gugurkan sebab boleh terus ambil subjek ni mengikut yang ditetapkan oleh fakulti baru / jika fakulti yang sama...bacelor yang baru. Kena check dulu samada kena ambil LAX/CEL/LPE. 

***Nak mendaftar subjek juga mungkin tak sama macam orang lain. Anak hanya boleh mendaftar subjek pada hari pertama kelas bermula. Jadi, siap2 daftar subjek bila dah boleh daftar. Check pada jam 12.01 tengah malam pada hari pertama kelas bermula. Jadinya jam 8 pagi tu dah boleh ke kelas. 

***Mungkin juga masa nak mendaftar subjek program Bacelor baru tu ada subjek yang anda tak boleh daftar. Mungkin kuota tak buka lagi. Anda boleh berhubung dengan lecturer subjek tersebut atau terus ke pejabat fakulti anda. 

2. Pergi ke orientasi fakulti untuk program baru anda supaya dapat input yang berguna tentang program baru anda. 

3. Bersedia untuk membuat permohonan pemindahan kredit subjek seperti :
a. LAX / LPE (Bahasa Inggeris)
b. Pertanian dan Kehidupan
c. Ko-Kurikulum berkredit
d. Kenegaraan Malaysia
e. Falsafah dan isu semasa
f. Penghayatan Etika dan Peradaban 
g. Integriti dan Antirasuah

***Ini sebagai panduan sahaja tapi anda kena check betul-betul subjek yang anda layak potong kredit. Contohnya kalau Fakulti Pertanian kena mencapai gred B+ dan ke atas barulah potongan kredit boleh dilakukan. 

Boleh bandingkan subjek program lama dan subjek program baru yang mana kita belajar yang sama boleh la potong kredit. Ini kena refer Buku Panduan Program Prasiswazah fakulti baru anda atau kalau fakulti yang sama kena refer Bacelor baru anda. 

Cara mohon pemotongan kredit dalam smp pergi ke  Menu - My Borang - Pengecualian Kursus / Pemindahan Kredit - Permohonan Baru

Jangan terlepas pandang permohonan pengecualian kursus / pemindahan kredit ni. Kalau gagal pohon, anda kena ambil semula subjek tersebut. Kemudian sentiasalah check permohonan pemindahan kredit anda tu. Kalau lama sangat permohonan tersebut masih dalam status 'dalam proses', boleh menelefon kepada pihak yang berkenaan dan tanyakan person in charge yang akan meluluskan permohonan pemindahan kredit. Contohnya untuk subjek English LAX/LPE, Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) yang bertanggungjawab meluluskan. 

Renyah sikit la prosesnya tapi bila buat step by step ok je. Harap membantu!


***Ini berdasarkan pengalaman anak bertukar program bacelor di UPM. 





XOXO,
Ezna


12 ulasan:

  1. Ooo..Dania Ada bertukar Program...SA x pasti plak my Dania Ada tukar program ke x..nanti nak Tanya la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya SA. Dania tukar sebab memang nak masuk yang ni tapi dulunya tak dapat. Dania try lagi sekali. Alhamdulilah dapat.

      Padam
    2. Assalam saya nak bertanya, tentang syarat khans kemasukan dalam buku panduan tu nak kena rujuk yang mana ye? yang diploma dan setaraf atau matrikulasi/asasi? saya first year btw.

      Padam
    3. Kalau nak merujuk syarat2 tu utk program Bacelor, you kena tengok you dulu sebelum nak masuk Bacelor dari laluan mana....kalau you dari Diploma kena rujuk Diploma, kalau you laluan dari Matrikulasi / Asasi kena rujuk syarat2 dari Matrikulasi / Asasi.

      Padam
  2. good info sharing ni ezz!! saper yg google2 info senang nak singgah blog u ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Detail I tulis supaya dapat orang lain refer. Renyah juga masa mula2 tu Suzz....

      Padam
  3. Good sharing...kalau ada yg mencari ni... Info yg bagus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya MA sebab dulu masa bertukar program pun terkontang-kanting. Kena tanya sana sini jadi bila dapat tahu caranya kita share takut ada yang tertinggal step dan takut merugikan pulak.

      Padam
  4. Baguuus kalo bisa tukar program seperti ini kak. JD tak payah ulang dari awal kan. Saya tak tahulah univ di sini ada program seperti ini atau tak. Seingat saya kalo nak tukar faculty , harus tes lagi dari awal. JD memang mengulang semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya kalau Dania masih kena mula dari Semester 1 program baru cumanya apa yang sudah diambil subjeknya tak perlu diambil cumanya subjek tu kena grade B+ ke atas. Tapi Fanny....Dania akan graduate dengan kawan2 dia yang ambil Medic dan Veterinar (Vet). Kerana course itu 5 tahun. Dania tak akan grad dengan batch sebelumnya. Inilah yang Dania perlu tempuh jika tukar jurusan TAPI Dania ok sebab terlalu minat dengan haiwan. :)

      Padam
  5. kalau nak mohon pindahan kredit bila agaknya dia bukak dekat smp?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhtar, boleh click di page pertama smp Berita / Pengumuman Poster Hebahan Pertukaran Program Pengajian. Dalam tu ada poster tarikhnya. Mengikut poster, tarikhnya ialah pada 17 Mac 2025 - 28 Mac 2025 untuk pemindahan kredit.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...