Selasa, Februari 11

Nasi halba berbau wangi

Bila tengok SA buat nasi lemak halba, nak try buat jugak. Tapinya, ni nak masak untuk dinner. Hubby tak nak nasi lemak jadi kita cari resipi nasi basmathi halba.

Resipi :

1. Nasi basmathi 
2. Mentega
3. Bawang besar
4. Bawang merah
5. Bawang putih
6. Halia
7. 1 sudu besar halba 
8. 1 helai daun pandan disimpul
9. Garam secukup rasa

Cara-cara :

Masukkan mentega dan tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia sehingga naik bau. Kemudian tumis pula halba. Masukkan semua ni ke dalam periuk dengan beras basmathi yang telah dibasuh. Perasakan dengan garam dan letak daun pandan yang disimpul. Letak air bagi ngam dengan nasi. Tekan on periuk nasi. 

Saya gu kan dengan sambal tumis sotong kembang. 


Ada daun salad juga. 


Dan....telur masin yang dapat dari rumah pengantin. 


Kejadian nasi halba lepas masak dengan lauk pauk. Ya Allah sedap juga nasi basmathi halba ni ya. Wangi betul bau dia. Saya suka la nasi halba ni. Ada yang letak susu cair dalam nasi halba ni tapi saya tak letak. Saya letak cuma air ajer. 


Alhamdulilah.....Dania kata nasi saya ni rasa nasi lemak. Hmmm....macam mana tu? Ummi tak letak santan pun. 





XOXO,
Ezna
 

13 ulasan:

  1. Nak try... Nampak sedap ni 😋
    Kalau belah utara selalu juga nasi lemak kami letak halba , mmg semerbak harum baunya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wangi baunya PH. Saya masak ni semata2 nasi halba je bukan nasi lemak. Ini pun sedap....

      Padam
  2. Aiseh, tapi linda tak boleh go plak kalau ada rase2 halba sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Halba ni rempah. Akak pun ingat cam tak boleh go rupanya boleh. Ikut orang juga. Tapi...halba ni banyak khasiatnya.

      Padam
  3. CUya rasanya tak pernah try nasi halba ni.. rasa apa agak ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa dia wangi, kemudian bila makan akan memanaskan badan kita juga. Halba ni rempah ratus. Banyak khasiat dia Cuya. Cuma ada yang suka dan ada yang mungkin tak suka. Ikut citarasa masing2.

      Padam
  4. Haa sedapkan...lapar plak SA baca entry Ezna yang ni

    BalasPadam
  5. MA pun kalau masak nasi lemak..letak halba tu skt...ada bau halba skt2 tu buat berselera kannnn

    BalasPadam
  6. Mesti wangi semerbak satu dapur kan....

    BalasPadam
  7. Kakaaaak, halba itu apa yaa 😅?

    Saya yakin dah, ini sedaap pasti 😍😍😍.

    BalasPadam
  8. nampak cantik hasil kejadiannya sbb beras basmathi tu

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...