Sabtu, Februari 22

Join Car Boots Sale | Taman Warisan Pertanian, Putrajaya

Pertama kali join Car Boots Sale (CBS) di Taman Warisan Pertanian. Niatnya nak clear kan wardrobe dan buku-buku Dania. Ada juga la buat tambahan baby breath tu. 

Photographer datang....kita pose. Hehe


Cantik betul la gambar dari photographer dari PPJ (Perbadanan Putrajaya) ni. Ye lah DSLR yang lense panjang tu haaa....


Ni pun sama gambar photographer. 


Ni masa nak keluar rumah. Nak pergi booking tapak. 


Masa pagi-pagi ni hujan renyai-renyai. Buku kena la cover dengan plastik. 


Belah kanan tu baju dan seluar preloved Dania. 


Ada beberapa juga peniaga kat sini. Cuaca masih mendung. Janganlah hujan lebat....kalau hujan lebat, event CBS ni pun batal. 


Baby Breath saya ni bunga kering ya. Bukan yang artificial. 


Dah selesai mengemas la agaknya ni. 


Anak ummi memberikan senyuman yang manis. 


Kat depan kami tu jual pakaian. Kanan saya jual jubah. Kiri saya jual aksesori. Dania berkenan la jugak. 


Lagi gambar bunga kering ni. Vibrant warnanya. 


Mari Mari Mari.....err yang ni seller yang sangat pemalu. 


Lelaki baju hitam tu ada singgah beli baby breath untuk ehem dia kat sebelah. Dia belikan warna merah. 


Orang kata croissant ni sedap. 


Vietnam Roll pun ada. 


Ini tak sure jual apa. Kek agaknya. Kat sini, selain barangan....ada juga menjual F&B. 


Dania pergi round sini dan beli kek. 


Dania beli baju Coldplay pulak. Hasil round2 kat penjual CBS ni. 


Beliau beli buku kanak-kanak preloved Dania. Buku coloring untuk anak lelakinya. Sesuai la buku 'Pirate Ahoy' tu. Dania color 1 page je. Itu pun sikit je Dania color. Dia kata elok lagi buku Dania. Anak dia berumur 3 tahun. 


Mereka datang membeli baby breath. Terima kasih kerana membeli. 😊


Bila tak ada pelanggan boleh la rehat ya. Cuaca pula makin lama makin baik dan matahari mula memancarkan cahayanya. Panas pula. 


Terjumpa pula kawan satu sekolah menengah dengan saya. Aznita datang Putrajaya nak pick up sample kuih raya. Beliau guru Sains di Bandar Kinrara. 


Datang membeli baby breath. Lelaki pilih warna cream, Perempuan nak warna purple. Boleh je tukar. No hal punya. 😅


Dania singgah kat seller sebelah yang jual aksesori. Laku aksesorinya. 


Hubby jadi runner. Tukang beli air, tukang pasang dan angkat barang. Hehe. Apa yang penting?. Kerjasama....bila kerjasama semua jadi mudah ♫♬♪♩....macam Wonderpets cakap ya. Terima kasih hubby...gaya dah ada dah tu 😁


Event CBS ni berlangsung dari jam 8 pagi - 1 petang. Ni dah selesai jualan dah ni. Kami nak balik dah.


Pada 23 Februari 2025 (Ahad) yang datang ni, kami sekali lagi dapat slot Car Boots Sale. Selain CBS, akan ada juga jualan Bazaar Agro Madani bekerjasama dengan FAMA dan saya rasa akan jadi event yang meriah bila bergabung nanti. 😊



Tempat : Taman Warisan Pertanian, Putrajaya

Masa : 8 pagi - 1 petang 

Item yang dijual : Preloved pakaian Dania, ikan gapi (guppy), preloved buku, lapik pinggan / cawan yang disulam, bunga kering baby breath aneka warna dan mungkin ada fresh gerbera.

Jemput datang kalau berkesempatan dan berdekatan dengan Putrajaya. Ada food court juga kat sini kalau tak nak beli makanan kat gerai-gerai. 





XOXO,
Ezna

12 ulasan:

  1. Bestnya Cie suka menjual camni. Seronok. Tak pernah lagi join mana2 CBS.

    BalasPadam
  2. Wah meriah nie.. Eh minggu nie lah ye...

    BalasPadam
  3. Seronoknya ada CBS.. Kalau ada kat sini, Cuya pon nak join jual barang preloved dpt clearkan almari

    BalasPadam
  4. eee bestnya cuci mata, jalan-jalan belanja diri. tak pernah join mana2 CBS pun, sebab kita jenis pemalu walaupun jadi pembeli, adeih!

    BalasPadam
  5. Best nya CBS. Selalu terlepas. Nak try la esok Ahad kot sempat.

    BalasPadam
  6. Ya Allah kalo saya di sana nak beliiiiii banyak buku Dania lah 😄😄. Masih lama nak ke KL lagi.

    Duluuuu sebelum nikah saya pernah temankan kakak ipar jualan begini. Hubungan kami rapat walau saya blm nikah dengan Raka 🤭. Kaka ipar jualan baju, dan lumayan laku juga. Seru memang.. belajar wirausaha

    BalasPadam
  7. Menarik tu CBS... tapi jauh lah pulak.
    Cantik² baby breath tu.

    BalasPadam
  8. menarik CBS ni tapi tak berkesempatan nak join mana-mana lagi. Seronok sambil berjualan sambil dapat kawan.

    BalasPadam
  9. Wah, aktiviti menarik ni.
    Best sangat dapat rezeki jumpa kawan.

    BalasPadam
  10. cantik betul gmbr yg 1st tu!! nampak obvious hasil kerja photoG professional. baby breath tu cute laaa. i like!

    BalasPadam
  11. Bestnya kalau sekali sekala dapat join aktiviti macam ni....

    BalasPadam
  12. bestnya..baby breath tu nice sgt..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...