Ahad, Februari 9

Hadiah Top Komentator Jan 2025

Saya dapat whatsapp dari J&T masa saya menghadiri kenduri kahwin. Dapat la gambar box yang diletakkan di atas tembok. Boleh tahan besar jugak box ni. Apalah hadiahnya ya?. 


Bila balik rumah petang, buka la box ni. Dalam box ada box yang cantik. Atas dan bawahnya ada bubble wrap bersaiz besar untuk melindungi parcel. 


Isi dalamnya. Ada 3 bekas seramik dan berpenutup. 


Ada motif bunga tulip berwarna pink. Manis je. Dah nak bulan puasa ni memang berguna sangat bekas berpenutup macam ni. Boleh hidangkan makanan dan bila tak habis masuk terus peti ais. 


Whatsapp SA dan tanya ini ke barangan yang SA hantar...alhamdulilah...inilah hadiah top komentator blog SA. Alhamdulilah....terima kasih SA. Hadiah ni memang tiba tepat pada waktunya. 

Manis sangat design motif bunga tulip ni. 





XOXO,
Ezna

14 ulasan:

  1. Alhamdulillah... Cantik hadiahnya..sesuai nak bupan pose nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya cantik dan sesuai sangat nak bulan puasa ni Linda. Lepas ni Linda punya turn pulak dapat.

      Padam
  2. Wahhh cantik! Tahniah kak! ... Seronoknya dapat hadiah pink hehe

    BalasPadam
  3. alhamdulillah tahniah Ezna, cantik caserolle ceramic tu

    BalasPadam
  4. Cantik, siap satu family eh. Fixs utk ayah, mama dan anak.
    Tahniah kakEzna.

    BalasPadam
  5. Cantiknya! Dan sangatlah berguna.
    Tahniah Ezna.

    BalasPadam
  6. Cantiknya hadiah. Motif bunga tu cantik.

    BalasPadam
  7. Lawa!
    Mmg functional bekas² macam ni...

    BalasPadam
  8. Syukur alhamdulillah selamat sampai dan Ezna suka...

    BalasPadam
  9. Saya pun ada satu set sama mcm ni...hadiah orang bagi juga

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..sweet sgt..congrats!

    BalasPadam
  11. Waaah pantas besaaar kotak dia ya kak 😄😍😍😍. Baguuuus memang motifnya. Sukaaa saya. Nasib baik tak jatuh di taro atas tembok. Seram pula liat nya 😆

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...