Rabu, Februari 12

Bertiga semula dan bau harum di malam hari?

Tak habis lagi nak fotostat. Saya dan Dania pergi fotostat dulu. Cadangnya nak pergi Jabatan Akauntan Negara, Putrajaya untuk urusan Wang Tak Dituntut. Since ada 1 docs yang diperlukan dah settle oleh bank xxxx. Pada 5 Feb 2025, bank call kata docs dah siap. Maybe ada extra docs yang Jabatan Akauntan minta untuk attached sekali dengan permohonan. Ni diantaranya. Docs lain2 organisasi tak payah additional docs. Saya dah tuntut yang lain2 dah cuma duit kat bank ni je belum. Ingat nak ambik docs kat bank dan terus ke Jabatan Akauntan Negara. 

Haaa you alls ada tak Wang Tak Dituntut?. Dah check belum kat https://egumis.anm.gov.my/ mana tahu ada Wang Yang Tak Dituntut (WTD). Ada kawan hubby, WTD beliau berjumlah RM2000. Haaa baik check. Manalah tahu kan?. 

Lepas tu, meet hubby kat Mydin. Saya dan Dania jalan kaki sikit la. Eh eh ada pulak saya tambah pati tomyam la, kuay tiaw la, err apa lagi ya....haaa lobak merah. Nampak banyak sun melon tapi tak beli pun.  


Last minute pergi Mydin ni sebab hubby pergi solat Isyak dulu. 


Alang-alang dah bertiga balik, minum dulu kat Q Bistro. Hari tu saya dan Dania je. Kali ni cukup korum. Ni Dania ambik dari mesin robot kucing. Bila dah ambik makanan, akan keluar mata kucing lepas tu Dania usap2 kepala dia, mata kucing tu akan pejam suka. Comel sangat. Hehe. Mesin robot ni pun jadi ya Dania?. Dah peminat kucing....


Hubby order putu mayam. Share bertiga je ni. Lama tak makan. 


Bertiga balik. Alhamdulilah. 


Bila balik, memang ada bau harum kat porch. Rupanya bunga kerak nasi / kesidang ni berbunga. Memanjat sampai ke bumbung. Patut la berbau harum je. 


Close up bunga kerak nasi / kesidang. Bunga kesidang ni bunga dalam Pandu Puteri. 


Update abang ipar yang sakit. Anak dia ada bagitau yang Dr kata tak lama ni sebab abang ipar ada nanah kat dalam badan yang kuman tu akan merebak. Dr cadangkan selalunya nak menghalangnya merebak, buang bahagian tu tetapi tak boleh sebab bila bagi ubat bius, abang ipar akan koma. Badan dah tak kuat nak menerima. Abang ipar pun dah berumur dan badannya terlalu kurus. Nak buat CPR pun disebabkan keadaan yang kurus tu, mungkin akan patahkan tulang di bahagian dada. Allah....bila dengar tu. Dr. ada minta consent ahli keluarga kalau setuju buat CPR.  

Nak makan pun abang ipar tak lalu cuma minum susu melalui tiub je. Hati pun tak berfungsi dengan baik, buah pinggang pun rosak. 😣. Abang ipar ada penyakit 3 serangkai pulak tu. Dr kata dah buat yang terbaik dan tak ada apa-apa lagi yang boleh dibuat. Jadi, abang ipar akan dibawa balik ke rumah. Bila Dr pun dah kata macam ni kita sebagai keluarga pun kena bersedialah.

Moga Allah permudah semuanya buat Abdul Wahab Bin Zakaria. 😔. Hubby pun saya dah cakap kena bersedialah jika ada apa-apa berlaku...tapi hubby kata dah redha. 😢. Ni kiranya abang sulung hubby. Hubby anak bongsu.    





XOXO,
Ezna

15 ulasan:

  1. Pokok ni kot ade dekat tepi rumah jiran sy..1 nite kak ipar dtg & angin kuat..Dia ckp ade bau wangi..Memula meremang jgk bulu roma..TP lps tau bau tu dtg dr pokok mcm sis ni..Baru la berani sikit =D...Semoga yg terbaik utk abg ipar sis...=(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bau dia macam bau pandan Niza. Wangi sangat. Kalau letak dalam bilik, tahan la bau dia 2-3 hari. Terima kasih mendoakan abang ipar sis.

      Padam
  2. Semoga allah permudahkan buat abg suami Ezna, bunga ksidang tu wangi kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih SA. Ya bunga kerak nasi @ kesidang ni memang wangi macam bau pandan.

      Padam
  3. suspen juga bila baca bau harum di malam hari 😁
    Pertama kali tau tentang bunga kerak nasi@kesidang. Cantik bentuknya tu.

    BalasPadam
  4. nama bunga tu kemain ea, sedap menyebutnya.
    semoga dipermudahkan urusan keluarga ipar kak ezna dan sekeluarga.

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan urusan.. Aamin2

    BalasPadam
  6. Semoga Allah beri kemudahan kepada Abang Ipar Kak Ezna, Aamiin

    BalasPadam
  7. Saya penasaran dengan wangi bunga ini. Blm pernah dengar.

    Mungkin kalo saya jalan dengan Dania, habislah Waktu kami berdua utk peluk2 kucing, ajak main dan kasih makan yaaa 😄😄

    Ya Allah ikut sedih baca berita ttg Abang suami kakak. Semogalah ada mukjizat sembuh. Tapi apapun memang harus Redho dengan apapun yg terjadi

    BalasPadam
  8. i suka la bunga tu cuma tak tahu nama...dulu2 kat kg i , ada jer bunga tu...anyway, Allahumma yassir utk ur BIL

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...