Jumaat, Oktober 24

Journey Dania dengan haiwan

Dari kecik lagi Dania dah up close and personal dengan haiwan. Masa ni umur Dania 2 tahun 9 bulan di Caversham Wildlife Park, Perth. Boleh nampak Dania tengah bercakap dengan kanggaru. Ummi dia as usual jauh sikit. Penggeli dengan segala jenis haiwan ya. 😅. Bukan tak suka tapi takut / geli / tak berani nak pegang. Bukan semua orang berani. 


Bagi makan gajah kat Kuala Gandah. Gajah-gajah kat sini ditemui terpisah dari kumpulannya, gajah yang diselamatkan dari hutan-hutan di Malaysia. Kecik2 Dania dah dibiasakan dengan haiwan. 


Gua Glow Worm di Mount Tambourine, Perth. Tak boleh ambik video dan gambar dalam ni. 


Ni lah rupa Glow Worm tu. Dia akan mengeluarkan cahaya yang glow in the dark. Cahaya ni akan bertukar warna terang kalau larva ni lapar untuk menarik serangga sekitarnya. Glow Worm ni warna dia macam kelip-kelip cumanya dia tak berkelip. Memang cantik sangat. Hanya ada di Australia dan New Zealand. 

Credit : Google

Pantang nampak haiwan apa pun. Ni camar laut kat Perth yang sebelah kakinya tak ada tapak. Kaki burung ni cacat. Dania campak Cheezels yang bawa dari Malaysia. Hehe...makanan rapu pun bawa supaya takde la beli kat Perth ni. Kita pun tak tahu halal ke tak....


Dania pegang tapak sulaiman kat Sea World, Gold Coast Australia. Ada juga ikan lumba-lumba tapi macam eksen sungguh tak nak dekat kami. 


Kanggaru tengah berehat tapi Dania relaks je tu. Ummi dia lebih rela ambik gambar. 


Tengok la siapa yang paling dekat dengan Koala. 


Tengok ikan lumba-lumba bawa anaknya jalan-jalan masa kami atas bot di Mandurah, Perth Australia. 


Dania naik kuda padi. Ni kat Ekuestrian Putrajaya. Saya kan kuda pun tak berani nak naik atasnya.....


Tengok show killer whale Shamu kat Seaworld San Diego, USA. 


Dania suruh ummi ambik gambar itik kat Palace of Fine Arts, San Francisco USA. 


Dania up close and personal dengan tupai kat Grand Canyon, USA. Elok je usap-usap badan tupai tu. Ni kiranya tupai liar tapi bila Dania pergi dekat tak lari pulak tupai ni. Macam friendly pun ya jugak. Kalau tupai kat Malaysia, bila dekat je dah lari. 


Kucing jalanan kat Turki ni memang cukup makan dan gemuk-gemuk. Ni contohnya. Bulu dia bersih sangat. 


Ini pula sugar glider kat IOI City Farm @ IOI City Mall. Ada 2 ekor dengan ummi dia tapi staff kata ummi sugar glider ni pemalu. 


Berdepan dengan seekor Capybara bernama Lexi pun selamba je. Dania kata bulunya kasar macam jerami. Ummi try la pegang....agak2 saya nak pegang?. Capybara ni sejenis tikus tapi saiz dia besar. Eiiii sebut tikus pun dah geli. 😅


Kuda yang jumpa kat tepi pantai kat Langkawi. 


Tapak Sulaiman yang masih hidup di floating fish farm, Langkawi. Saya ok dengan haiwan yang keras macam ni. Lagi satu kura-kura pun ok sebab dia takde bulu. 


Arnab kat Farm Fresh. 


Arnab kat pameran Maha. 


Dania dengan anak ayam. 


Kambing ni dipeluk-peluk je. 


Bila Dania tengok haiwan tu memang bersungguh la. 


Bagi minum susu kat anak lembu masa Asasi. 


Dengan tikus belanda (Guinea Pig). Idak la saya dengan tikus ni. Bukan keluarga babi walaupun namanya 'Pig'. 


Dengan Alpaca kat pameran kucing kat IOI City Mall. Dania baru habis bagi makan kat Oreo. Alpaca ni jaga2 dia suka meludah kat muka kita ya. Menurut penjaganya, dia akan terkejut dengan bunyi yang kuat. Kalau ada bunyi kuat, Alpaca akan lari....jadi...nak bawa dia masuk mall ni kena time orang tak sesak. Alpaca ni suka suasana tenang je. 


Kebetulan ada kambing jenis Pygmy pulak. Kambing ni tak boleh duduk diam dan saya terlari-lari la dalam ni. Jenuh la staff dia kepung. Staff dia kata kambing ni suka attention. Hehe. 


Ni pula Meridian. Meridian ni kuda lumba yang dah bersara kerana faktor umur. Jumpa masa pameran bunga Floria kat Putrajaya. Elok kami nak balik, kuda ni tengok Dania padehal depan dia ada orang nak bagi makan. Macam pelik kenapa dia tengok je Dania bila kami lalu depan dia. Macam orang pulak tapi hakikatnya seekor kuda. 


Prairie Dog yang manja bila Dania dekat. Masa ni ada pameran haiwan kelas Dania buat kat SMK Seafield. Ini spesis tupai/tikus walau nama dia ada perkataan 'dog'. 


Haa ni masa program sekolah yang kelas Dania buat tu. Program Zootopia Zone : Learn, Explore, Protect. Dania pegang Iguana. (sama program gambar atas). 


Dania dengan kuda padi. 
 

Dania masa bagi makan lembu. Dr Suraya izinkan ummi masuk juga. Ada kawan Dania nama Nurain sekali. Bagi makan bayam yang bantut tak membesar. Saya pun ada bagi makan juga tapi takut-takut. 😅


Ni Dania nak belajar menambat kambing. Sebelum tu siap posing dulu tu. Hehe


Jadi, dari kecik Dania dah didedahkan dengan haiwan dan mungkin dari situ minat pun datang. Ada juga haiwan / serangga rare yang Dania dapat up close and personal macam Alpaca, Capybara, Glow Worm, tupai liar dan Prairie Dog. 




XOXO,
Ezna


1 ulasan:

  1. Comelnya Dania kecil!
    Kanggaroo di zoo tu kelakarlah. Asyik tidur jew sebab kekenyangan. Kita nak bergambar pun susah.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Journey Dania dengan haiwan

Dari kecik lagi Dania dah up close and personal dengan haiwan. Masa ni umur Dania 2 tahun 9 bulan di Caversham Wildlife Park, Perth. Boleh n...