Sebelum Dania nak ke UPM, saya masakkan Spaghetti angel hair goreng letak ayam, lobak merah dan bayam. Nak yang simple dan mengenyangkan. Tak nak masak yang pedas2 cumanya sedikit chili flakes saya letak. Masa Dania exam masa hari pertama tu saya buatkan spaghetti angel hair juga cuma isinya udang. Kali ni saya letak ayam. Ada letak juga serbuk lada sulah. Saya lebih menggemari serbuk lada sulah berbanding serbuk lada hitam.
Hari ni paper General Turkish Language 1. Kalau selesai yang ini...lulus General Turkish Language 1, baru boleh ambik General Turkish Language 2. Ikutkan carry marks memang dah lepas dah la cumanya nak kena buat yang terbaik untuk mendapat gred yang terbaik. Insya Allah. Moga ada rezeki nak sambung General Turkish Language 2 dan masanya ngam dengan jadual Dania. Ini kena berebut sebab kuota dia sikit je dalam 20++ pelajar je satu kelas.
Kat traffic light. Sesekali Dania terdiam. Ummi tanya buat apa tu menghafal ke? Dania kata termenung. Haha sabar je lah anak....Dania kata takut.
Sem ni banyak pula paper Dania buat kat Kompleks Akademik A (KAA) ni ha....hari tu Dania kata ada orang tersilap tengok jadual. Patutnya paper dia kat Kompleks Akademik E (KAE). Dia ke KAA ni. Time tu pun nak dekat 2.30 petang dah pun. Kalau KAE kena masuk dalam lagi. Berdekatan dengan library dan tempat Asasi. Agaknya tersalah tengok la agaknya sebab time nak exam ni macam2 la. Kesian budak tu.
End of Day 3 Exam 😅. Tinggal satu lagi Paper....Anatomy & Physiology of Domestics Animal 1. Tu pun lama gap dia 10 hari....
XOXO,
Ezna
Sama la kita lebih suka lada sulah lagi. Sedapnya nanti nak masak spageti la. Bahan ada je cuma tu la tak masak2. Standby bahan untuk bila time rajin.
BalasPadamKita gang. Hehe. Simple je masaknya ni.
PadamWah Dania dah boleh cakap turkielah erk
BalasPadamSikit2 faham la Wak. Ada rezeki sambung Turki II pulak lepas ni. Doakan ya...
PadamSedapnya kak ezz masak...
BalasPadamNi senang je Linda.... :)
PadamMoga dipermudahkan urusan exam Dania. Lulus with flying colours! Aamin
BalasPadamTerima kasih Cuya. Aamiin.
PadamSemoga dipermudahkan buat Dania
BalasPadamAamiin. Terima kasih SA. :)
PadamMoga dania dpr good result ...aamiin
BalasPadamSaya pun LBH suka lada putih drpd lada hitam kak. Rasa juga lebih mild kan.
BalasPadamKemarin dah datang lah aneka bumbu Malaysia adabi yg saya pesan 😄😄😄.
Senang sangat saya, pas tahu ada dijual di market place Tokopedia. Langsung beli bumbu kari, sup bunjut etc. Esok nak masak pakai itu ðŸ¤. Selama ini saya selalu beli saat sedang ke KL atau Penang.
moga2 dania dpt maintain dean's list. aamiin
BalasPadam